http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

01 Julai 2013

Apa yg Kamu Mimpikan Wahai Pelajar

                                  
Hurmmm.... sekarang chekgu duk kat dewan skolah. Ada program teknik menjawab soalan Pendidikan Islam utk PMR. Jemput penceramah luar untuk berkongsi maklumat dan kepakaran. Chekgu agak mahu menjelma menjadi naga la jugak melihat respon sebahagian pelajar. Tambah2 yg duk di bahagian palingggg belakang.
Apa la agak2nya yg mereka mimpikan dalam tidur untuk hidup sendiri. Chekgu selalu duk pesan, pasanglah impian. Semat erat2 dalam hati untuk berjaya menjadi orang dan bukannya memasang mimpi2 indah dan akhirnya hidup sekadar menjadi orang2. Dukkkkk tercegat tengah2 bendang, tak kira panas hujan, ribut petir...

Alangkah kasihan kehidupan yg berlalu tanpa ada apa2 matlamat dan tujuan. Bukan chekgu menolak mentah2 kata2 "alaaa budak2".... belum matang dan sebagainya... Tapi sekurang2nya berfikirlah apa yg pernah guru2 nasihatkan... Sebab tu chekgu tak marah pelajar2kata chekgu suka berleter, asalkan mereka akhirnya cemerlang... Chekgu sebenarnya tak banyakmulut, cuma pantangggggmereka2 yg malas2 nie... 

Tanya pelajar2 yg rajin2, mesti pada mereka chekgu la yg paling baekkk... huhuhu

Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu