MuRiD Ku

27 Jun 2013

Gambar Jimmy Shanley Dan Isteri Baru?

Gambar Jimmy Shanley Dan Isteri Baru? – Beberapa hari ini timbul dakwaan mengatakan pengacara, Jimmy Shanley sudahpun mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita berstatus janda. Semalam Jimmy telah memaklumkan akan mengadakan sidang media bagi memperjelaskan mengenai isu tersebut.



Meskipun belum tampil membuat sidang media, malam semalam pengacara ini telah memuat naik gambarnya bersama wanita yang memakai tudung beserta dengan seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan anaknya.


Namun timbul persoalan adakah wanita tersebut merupakan isteri terbaru Jimmy?. Adakah gambar tersebut cuba menyampaikan mesej yang mereka sedang berbahagia menikmati makan malam sebagai sebuah keluarga.



Sama-sama kita nantikan penjelasan dari Jimmy. Jika benar beliau sudah berkahwin didoakan akan perkahwinan kali keduanya ini akan kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata.
Catat Ulasan

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu