MuRiD Ku

30 April 2008

Sajak : Pencarian Seribu Erti (nukilan Faizz)

PENCARIAN SERIBU ERTI 1

selaut seluas angkasa dugaan melanda
hampir ketandusan daya menghadapi
kian menghampiri takkan menyerah diri
makin ditelan zaman lubuk usia
tak mungkin bersemadi dalam kehampaan
arah tujuan ini pasti terkalam
namun bukan disini dalam kepincangan
mencari di mana letaknya
seribu kata janji impian segunung mimpi

usang yang berlabuh di anjung usia
asing yang selubung segala impi
nyata masih tidak mampu mendaki
dengan paras daya kian tidak berganti
insaf yang masih tidak mengenali diri



pencarian ini bukan perjanjian takdir
hanya diri yang tidak mampu mengubah
bahkan tidak cuba untuk berubah
leka meletakkan lena hingga ke peraduan
alpa memperdaya hingga mengundang binasa


mungkin diri bukan pilihan dalam kehidupan
abadi dalam dilema keinsafan

antara sedar dan lalai menerpa
masih kekal berdiri di persimpangan
hakiki suatu pencarian sebenar


nukilan bertahun2 lepas... entah bila lupa ler...
Catat Ulasan

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu