http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

14 November 2009

Mencari Mimpi (Epilog)

Pernah suatu waktu yang penuh dengan kegelisahan, dia terbangkit dari tidur yang lena dan tersedar dari mimpi yang indah. Pernah juga suatu masa yang penuh kebahagiaan, dia terkejut dari tidur yang sekejap dan tersedar dari igauan ngeri. Banyak persoalan timbul di benak fikirannya, pelbagai jawapan yang sukar ditentukan yang mana benar dan manakah yang salah. Begitu payah laluan yang di redahi dengan pelbagai cerita dan juga kisah. Kerana dia adalah seorang yang tidak pernah mengalah di lalui semuanya dengan azam dan tekad menyala.

"Dum.... dum.... dum....." ketukan pintu yang sememangnya dari seorang yang sangat tidak sabar untuk ke kelas saban hari. Bimbang akan ketinggalan bas kitaran agaknya ataupun bimbang hujan membanjiri bumi. "Iewan... cepat sikit, dah lewat nie....", dalam hati terdetik juga, sampai begitu lewatkah walaupun jam baru menunjukkan pukul 7.15 pagi. Dia tahu, walau sampai berapa lewat sekalipun pada jangkaan temannya itu, akhirnya mereka berdua jugalah yang paling awal menjejakkan kaki ke kelas. Hmm... begitulah kehidupan ini, setiap manusia tidak sama sikap dan ragamnya. Setiap manusia juga tidak sama jalan cerita kehidupan dan halangan yang menjerat diri mereka. Namun begitu, perjalanan hidup ini perlu di lalui dengan harapan dan impian.

"Kejap rr.... kalau kau rasa tak sempat, pergi dulu lah....." dia menjawab selamba dan tangan sibuk membetul-betulkan ikatan tali leher. Temannya itu diam dan duduk menunggu, juga dengan reaksi yang selamba. Memang Iewan tahu temannya itu mungkin tidak terkesan dengan kata-kata sebegitu dan dia juga tahu temannya itu sememangnya begitu. Hanya kadang-kadang dirinya akan menjadi lebih beremosi bila saat-saat begini. Ketika merasa sangat kecewa, sunyi, berserabut dengan pelbagi tekanan dek kerana alpa, malas, ambil mudah dan pelbagai perkara yang sebenarnya berpunca dari diri sendiri. Iewan masih sibuk melihat-lihat dirinya di cermin. Bagi dirinya, walau dalam keadaan macam mana sekalipun emosi dirinya namun tidak akan menjejaskan penampilan diri yang perlu dikekalkan. Bukan mahu menjadi hipokrit, namun sekadar mainan psikologi yang mana perlu untuk menjadi seorang yang kemas, positif dan yakin walaupun tekanan demi tekanan melanda. Kehidupan ini bukannya susah dan juga bukannya mudah. Lalui dengan penuh keyakinan dan apa yang diharapkan perlu disertai dengan pencaturan yang rapi. Tetapi kadang-kadang ianya tidak menjadi, hmm apapun dia yakin suatu masa nanti kemenangan itu miliknya juga. Kerana dia berhak dan tidak suka untuk kalah.

"Dah lah tue, kang pecah pulak cermin tue....." alamak berbunyi lagi.... "Yer lah, dah siap okay.....". Pintu di buka dan langkah terus dihayunkan ke hadapan.... terus ke hadapan mengukir pelbagai lagi cerita untuk sekian kalinya. Cerita tentang dirinya, kehidupannya, percintaan yang tak pernah sampai, persahabatan yang penuh dugaan dan keindahan serta pelbagai kisah yang kadang-kadang membahagiakan dan seringkali juga membuatkan dirinya kecewa.
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu