http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

AsAsI



Asasi adalah kursus asas yang ditawarkan oleh kerajaan sebagai usaha untuk memenuhi keperluan rakyat dalam bidang pendidikan. Ia merupakan kursus asas yang spesifik kerana direka khas bersesuaian dengan kurikulum kursus ijazah di universiti tertentu.



Terdapat dua program asasi yang memberikan peluang kepada lepasan SPM di negara ini iaitu Program 1 tahun (PST) dan Program 2 tahun (PDT). Universiti yang menjalankan progran tersebut ialah Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak dan beberapa universiti lagi.



Terdapat perbezaan antara program pengajian Asasi dan Matrikulasi di mana program asasi kebanyakanya ditawarkan kepada Bumiputra dan program asasi adalah khusus kepada kursus ijazah yang ditawarkan oleh kolej tertentu. Hanya lima kursus Asasi yang ditawarkan kepada bukan Bumiputra iaitu Asasi Sains Pertanian di UPM dan empat kursus di UPNM.

Kelayakan

Kebanyakan kursus asasi yang ditawarkan di Malaysia ialah kepada Bumiputra. Pelajar yang bercadang untuk mengikuti pengajian asasi perlu memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang - kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Malaysia.

Di sampng itu, pelajar akan diberikan elaun RM 1250 setiap semester. RM350 setiap semester untuk yuran pengajian dan RM360 setiap semester untuk penginapan yang turut disediakan. Pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik dalam program asasi kebanyakannya mendapat tempat di IPTA. Pelajar perlu memohon untuk IPTA melalu Unit Pusat Universiti (UPU). Biasanya pelajar dapat menghabiskan ijazah mereka di universiti yang sama menawarkan program asasi kepada mereka.

Tempoh pengajian

Asasi biasanya merentangi satu tahun (dua semester) tetapi boleh mengambil dua tahun dengan jumlah 38 jam kredit. Program asasi ditadbir dan diuruskan oleh universiti tertentu. Hanya calon yang mendudukin program asasi di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara perlu memohon untuk universiti tempatan melalui BPKP atau USM. Selain daraipada ini, pelajar akan dimasukkan ke kursus ijazah di universiti dimana mereka menjalani asasi.  
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu