http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

13 Disember 2013

Cadangan tubuh pasukan “Polis Syariah” diperhalusi, kata Zahid Hamidi



Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.
Untuk itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Kita juga akan mohon perkenan Majlis Raja-raja Melayu supaya tidak disalah anggap cuba campur tangan soal pengendalian isu-isu agama. Aspek yang saya tekankan adalah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Mencegah lebih baik daripada mengubati," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV malam tadi."Ada cadangan daripada sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk tubuhkan pasukan polis Syariah, banteras ajaran sesat. Ini akan dibincangkan dengan terperinci.  
Terdahulu dalam program itu, Ahmad Zahid berkata PDRM mempunyai Badan Agama dan Kaunseling (Baka) yang boleh bekerjasama dengan Jakim untuk membendung penularan ajaran sesat, namun ini perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dulu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyentuh tentang bahaya sikap taksub terhadap seseorang pemimpin kerana ia boleh menjurus kepada perbuatan tidak wajar.
Beliau turut menyentuh tentang penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) bulan lepas.
"Apa yang ada pada kami (KDN) adalah dari segi penguatkuasaan untuk membantu Jakim dan Majlis Agama Islam negeri. Kita harap semua pihak boleh lakukan sesuatu untuk pulihkan mereka yang terseleweng akidahnya," tambahnya. - Bernama, 13 Disember, 2013.
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu