http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

02 Julai 2013

“Apa masalahnya jika saya kahwin lari!” – Shahz Jaszle (STATEMENT MEMBUNUH)

“Apa masalahnya jika saya kahwin lari! ” – Shahz Jaszle, WAUUU... walaupun chekgu tarak minat pun ngan pelakon yang bernama Shahz Jaszle nie namun agak tertarik dengan statement dia, ehhh beliau ehhhh baginda.... lagi la bukan huhuhu.... Apapun menurut pelakon tersebut, dia tekad mahu meneruskan rancangannya untuk berkahwin dengan bekas tunangnya, Puteri Redzwani meskipun ditentang oleh keluarga pihak perempuan.

Urmm, sedar atau tidak kesan statement dia nie kan kalau2 pelajar chekgu baca atau dengar... terasa wauuuu... dan mula berfikir2 SEHSUATU untuk dilakukan sekiranya...... eeee....eee...eee....
Menurut Shahz Jaszle itu lagi beliau ehhh bley plak dan juga Puteri masih lagi menjalinkan hubungan cinta dan bersetuju untuk berkahwin lari sekiranya tidak berjaya meredakan keluarga.

“Apa masalahnya jika saya kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi”

“Tapi jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana? Saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu diteruskan,” 

Sementara itu, aktor ini turut mengakui sejak kes khalwatnya, Puteri semakin kerap menemaninya di set penggambaran jika ada kelapangan dan tidak pula timbul soal Puteri ponteng kuliah.

Lagi lerrrrrr..... itulah sebabnya chekgu tak suruh pelajar2 chekgu jadi retisss nie... haaaa kenapa... adududu tak reti2 ke.... fikir2kanlah...

Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu