http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

25 Jun 2013

Meratah Kehidupan - Siri Maafkan Aku Kehidupan

pahitnya sebuah kehidupan

kalau kita sering rasa kemanisan


kelu pilu lidah hambar menepung budi yang lesu

kelak aku tangis kerap juga mencuka muka


hampir tawar rasa manis luka terhiris hati berdarah

lazat pula menikmati hidangan pilu yang tangisan berhembus jernih



pernah juga aku takut melihat omongan bayangan kosong menempik menampar sekam padi yang resah

dosa ini makin hangat tidak beku membisu bila gelodak nafsu tak pernah lesu


selamatkan rasa yang binasa memenuhi ruang akal kosong tiada makna

kesal sesal pedih pilu bila air sejuk yang dahulunya mengalir lembut yang beralun memimpin jiwa kini hadir berlenggang mengufuk rasa


halusnya jiwa kentalnya akal gelojohnya nafsu melesukan membinasakan entah di mana ku letakkan coretan ikhlas atas dasar perhambaan

aku kelu bisu tiada makna hanya hati gurih mencakar kepingan hati yang sentiasa mengambil alih ketuanan fikiran


aku terlalu teruja menanti waktu tatkala akal kosong mencuri minda terlalu kusut perasaan dan kenormalan lalu aku lepas dari kemahuan tapi siksa memohon ampun

terlalu banyak kenangan nostalgia dosa tatkala sendirian


aku malu bila perit cahaya menanti di balik awan mendung yang membantu lesu sebuah perjalanan kehidupan kerana aku acapkali beralih arah menentukan jalan hidup yang kekal

tetap usang jalan yang kupilih apabila malangku hambar ceria ku resah melihat keegoan tangan kotor yg meratah norma hidup ku yang berat menampung dosa


biarkan aku hanyut jika kau melihatku lemas menanti jawapan yang lazimnya itu pahit sejak hutang ku menampung akal yang beban

gambar yang jijik menanti tiap sudut perginya kata-kata bohong

amalan sebuah kehidupan membina justeru sebuah kisah palsu sering bertandang pada akal yang kosong

malu ku pada ilahi kerana sering lupa


sering bohong dengan bermadah perlepas duka yang menarik perlindungan selimut salju beku yang sarat dengan muatan angin sindir dan gelora kehidupan hiburan yang sememangnya lesu

maafkanlah aku sebuah kehidupan aku janjikan bahtera muatan kosong buat pelayaran
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu