MuRiD Ku

28 Julai 2013

Kisah Menyentuh Hati – Ayah..Boleh Tak Bagi Amin Pinjam 10 Ringgit?

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah…..

Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm….nak tanya apa?

Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah…Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi..

Anak: Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih…!!”

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju kebilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

“Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni”Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

“Terima kasih banyak ayah!”Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??”

Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan…..

“Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”

“Tak cukup duit nak beli apa??” Jerkah ayahnya lagi.

“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…

Kadang-kadang kita takkan sedar betapa berharganya masa untuk bersama dengan orang yang kita sayangi…

Kadang-kadang kita terlupa bahawa dia begitu memerlukan kita di setiap saat hidupnya..

Kadang-kadang kita berasa bosan melayan kerenahnya…

Tapi kita takkan pernah tahu mengapa sikapnya berubah tiba-tiba kerana sikap kita..

Kita takkan pernah tahu seberapa bermaknanya kita dalam hidup dia..

Kerana…

Kita adalah kita…

Kita mahu yang terbaik untuk diri kita tetapi kita terlupa bahawa masih ada yang sangat memerlukan kita.........
Catat Ulasan

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu