http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

01 Julai 2013

Siti rancang ambil anak angkat dari Gaza


Today petang, chekgu nak citer pasal penyanyi tersohor negara yang seangkatan dengan chekgu... hehehe... Yaaa.... Datuk Siti Nurhaliza yang mengakui berhasrat untuk mengambil anak angkat dari Gaza. Bagus2, chekgu suka sangat tapi hasrat murni itu terhalang dek aturan di Gaza yang mana anak-anak tidak dibenarkan keluar dari bumi itu.

Pada Majlis Minum Petang Amal, 'Rebuild For A Gaza Nation' anjuran Mapim dengan kerjasama Rabbani Production, penyanyi berusia 34 tahun ini, urmm chekgu jauh lagi mudaaaa dari Dato' la ya, berkongsi tentang perkara tersebut.

"Apa salahnya (ambil anak angkat dari Gaza), sekiranya boleh... tapi saya dimaklumkan awal-awal di mana mereka tidak membenarkan kanak-kanak keluar dari Gaza.

"Bagi mereka, jika kanak-kanak ini dibawa keluar oleh keluarga angkat, siapa lagi yang akan mempertahankan bumi mereka.

"Kalau ALLAH beri saya satu keajaiban... saya bawa balik bayi dari Gaza, memanglah saya nak jaga sangat tapi saya percaya, mereka sangat diperlukan di sana,".
"Saya pernah diberitahu pihak Mapim di mana saya boleh menaja mana-mana anak-anak di bumi Gaza.

"Insya-ALLAH. Itu saya rasa, satu usaha yang boleh saya bantu. Saya harus berbincang dengan suami terlebih dahulu,".

Wahhhh mantop Dato', tapi memang dah lama dah Dato' buat semua perkara nie kan sekurang2nya bila dah tiada lagi di bumi ini. Kerja2 amal nan murni inilah yang chekgu bleh sebut2 sebagai CONTOH kepada pelajar2 chekgu kan. Sebab faham2 lah chekgu tak berani nak suruh pelajar2 chekgu jadi penyanyi huhuhu atau jadi retisss.... 

Dalam pada itu, Siti mengajak umat Islam di negara ini agar turut sama-sama membantu kanak-kanak tersebut.

"... bukan saya saja. Saya nak uar-uarkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar sama-sama turut membantu," katanya.

Sebelum itu, Siti sempat melahirkan sekali lagi hasratnya untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza jika diizinkan Tuhan.

"Keistimewaan dan keajaiban di sana, saya masih belum dapat rasai.

"Jika diizinkan suami dan ALLAH, pasti saya ingin ke bumi Gaza. Ramai rakan-rakan artis lain sudah menjejakkan kaki ke sana," katanya.

KALAU LA KAN CHEKGU BERTUAH KAYA RAYA MACAM DATO' SITI KANNN... CHEKGU NAK ADAKAN TABUNG YAYASAN UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK PELAJAR CIKGU YANG TIDAK BERKEMAMPUAN.... KESIAN DEPA NA... TAPIIII...... HUHUHUHU
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu