http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

31 Julai 2013

Alkisah Mahu Jadi Televisyen...

Assalam, nampaknya Ramadhan nie chekgu tak punya banyak masa untuk update belog dan berkongsi cerita dengan semua. Terlalu banyak perkara yg perlu chekgu selesaikan. Tugas2 hakiki dan kerja2 peribadi saban waktu mengejar2 chekgu. Kadang2 kesihatan chekgu terganggu, dalam bulan puasa nie dah dua kali chekgu ke klinik kerana demam, sakit2 badan n stress. Apapun komitmen chekgu perlu berikan demi mendidik anak2 bangsa yg memerlukan kesedaran dan celik akal supaya masa depan mereka akan lebih terjamin. insya-Allah.

Hari nie, ada masa terluang sikit. Chekgu nak berkongso satu cerita, moga2 memberi pedoman kepada semua. Tambah2 kepada chekgu sendiri pabila bergelar BAPA kelak... ehhhhh, chekgu belum berpunya okay. Jadi gelaran tue entah bila la... urmmm ada yg berkenan ker??? hehehe...

Orite2... kita ikuti ceritanya k...
JADIKAN AKU TELEVISYEN

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

'Kenapa menangis ni?'

'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah Televisyen

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen. Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.

Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.

Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. 

Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.

Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. 

Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata:

'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.

'Abang, itu karangan anak kita!'

Wahai rakan2,
Kongsilah pada mereka yang memerlukan sengatan ini jika kamu terasa tersengat. Senyum.
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu