http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

15 November 2009

Saat Semuanya Akan Pergi

Kala dan ketika ini,
saat semuanya akan melangkah pergi
ku rasa seperti mahu hentikan putaran waktu
biar kita bersama kaku di sini
biar kita saling melihat aku dan engkau
dia, kita dan semua masih ada bersama

Bila tiba detik kita akan terbang
ku rasa seperti mahu hilangkan angin bertiup
biar kita terus mendarat di tanah ini
biar kita patahkan sayap-sayap
agar kita tidak akan terbang pergi

Pernah kita berjanji
untuk menjadi mimpi indah mengulit lena
mengejar pelangi hingga ke hujung hari
mengutip mutiara di permukaan lautan
dan akhirnya kini mutiara jernih
menghiasi kelopak kerana kita akan pergi

Saat semuanya akan pergi
seakan ku tersedar kurniaan Mu tuhan
berikan aku teman-teman yang membahagiakan
walau terkadang ianya menyakitkan
namun segalanya pengalaman indah
mendewasakan diri untuk lebih bahagia
kini saat semuanya akan pergi
ku tertanya, pernahkah aku hargai pemberianMu itu

Teman.....
pernah kita melangkah bersama
kita bercerita bersama
kita berkongsi saat gembiranya hati
kita berkongsi kala hibanya jiwa
dan kini semuanya akan pergi
gembira atau hiba kita kala ini
kerana segalanya kita pernah berkongsi

Saat semuanya akan pergi
aku menjadi bimbang
kerana aku seorang yang suka bersedih
siapa yang akan membuatkan aku tertawa kembali
kerana aku mudah menjadi lemah
siapa yang akan memberi aku semangat
kerana aku sering kehilangan arah
siapa yang akan memimpin ku pulang
kerana aku suka merasa bahagia
siapa yang akan berada di samping
kerana aku suka merasa gembira
siapa yang akan melonjak bersama
kerana aku berseorangan
siapa.... siapa yang akan menemani
berketawa bersama
hanya pada tuhan kini
ku ceritakan segala-galanya

Teman....
akan rindukan engkau pada ku
akan ingatkan engkau saat-saat dulu
akan bersuakah lagi kita semua
akan bersama lagi atau......
saat semuanya akan pergi
aku fikirkan semua perkara
kerana tak sanggup melihat
SEMUANYA AKAN PERGI
saat ini.....

Saat ini.
hanya ku doakan semuanya bahagia
mendapat yang terbaik dalam apa jua
melalui liku hidup dengan ketenangan
membina diri dengan sepenuh keimanan
peroleh rahmat dan keberkatan
moga aku, engkau, dia dan semua
menjadi apa yang kamu semua ingini.....

AKU SAYANG KORANG SEMUA

(Nukilan Faizz, dedikasi khas buat Muslim Aida, Nor Suhana, Norlaila, Asrihan, Aina Liyana, Nor Afiti, Napisah, Norzaini, Ismail, Mohd Sharihan, Robin, Mohd Al-Faani)
Comments
2 Comments

2 ulasan:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
AFITI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu