http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

01 Februari 2009

Perasaan Aku di Kem Lambaian Danau..... (Dilema antara Pengurusan dan Perdebatan)

Secara jujurnya aku datang ke Kursus Pemantapan Rakan Exco ini adalah kerana memikirkan tugas dan tanggungjawab sebagai JMK UKLK. Walhal pun hati aku berat kerana pada tempoh masa yg sama aku sebenarnya terpaksa melepaskan adik2 juniorku dalam arena perdebatan UPSI pergi bersama senior yg lain utk berjuang dalam Debat Terbuka ASTAR di UM.... Aku sgt2 sedih dan tidak sedap hati.... Sehinggalah...

Hari pertama kursus di Dewan Rahman Talib UPSI -

Aku menguruskan perjalanan ice breaking seperti yg di rancangkan, pada hari itu Team Junior Debat UPSI telah pun berangkat ke UM dan menghadapi 4 perlawanan hari pertama. Sepanjang pagi aku tidak menghubungi mereka namun sms tiba menyatakan pusingan pertama team kedua junior telah menewaskan UIAM. Aku sedikit gembira dan setelah tamat hari pertama aku menghubungi mereka, ternyata aku sgt gembira bila di maklumkan team utama menang semua perlawanan dan team kedua menang 3 perlawanan daripada 4. Wah, nampaknya UPSI sudah ada pelapis yg akan meneruskan kehebatan para senior.

Hari kedua kursus di Kem Lambaian Danau -

Sepanjang perjalanan ke Kem Lambaian Danau aku tidak menghubungi team debat di UM namun aku sgt berharap mereka buat yg terbaik utk hari kedua perlawanan. Sampai ke Kem, aku tidak dapat menumpukan sgt perhatian kepada aktiviti kerana aku masih ingatkan team2 debat yang berjuang di UM. Tamat aktiviti petang itu aku menghubungi mereka, team utama menang 5 perlawanan keseluruhan dari 6 perlawanan dan team kedua 4 perlawanan. Kedua2 team layak ke Octofinal. Wah aku semakin berdebar dan hati aku mendesak2 untuk bersama mereka. Malamnya aku hubungi Nadia, ternyata team kedua tewas dan hanya team utama dapat ke suku akhir.


Hari ketiga kursus di Kem Lambaian Danau -

Hari ini team utama UPSI akan berjuang di peringkat suku akhir, aku sgt berdebar2 dlm masa yg sama aku perlu mengikuti aktiviti di Kem Lambaian Danau. Kadang2 aku punyer fikiran menerawang jauh ke UM. Namun aku lupakan sedikit mereka dengan aktiviti lasak yg di sediakan. Berjuang utk kumpulan Lactogen (haha group aku di kem) dan mengenang perjuang pendebat UPSI di UM. Petang itu aku menhubungi Aini namun tak berjawab, sms tak berbalas.... Hmm, aku sudah dapat tangkap apa yg terjadi......... Malam itu berlangsung Malam Santai Seni, aku terpaksa ceriakan diri utk semua............. walaupun............

Hari keempat kursus di Kem Lambaian Danau -

Pagi itu kami di bawa menikmati keindahan di sana..... fikiran aku berbaur, hmm kenapa team UPSI tewas di UM..... aku sedikit sedih namun aku percaya mereka sudah membuat yg terbaik.... Aku tidak faham kenapa jiwa aku terlalu dekat dengan dunia debat sehingga mood aku sukar untuk di pulihkan pagi itu...... Selepas itu aktiviti War Game.... aku lepaskan kegeraman aku di sana..... aku salutkan diri dengan sepenuhnya lumpur hahahaha............... Tak sabar mahu pulang bertemu kamu semua..........

Hmmmm, begitulah dilema seorang pendebat yg telah tersasar dlm bidang pengurusan kolej kediaman.... Mahu atau tidak terpaksa membuat pemilihan walaupun kadang2 kita tidak mahu..... Apa2 pun tahniah kepada pendebat UPSI ke UM, tahniah kepada aku juga kerana gagal menemani mereka dan juga untuk Debat Integriti pun maybe sama...... ARGHHHHHHHH!!!
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu