http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

03 Februari 2009

Bagaimana untuk menjadi seorang pendebat/pembahas terbaik yer? (Dari forum Akademi Debat oleh Lagenda Debat UIAM

Secara asasnya, perlukan kepada pengetahuan anda. Anda tak perlu tahu semua perkara tentang sesuatu isu tetapi anda perlu tahu sedikit perkara tentang semua isu.

Itu dari segi ilmu dan fakta untuk berdebat. Boleh diperbaiki dan diasuh sendiri dengan bantuan rakan-rakan dan guru/jurulatih.

Namun begitu, cabaran terbesar adalah untuk mewujudkan identiti tersendiri ketika berdebat. Kita sering melihat orang lain begitu hebat berdebat di atas pentas, dan kecenderungan kita adalah untuk mengadaptasi corak persembahan individu tersebut. Pengalaman saya menjadi hakim beberapa pertandingan, saya mendapati kebanyakan pendebat terutamanya yang masih baru suka terikut-ikut dengan corak persembahan sesetengah pendebat tersohor. Sebagai permulaaannya, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita "meniru" demi kebaikan bersama.

Tetapi apa yang lebih penting adalah keupayaan kita sendiri untuk membina karakter kita sendiri, perwatakan yang mampu membezakan kita dengan pendebat-pendebat lain.

Beberapa contoh yang boleh saya berikan, mungkin dari segi pemakaian kita sendiri. Penggunaan songkok suatu ketika dahulu tidaklah begitu menggalakkan dalam kalangan pendebat sekolah mahupun universiti, namun begitu apabila fenomena ini dicetuskan dek kerana berjaya menampilkan imej yang lebih baik, maka sewajarnya kita ikut dan telusuri. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Ada seorang pendebat wanita dari UiTM Shah Alam yang amat saya kagumi, cukup hebat berdebat di arena perdebatan. Adakalanya hati saya cukup gentar tatkala berhadapan dengan pasukan beliau. Ini kerana corak penjelasan beliau yang "agak tinggi" tahap intelektualnya menyebabkan kita terpaksa mendengar dengan berhati-hati.. itulah trademark beliau. Beliau hebat kerana corak pengolahan isi dan penjelasan beliau yang cukup mantap tanpa perlu berbunga-bunga bahasa mahupun menarikan lenggok bahasa badan..

Pernah jua ketemu dengan seorang lagenda debat UPM, cukup berkarisma dan digeruni. Beliau ini punya cara berdebat straight to the point, dengan olahan ayat cukup berbisa dan mantap. Karakter yang beliau jiwai adalah sebagai seorang yang tegas dan garang. Bagi beliau, sememangnya menjadi kerana telah banyak kali dinobatkan selaku pendebat terbaik.

Seorang rakan pendebat dari USM pula cukup cilik orangnya, tutur bicaranya pun boleh tahan "pedas" juga. Mampu memukau juri dan menundukkan pihak lawan.

Ada seorang pendebat dari UPSI pula, berdebat dengan cara yang penuh bersopan. Dek kerana dirinya wanita, tuturkatanya amat menyentuh perasaan terutama ketika menggulung hujah. Sangat mengesankan!

Daripada semua contoh yang dinyatakan di atas, disimpulkan bahawa "cara kita bertutur" memainkan peranan yang amat penting dalam menjadikan kita pendebat yang bagaimana. Apatah lagi jika kita benar-benar menghayati apa yang kita tuturkan dengan seikhlasnya, pasti menarik perhatian juri dan menggentarkan pihak lawan.

You don't just say what you mean, but most importantly really mean what you say. (within the context of the debate)

Moga-moga ini akan dapat menyuluh sedikit pembuktian kebenaran kepada saudara/i untuk mencari identiti tersendiri menjadi pendebat terbaik suatu hari nanti.
_________________
I Never Lose, I Just Choose Not To Win.

01 Februari 2009

Perasaan Aku di Kem Lambaian Danau..... (Dilema antara Pengurusan dan Perdebatan)

Secara jujurnya aku datang ke Kursus Pemantapan Rakan Exco ini adalah kerana memikirkan tugas dan tanggungjawab sebagai JMK UKLK. Walhal pun hati aku berat kerana pada tempoh masa yg sama aku sebenarnya terpaksa melepaskan adik2 juniorku dalam arena perdebatan UPSI pergi bersama senior yg lain utk berjuang dalam Debat Terbuka ASTAR di UM.... Aku sgt2 sedih dan tidak sedap hati.... Sehinggalah...

Hari pertama kursus di Dewan Rahman Talib UPSI -

Aku menguruskan perjalanan ice breaking seperti yg di rancangkan, pada hari itu Team Junior Debat UPSI telah pun berangkat ke UM dan menghadapi 4 perlawanan hari pertama. Sepanjang pagi aku tidak menghubungi mereka namun sms tiba menyatakan pusingan pertama team kedua junior telah menewaskan UIAM. Aku sedikit gembira dan setelah tamat hari pertama aku menghubungi mereka, ternyata aku sgt gembira bila di maklumkan team utama menang semua perlawanan dan team kedua menang 3 perlawanan daripada 4. Wah, nampaknya UPSI sudah ada pelapis yg akan meneruskan kehebatan para senior.

Hari kedua kursus di Kem Lambaian Danau -

Sepanjang perjalanan ke Kem Lambaian Danau aku tidak menghubungi team debat di UM namun aku sgt berharap mereka buat yg terbaik utk hari kedua perlawanan. Sampai ke Kem, aku tidak dapat menumpukan sgt perhatian kepada aktiviti kerana aku masih ingatkan team2 debat yang berjuang di UM. Tamat aktiviti petang itu aku menghubungi mereka, team utama menang 5 perlawanan keseluruhan dari 6 perlawanan dan team kedua 4 perlawanan. Kedua2 team layak ke Octofinal. Wah aku semakin berdebar dan hati aku mendesak2 untuk bersama mereka. Malamnya aku hubungi Nadia, ternyata team kedua tewas dan hanya team utama dapat ke suku akhir.


Hari ketiga kursus di Kem Lambaian Danau -

Hari ini team utama UPSI akan berjuang di peringkat suku akhir, aku sgt berdebar2 dlm masa yg sama aku perlu mengikuti aktiviti di Kem Lambaian Danau. Kadang2 aku punyer fikiran menerawang jauh ke UM. Namun aku lupakan sedikit mereka dengan aktiviti lasak yg di sediakan. Berjuang utk kumpulan Lactogen (haha group aku di kem) dan mengenang perjuang pendebat UPSI di UM. Petang itu aku menhubungi Aini namun tak berjawab, sms tak berbalas.... Hmm, aku sudah dapat tangkap apa yg terjadi......... Malam itu berlangsung Malam Santai Seni, aku terpaksa ceriakan diri utk semua............. walaupun............

Hari keempat kursus di Kem Lambaian Danau -

Pagi itu kami di bawa menikmati keindahan di sana..... fikiran aku berbaur, hmm kenapa team UPSI tewas di UM..... aku sedikit sedih namun aku percaya mereka sudah membuat yg terbaik.... Aku tidak faham kenapa jiwa aku terlalu dekat dengan dunia debat sehingga mood aku sukar untuk di pulihkan pagi itu...... Selepas itu aktiviti War Game.... aku lepaskan kegeraman aku di sana..... aku salutkan diri dengan sepenuhnya lumpur hahahaha............... Tak sabar mahu pulang bertemu kamu semua..........

Hmmmm, begitulah dilema seorang pendebat yg telah tersasar dlm bidang pengurusan kolej kediaman.... Mahu atau tidak terpaksa membuat pemilihan walaupun kadang2 kita tidak mahu..... Apa2 pun tahniah kepada pendebat UPSI ke UM, tahniah kepada aku juga kerana gagal menemani mereka dan juga untuk Debat Integriti pun maybe sama...... ARGHHHHHHHH!!!

Hari2 yg Memenatkan namun Penuh Pengalaman

aku takde dlm ini gbr sbb semput hahaha


Hmm..... saat ini aku baru sahaja pulang dari Kem Lambaian Danau, Jasin Melaka. Tamatlah sudah Kursus Pemantapan Rakan Exco UKLK yg berjalan dengan baik aku kira.... Jutaan ucapan terima kasih buat pihak pengurusan kem kerana menyediakan aktiviti yg boleh aku masukkan dalam list terbaik sepanjang pengalaman aku mengikuti program, kem atau kursus. Sesungguhnya pengalaman itu byk bertebaran di sekeliling kita. Apa yg di perlukan adalah kesudian kita untuk mengutipnya.....

Hmm.... tengoklah beberapa gambar yg aku ambik dr blog fotoKLD... gbr2 lain tunggu ekk.... apa yg pasti kumpulan aku jd tumpuan masa berakit hahaha. yer ke.......perasaan, ape2 pun gbr kami byk kat situ walaupun tak nampak aku sbb kecik sgt.... hahaha APA YANG PENTING KERJASAMA!!! huhuhu

Lactogen Group


Still group aku huhuhu


juga group aku

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu