http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

12 Julai 2013

Artis DICEKUP Tidak Puasa, Miskin Pakaian....


Adududu... rasanya tidak salah untuk chekgu tidak menyebut kerjaya sebagai artis dihadapan pelajar2 chekgu. Bimbang kalau2 anak2 yg chekgu lahirkan dari skolah tidak ada benteng iman yg kukuh. Kasihan sungguh artis ini, kepada sesiapa yg mahu memberi derma PAKAIAN kepada si artis bolehlah menghubungi chekgu ya... Ini adalah untuk tampung mana2 bahagian yg terkoyak atas, bawah, tepi kiri dan kanan. 

Agak2nya, apa yg artis2 kita fikirkan??? Bukan semua tp KEBANYAKKAN... Semua bergantung pada niat katanya... Analoginya cukup mudah tau, mencuri salah di sisi agama n undang2... Walaupun si pencuri berniat untuk memberi makan minum anak isterinya, TETAP dihukum PENJARA n DENDA... TETAPI, si artis BERPAKAIAN SEKSA, bersentuhan dalam lakonan, TIDAK BERTUDUNG n lain2 lg... TERANG2 juga salah di sisi agama NAMUN TIDAK di sisi undang2 MANUSIA. Tetapi mereka2 ini tidak dipenjara n didenda kerana niat mereka untuk mencari rezeki... YANG PENTING NIATTTTT....


ADAKAH UNDANG2 MANUSIA LEBIH BERKUASA???
ADAKAH UNDANG2 MANUSIA LEBIH ADIL???
ADAKAH UNDANG2 MANUSIA........  
terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab.


Mari kita baca sama2 berita seorang artis yang tidak puasa ini... KITEEEEEEE plak yg kena tahan cukup2 puasa kiterrrrrrr menenggoknyaaaa......!!!!


PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil. 


Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu