http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

HaL2 STPM

Pengajian STPM sama ada yang sedia ada atau yang baharu mengambil masa selama tiga penggal (satu setengah tahun). Peperiksaan STPM yang sedia ada ditadbirkan pada hujung penggal ketiga manakala peperiksaan STPM yang baharu ditadbirkan sebanyak tiga kali, iaitu pada setiap hujung penggal.

Ciri baharu dalam sukatan pelajaran STPM ini ialah
 
a) Jumlah kandungan kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu satu bahagian untuk satu penggal 

b) Bilangan waktu pengajaran disediakan untuk memudahkan guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) 

c) Hasil pembelajaran disediakan untuk memberikan panduan kepada guru dan pelajar tentang skop dan apa yang hendak diuji untuk setiap tajuk dan subtajuk 

d) Calon diwajibkan melaksanakan amali, kerja kursus, atau kerja lapangan secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi setiap mata pelajaran kecuali Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Literature in English, dan Further Mathematics. 

Ciri baharu peperiksaan STPM ini ialah 

a) Peperiksaan diadakan pada akhir setiap penggal 

b) Pentaksiran dilaksanakan secara peperiksaan bertulis dan PBS 

c) Calon dibenarkan mengulang peperiksaan bagi setiap penggal untuk memperbaiki keputusan 


Syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan STPM yang baharu ialah calon perlu lulus Bahasa Melayu* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut:
 
a) SPM tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya 

b) SPM (Vokasional) 

c) Malaysian Certificate of Education (MCE) 

d) Federation of Malaya Certificate of Education 

e) Cambridge School Certificate 

f) GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan) 

g) SPM tahun 2000 hingga tahun 2010 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat 
Sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran, atau 

h) Sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran yang lain 


Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan di atas mestilah memperoleh kelayakan itu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM.

Calon yang mempunyai kelayakan luar negara yang setaraf dengan peperiksaan SPM hendaklah memohon kebenaran terlebih dahulu untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

*Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Melayu yang diambil dalam peperiksaan SPM Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Melayu peringkat peperiksaan SPM.

** Kelulusan peringkat biasa dalam GCE/SAP bermakna kepujian pada peringat SPM/MCE.

 Bil.  Kod Mata Pelajaran  Mata Pelajaran
  1.900  Pengajian Am
  2.910  Bahasa Melayu
  3.911  Bahasa Cina
  4.912  Bahasa Tamil
  5.913  Bahasa Arab
  6.920  Literature in English
  7.922  Kesusasteraan Melayu 
  8.930  Syariah
  9.931  Usuluddin
  10.940  Sejarah
  11.942  Geografi
  12.944  Ekonomi
  13.946  Pengajian Perniagaan
  14.948  Perakaunan
  15.950  Mathematics (M)
  16.954  Mathematics (T)
  17.956  Further Mathematics
  18.958  ICT
  19.960  Physics
  20.962  Chemistry
  21.964  Biology
  22.4966  Sains Sukan
  23.970  Seni Visual
STPM baharu juga merupakan sijil terbuka. Calon boleh memilih mana-mana mata pelajaran, tertakluk kepada sekatan mata pelajaran tertentu. Bilangan maksimum mata pelajaran yang boleh diambil ialah lima, termasuk Pengajian Am. Untuk tujuan kemasukan ke IPTA, keputusan yang terbaik bagi empat mata pelajaran akan diambil kira termasuk Pengajian Am.

Calon yang mengambil mata pelajaran luar pakej yang ditawarkan di sekolah dikehendaki menduduki kertas peperiksaan bertulis, Kertas 5 sebagai ganti Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Sekiranya sesuatu mata pelajaran tidak menawarkan Kertas 5, maka calon itu dikehendaki melaksanakan kerja kursus seperti calon persendirian individu.

Pelaksanaan kerja kursus mengikut keperluan mata pelajaran seperti jadual di bawah.

 Bil.Mata pelajaranPenggal 1Penggal 2Penggal 3
  1.  Pengajian Amv
  2.  Bahasa Melayuvv
  3.  Bahasa Arabv
  4.  Kesusasteraan Melayu Komunikatifv
  5.  Syariahv
  6.  Usuluddinv
  7.  Sejarahv
  8.  Geografiv
  9.  Ekonomiv
  10.  Pengajian Peniagaanv
  11.  Perakaunanv
  12.  Mathematics (M)v
  13.  Mathematics (T)v
  14.  ICTv
  15.  Physicsv
  16.  Chemistryv
  17.  Biologyv
  18.  Sains Sukanv
  19.  Seni Visualv

Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu