http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

28 Jun 2013

MAKLUMAN : PERMOHONAN ONLINE KE UITM SESI AKADEMIK 2 2013/2014

Kepada lepasan SPM 2012 atau sebelumnya termasuk pelajar2 Chekgu Faizz yang tidak berjaya dalam permohonan ke IPTA melalui UPU baru2 nie dan tengah duk pening2 lalat tak tau ke mana haluan. Ada jugak yang duk kat form 6 ibarat badan saje yang berlegar-legar dalam kawasan sekolah tapi hati dan perasaan duk melayang2 entah kemana. Kononnya tidak dapat terima kenyataan tidak dapat menyambung pelajaran di IPTA dan menyebabkan Chekgu rasa mau bagi penampaq jer sebab tak bagi perhatian bila Chekgu bagi penerangan berkenaan hala tuju lepasan pra-u atau form 6, haaaa mereka2 nie boleh mengintai2 peluang di UiTM yang akan mula membuka permohonan seperti berikut :


TAPI SEBELUM TUE HANGPA KENA PASTIKAN BACA SEMUA NIE KALAU WAT DUK KALUT SATG CHEKGU BAGI SOMETHING YANG ISTIMEWA FREE2 JA....


Panduan Sebelum Membuat Permohonan
1.
Pastikan anda telah mempunyai No Slip BSN [ Slip BSN ]
2.Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan
3.Sila kenalpasti Kategori Anda
Kategori
Pra Diploma
Diploma / Asasi
Sarjana Muda
Profesional
Penerapan
Setara Sepenuh Masa / Pengajian Luar Kampus

4.Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih [ KLIK DI SINI ]
Semasa Mengisi Borang Permohonan
1.Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
2.Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
3.Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
4.Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan
5.Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem
Selepas Membuat Permohonan
1.Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
2.KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
3.
Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.


Sila Pilih Kategori Borang Permohonan Yang Betul
1.Pra Diploma
2.Asasi / Diploma
3.Sarjana Muda
4.Profesional
5.Penerapan
6.Setara Sepenuh Masa (SS) / Pengajian Luar Kampus (PLK)
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu