MuRiD Ku

06 Mei 2008

Skrip utk Pengisahan Kenegaraan....

Pendidikan umum dari kisah perjuangan menuntut kemerdekaan


Bermula dengan bunyi dentuman bom dan di ikuti tembakan-tembakan menandakan peperangan pun bermula. Video penderitaan zaman penjajahan di tayangkan.........

Monolog : (Afiti)
Kalam kisah pun menarikan cerita, lembaran sejarah lalu terbuka.... merentap kembali hati-hati yang luka dek kerana penjajahan silam. Tersingkap tirai penderitaan berantai Tanah Malaya sebermula tahun 1786 tatkala Sir Francis Light tiba dari Britain dan memperoleh Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Memutar lagi filem kenangan tahun 1819 saat Sir Thomas Stamford Raffles membuka pelabuhan perdagangan bebas untuk Britain di Singapura.

Tanah Melayu di jajah seakan-akan tidak bertuan lagaknya, rentetan tahun 1824 Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Maka, Belanda secara rasmi menyerahkan Melaka kepada Inggeris. Pedihnya terasa bila Singapura, Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah pentadbiran Inggeris dengan panggilan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kita semakin hilang ketuanan tatkala tahun 1841 James Brooke pula menjadi Raja Putih atau Raja Sarawak. 1896 menyaksikan lagi kerakusan British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Satu demi satu negeri Tanah Melayu berada bawah penguasaan Inggeris.

Sehingalah titik noktah terakhir kita bagai di hentak keras pabila dasar pecah perintah merampas hak dan keistimewaan rakyat Tanah Melayu. Sempadan tahun 1915 hingga 1941 kita mula bangkit dengan bibit-bibit semangat nasionalisme dan cuba berjuang menuntut keadilan dan ketuanan.

Arghhhhhhh....... kita kentandusan lagi tanggal 1941-1945, tika Perang Dunia Kedua merebak ke Tanah Melayu dengan ketibaan dan pendudukan Jepun yang penuh ketakutan, kesengsaraan dan tragedi.. Kala itu kita seumpama memijak bumi yang berlantaikan tulang belulang, berlangsirkan darah dan langit yang kita junjung kelam. Segelap harapan dan impian semua......... Kelabu..... sekabut cita-cita perjuangan bangsa....

Muzik berkumandang mengiringi syair yang di lagukan....

Syair (Afiti)

Sangka ku tenang bumi malaya
Pabila Jepun mengangkat bendera
1945, British bertakhta
Rakyat terpukul lantas bersuara

1946 rencana pun bermula
Malayan Union, British mewarta
Rakyat membantah mula bersuara
Pejuangan UMNO pemula segala

Sangkakan tenang air di muara
Perjanjian Persekutuan lalu di tanda
1948 darurat menjelma
Rakyat tersiksa 12 tahun lamanya
.......Muzik terhenti tiba-tiba dan berkumandang


Pidato : (Faeizi)

Selepas Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya dari bumi Tanah Melayu, Inggeris kembali berkuasa. Namun. Penjajahan Inggeris tidak diterima rakyat kerana mereka dihantui oleh corak pemerintahan Jepun yang zalim dan kejam.
Inggeris mengatur rancangan untuk menubuhkan Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Malayan Union bukan sahaja ditentang oleh rakyat Tanah Melayu malah Raja-raja Melayu turut menentang. Mereka memulakan penentangan ini dengan berkabung selama seminggu.
Pada 1946, Dato' Onn Jaafar telah menubuhkan 1 kongres bagi semua kumpulan dalam pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO) telah ditubuhkan dan dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar. UMNO bertujuan untuk menentang rancangan Malayan Union yang direncanakan oleh Inggeris. Pelaksanaan Malayan Union akan menghapuskan segala tradisi (sistem politik, pentadbiran dan adat resam) serta sistem kerajaan semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menggantikan tampuk pimpinan UMNO pada 1951. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengetuai 1 rombongan yang mengandungi 4 orang wakil dari Parti Perikatan dan 4 orang lagi wakil dari Majlis Raja-Raja ke London untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu.

Sajak : (Faeizi)

Kita langir keris pusaka
Dari cita semangat waja
Biar membara dupa bangsa
Dengan tangkas pencak
Sang wira di medan laga
Keramat loknya ditempa pandai besi
Ditinta kursani digenggaman pejuang sejati
Hei, tangkas langkahmu di tengah gelanggang
Bagai kijang bermukin di hutan
Kemas pencakmu berhadapan lawan
Bagai sang harimau siaga menerkam
Hei, jati diri kau pasakkan
Musuh kau tumbangkan
Rantai penjajah kau leburkan
Tegak sendi maruah bangsa
Pencak budi memaknakan merdeka.


Menuju Kemerdekaan (Stanley)

Rakyat Malaysia amat istimewa jika dibandingkan dengan rakyat negara-negara lain; kerana perjuangan mereka ke arah kemerdekaan telah berjaya dilakukan tanpa pertumpahan darah, kemusnahan harta benda atau melibatkan sebarang revolusi mahupun pemberontakan bersenjata. Kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana wujudnya suatu faktor yang tiada pada negara-negara lain di dunia ini - kebersatuan yang kukuh di antara pelbagai kelompok etnik yang menganuti pelbagai budaya, kepercayaan dan agama.Kebersatuan, kesepakatan dan keharmonian yang wujud ini telah menjadi benteng kekuatan dan asas bagi Parti Perikatan untuk meneruskan perbincangan dengan kerajaan British bagi mendapatkan kemerdekaan.

Kerjasama yang kukuh di antara kaum telah menjadi asas perjuangan kemerdekaan kerana masyarakat dunia, malah rakyat Tanah Melayu sendiri pada waktu itu tidak yakin negara ini boleh kekal aman dengan struktur masyarakat yang sebegini majmuk.Andaian ini dibuat memandangkan pergolakan dunia ketika itu yang gagal menyelesaikan permasalahan etnik negara masing-masing. Rata-rata para pemerhati berpendapat bahawa jika dunia tidak dapat menangani masalah ini, mustahil Tanah Melayu dapat melakukannya.



Menempuh Ranjau (Faeizi)

Semangat nasionalis sememangnya telah wujud di Tanah Melayu sejak abad kesembilan belas, dan menjelang abad kedua puluh lebih ramai pejuang-pejuang kemerdekaan muncul di seluruh tanah air. Semangat kebangsaan ini sedikit demi sedikit menular ke segenap pelosok Tanah Melayu.

Setahun selepas Jepun menyerah kalah pada akhir Perang Dunia Kedua, lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO), yang dipimpin oleh Dato' Onn bin Jaafar.

Penubuhan UMNO adalah hasil perpaduan bangsa Melayu - rakyat bersama raja - kerana menentang rancangan Malayan Union yang direncanakan oleh kerajaan British. Pelaksanaan Malayan Union akan menghapuskan segala tradisi (sistem politik, pentadbiran dan adat resam) serta sistem kerajaan semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu.Pada 1951, tampuk pimpinan UMNO diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Perlu juga disebut bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu bukanlah perjuangan orang-orang Melayu semata-mata. Tanah Melayu ketika itu sudah menjadi kediaman pelbagai kelompok masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Walaupun orang-orang Melayu menguasai kepimpinan politik, pemimpin-pemimpin Melayu ini sedar akan struktur masyarakat Tanah Melayu yang ibarat aur dengan tebing. Mereka sedar, perjuangan kemerdekaan tanpa penyertaan kaum-kaum lain tidak akan berhasil. Mereka dapat melihat bahawa dalam jangka panjang, Tanah Melayu mesti ditadbir oleh warga sendiri, di bawah satu payung politik yang teguh dan kukuh.Jelaslah bahawa perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu merupakan perjuangan semua rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum.


Sajak : (Afiti)

Keranamu Malaysia,
Tegakkan nusa gagahkan bangsa,
Kita susun seribu langkah,
menuju ke hadapan
Bersama mensesah pekat malam,
menerjah gelombangBerlari mengejar cahaya,
menepati janji di hujung jalan
Walau berdepan sejuta rintangan
Sekali pun jatuh di medan perjuangan
Namun tetap meredah,
mencapai wawasan
Alangkah damainya negeri ku ini
Dilimpahi rahmat,
kemakmuran dikurniai
Bangsa bersatu berjiwa waja
Semangat patriotik kian membara
Dunia sudah membuka mata
Penghormatan kini menjadi nyata
Tiada lagi penindasan
Tiada lagi penghinaan
Kemerdekaan terus terpelihara
Damainya negeriku... Malaysia
DR. Mahathir

Merisik Khabar (Faeizi)

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan mengandungi empat wakil dari Parti Perikatan dan empat wakil dari Majlis Raja-Raja bertolak ke London, untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas tiga minggu mengadakan rundingan, pada 8 Februari Tunku menandatangani Perjanjian Kemerdekaan London. Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos tahun berikutnya.

Sekembalinya Tunku dan rombongannya dari London, berita gembira itu telah disampaikan kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka - bandar yang telah menyaksikan banyak penjajah datang dan pergi. Berita ini telah disambut dengan penuh kegembiraan oleh semua penduduk Tanah Melayu.


Sajak (Stanley)

Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul
terlalu pemurah dan saksama pada tiap warga
yang berjasa
yang rela memberikan keringat
serta setia untuk bumi tercintanya.
Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa
di negeri kaya dan kesuraman sekejap
siapa pula menjadi dalang kalau tiba-tiba
terdengar laungan dari bukit penuh gelap
itu hanyalah lolongan sang pertapa
yang lemas ditikam bayang!
Negeri ini,
adalah tanah luas sesayup pandangan
yang telah melahirkan ribuan pahlawan.
Rela memilih terbuang dari berputih mata,
kerana baginya,
mati itu cuma sekali dan tidak harus sia-sia.
Mereka tidak rela
ini negeri tercinta jadi kuda tunggangan
atau dipekosa warga tidak bernama.
Meski darah dan tulang jadi gantian.
Kerana baginya:
negeri adalah tanah
adalah air,
adalah api,
adalah angin.
Adalah maruah,
adalah permai,
adalah berani,
adalah susila.
Adalah segala-galanya.
Dan hari ini,
kata keramat itu dilaungkan.
Tanpa mengirakulit atau warna,
tampuk atau asal,
percaya atau agama:
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Di negeri ini anak,
mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza.
Siapa di sini adalah warganya,
kerana meski putih atau hitam,
darahnya tetap merah.
Darahnya tetap merah.
Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam.
Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan.

Menuai Mimpi (Faeizi)

Pada detik 12 malam 31 Ogos 1957, perjuangan menuntut kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil, dan impian akhirnya menjadi kenyataan. Di Padang Kelab Selangor (sekarang Dataran Merdeka), bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir di bumi Tanah Melayu dan bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh rasa syukur dan bangga.Pada esok harinya, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan disaksikan beribu-ribu warganegara, Raja-Raja Melayu, Duke of Gloucester (mewakili Ratu Elizabeth) serta wakil-wakil kerajaan British. Ini adalah satu detik yang sangat penting dalam sejarah tanahair - akhirnya penjajahan yang telah bertapak sejak tahun 1511 telah dapat dihapuskan. Suatu detik yang bermakna…….

Lagu : (semua)

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
BetapaDibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
AkuBukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Nukilan : Mohd Faiz Mohamad Nawi @ Faizz
Catat Ulasan

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu