MuRiD Ku

11 Julai 2013

[GANAS] Hentak Kepala Bini Sebab Tak Kejut Sahur.


Gambar di atas adalah sekadar perhiasan saje yer. Buka chekgu. Huhuhu. CHekgu cuma mahu semua berfikir, apakah impian, kehendak, keperluan, tanggungjawab, perasaan, tuntutan dan seangkatan dengannya dalam sebuah perkahwinan.
????????
Hentak??? Pukul??? Sepak???
Apakah itu jalan penyelesaian kepada satu konflik???
Chekgu agak sedih dengan laporan berita nie, tertanya2 dalam pikiran kenapa perlu terjadi perkara2 sedemikian. Sekali fikir chekgu rasa mau sepak terajang jugak si suami. 2 kali fikir, mungkin permasalahan lain yg lama membelenggu mereka. Kita ikuti berita peristiwa pasangan muda tersebut. Urmm chekgu rasa mahu menubuhkan Klinik Kaunseling lah nanti untuk permasalahan negatif dan positif.... APa yg negatif n apa yg positif???? coming soon ya.... >>>>>
Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baru, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.

“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.

“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya. Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.

“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu.

“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya.

Catat Ulasan

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu