http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

HaL2 STAM

Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau semasa di Tingkatan Enam.

Sejarah

Sijil Tinggi Agama Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti al-Azhar. Ia bertujuan menyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum itu, contohnya Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.

Syarat Pendaftaran
 
Telah mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu'uth Al-Islamiah Al-Azhar yang dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir pada tahun 1999, atau 
Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM. 

Mata Pelajaran 

S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid 
S102 – Fiqh 
S103 – Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik) 
S104 – Tafsir dan Ulumuhu (Ilmu Ulum Al-Quran) 
S105 – Hadith dan Mustolah 
S106 – Nahu (tatabahasa) dan Sarf 
S107 – Insya’ dan Mutalaah 
S108 – Adab (Sastera Arab) dan Nusus (Nas-Nas Syair Arab) 
S109 – ‘Arudh dan Qafiyah 
S110 – Balaghah (kesusateraan) 

Pensijilan 
  • Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu danBahasa Arab
  • Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan. 
  • Calon yang ingin mengulang peperiksaan tersebut boleh memilih untuk mendaftar dan menduduki mana-mana mata pelajaran yang ingin diperbaiki dalam tempoh 3 tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki. 
Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut: 
  • Mumtaz - Cemerlang 
  • Jayyid Jiddan - Sangat Baik 
  • Jayyid - Baik 
  • Maqbul - Lulus 
  • Rasib - Gagal
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu