http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

11 Julai 2013

MAKLUMAN : 5,337 calon terpilih pelajar baharu USM

Assalamualaikum n selamat pagi semua....

Pagi yg berbahagia ini walaupun chekgu rasa agak berdebar2 menantu keputusan pelajar2 chekgu yg bakal menjejakkan kaki ke Menara Gading. Chekgu membaca satu keratan akhbar yang memberitahu seramai 5,337 calon lepasan STPM dan Setaraf telah layak dan terpilih sebagai pelajar baharu USM. 
Untuk pengetahuan semua, USM adalah merupakan Universiti Apex. Tahniah chekgu ucapkan kepada mereka yang berjaya memperoleh tawaran sambung pengajian di sini. Fuyooooooo!!!

Berikut merupakan lampiran berita tersebut >>>>>

GEORGE TOWN 10 Julai - Sebanyak 5,337 pelajar terpilih akan mendaftar sebagai pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 September ini bagi mengikuti kursus ijazah sarjana muda.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman berkata, daripada jumlah pelajar itu, sebanyak 3,790 pelajar akan mendaftar di kampus induk Pulau Pinang, kampus kejuruteraan Nibong Tebal (988) dan selebihnya di kampus kesihatan Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau berkata, pelajar boleh menyemak status permohonan mereka mulai 12 tengah hari Khamis, 11 Julai dan mereka yang berjaya diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran sebelum 21 Julai.

"Kegagalan membuat pengesahan penerimaan tawaran akan menyebabkan tawaran kepada mereka terbatal secara automatik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Omar berkata, bagi pelajar yang gagal mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan menerusi 
pada 21 Julai dan keputusan rayuan akan diumumkan pada 5 Ogos.

Katanya, bagi sidang akademik 2013 ini, USM menerima 20,320 permohonan daripada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Matrikulasi, Diploma, A-level berbanding 14,222 permohonan bagi sidang akademik tahun lepas. - BERNAMA
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu