http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

01 Julai 2013

SEKADAR RESPON : Pertukaran guru sudah berkahwin dikaji semula

PERSOALAN PERTAMA YANG TERDETIK DIHATI CHEKGU, APA YANG PERLU DIKAJI LAGI???

Sudah banyak perkara yang mahu dikaji sejak zaman2 terdahulu lagi. Kes2 guru yang terpisah daripada keluarga, suami, isteri dan anak2 bertahun lamanya telah bersiaran berkurun lamanya. Ada yang akhirnya memilih untuk berhenti menjadi guru walaupun ianya kerjaya dan cita2 sedari kecil kerana lebih menyayangi keluarga yang memang wajib diutamakan. Tidak kurang juga guru2 yang memilih jalan penceraian kerana terlalu lama berpisah jauh dan hanya sekali dua setahun sahaja berjumpa. Namun guru2 kita bersemangat waja dan menyahut apa sahaja cabaran dan dugaan.

Menulis artikel ini hati chekgu serasa sangat sebak dan menitiskan air mata mengenangkan rakan2 guru yang bertugas di pendalaman. Chekgu seorang yang sangat takutkan perkara2 yang menyukarkan perjalanan ke skolah, sebab tue chekgu setiap pagi akan bertolak seawal mungkin supaya tidak bertemu dengan jem. Padahal skolah chekgu boleh dikira dekat. 
Lihat gambar di atas, sekumpulan guru yang menempuh jalan berlopak, berselut untuk ke skolah demi mendidik anak bangsa. Siapa sangka dulunya mereka pelajar2 pintar yang membesar di kawasan bandar, setidak2nya kawasan desa yang agak banyak kemudahannya. Siapa tahu, ada antara mereka penuh kesopanan dan keayuan tatkala berada di skolah mahupun bersama masyarakat. Tapi ketika mereka dalam perjalanan untuk menjalankan tugas2 tersebut, mereka menjadi seumpama seorang pekerja kasar yang bergred DG41.
Lihat gambar ini pula, masih tersenyum bersemangat di atas bot menuju ke skolah, chekgu memang ketaq dan cukup takut kalau berada di atas bot, tambah2 sampan kecil seperti dalam gambar. Tapi guru2 tersebut tetap mengharunginya bertahun2 lamanya. 

DAN TIDAK ADA SIAPA PUN TAHU MELAINKAN KAMI PARA GURU YANG SENTIASA BERSATU HATI DAN PERASAAN, ADA DI ANTARA KAMI MALAH RAMAI DALAM KALANGAN KAMI TERPAKSA MENGHARUNGI HARI2 BERSEORANGAN TANPA PENAWAR HATI, TANPA PENYERI JIWA. KADANGKALA, MAHU MENDENGAR SUARA PUN TIDAK BERUPAYA, APATAH LAGI BERTENTANG MATA. BUKAN SEHARI, BUKAN SEMINGGU. MALAH BERBULAN2 DAN SEMUANYA BERLARUTAN HINGGA BERTAHUN2. HANYA BERJUMPA SESEKALI BILA CUTI PENGGAL TIBA.

KINI PABILA KEBANYAKKAN SUARA GURU2 MUDA BANGKIT,

Kementerian Pendidikan bersedia untuk mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baru berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.

“Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang telah berkahwin.

“Ini atas dasar kemanusiaan…tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan,” katanya.


Chekgu gembira dengan kata2 Timbalan Menteri tersebut, mungkin beliau pernah melihat atau melalui zaman2 bergelar seorang pendidik. Maka beliau tahu dan memahami apa yang para guru yang menghadapi situasi tersebut. Bukan kajian gaji mahupun elaun yang menjadi keutamaan kami, TELAH PUN ADA SEDIKIT2 JALANNYA. Bukan juga kajian bebanan2 tugas yang terpaksa kami galas KAMI OKAY, LONTARAN KOMEN SEKADAR MEMBERI PANDANGAN AGAR LEBIH BAIK DAN TIDAK MERUGIKAN PELAJAR. Kami sentiasa memikulnya, melaksana dengan fleksibel malah menjadikan lebih baik dan berkesan dengan langkah2 yang kami dayakan dengan kritis dan kreatif.

TAPI APA YANG PERLU TERLAKSANA???

Lihatlah semangat guru2 yang berjauhan tp tetap komited bagai tiada apa yang menganggu. Kalau boleh tetaplah pada satu dasar, sekiranya selepas 3-5 tahun berkhidmat di kawasan2 yang JAAAUHHHH maka berikan peluang untuk suami isteri itu berdekatan. Fikir2kanlah, selama ini apa kriteria2 pertukaran guru ada??? kalaulah ada, apa ianya terpatuhi???... urmmmm....

Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu