http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

26 Jun 2013

KONTRA - Siri Maafkan Aku Kehidupan

“Apabila seorang manusia yang berjiwa dan dewasa dalam sebuah 
pengertian, mereka belajar melalui jalan-jalan kehidupan yang di lalui sekian lama. Jalan kehidupan yang banyak mengajar pelbagai erti dan bakal mengubah diri menjadi insan yang pelbagai ragam dan cara. Ada manusia yang akan hidup dengan keadaan yang berbeza dengan hati dan perasaan mereka. Berbeza keinginan dan impian mereka berbanding apa yang saban hari mereka lalui dan tonjolkan sehari-hari. Kadang-kadang tanpa sesiapa pun menduga, apa yang mereka berikan bukanlah lahir dari hati mereka yang sebenar-benarnya. Mereka hanya berikan
sebuah lakonan opera yang memaparkan aksi-aksi sedih, suka, duka, gembira dan sebagainya hanya sebagai penyeri layar duniawi. Bermakna di sebalik kekalutan jiwa yang resah dan tidak menentu tersembunyi kejernihan yang tidak larut oleh kekotoran dunia. Masih tersimpan kelembutan hati yang di bayangi kekerasan pancaroba hidup. Disebabkan tuntutan rencana dunia yang kuat membelenggu, mereka di rantai kuat dan terikat tanpa bebas. Lumpur hitam bagi manusia yang kurang mengerti tetap hitam dan tidak mungkin pernah jernih dek curahan hujan lebat sekalipun. Siapa yang tahu manusia berlumpur hitam itu punya hati yang lebih bersih dan suci. Tiada siapa yang tahu kerana tiada yang pernah bertanya apa cerita di sebalik tabir kehidupan gelap mereka. Dan di sebaliknya jua, tanpa sedikit kita sedari kiranya kurang mengamati ada lembaran hitam yang berselindung di celah-celah garisan putih kehidupan. Lembaran yang menjadi noda kesesatan bagi mata-mata yang buta dan menjadi nanah bagi kudis-kudis yang tak bermata. Kita terlupa untuk melihat keadilan sebuah hukuman hanya disebabkan kaburan kertas yang penuh dengan nilai-nilai kebendaan. Manusia senang untuk berjual-beli sesama sendiri walaupun sanggup menidakkan pada yang hak dan menegakkan kebatilan. Sesungguhnya, kedua-dua jiwa yang berbeza ini saling berselirat menjalani sebuah kehidupan yang kudus. Seringkali bertembung mencipta suatu konflik yang mengelirukan pandangan. Zahir yang buruk dipandang hina dan keji walau hati penuh suci. Dasar yang bergelora penuh berkeladak tidak pernah di ambil endah kerna permukaan yang jernih dan indah. Begitulah hakikat yang berlaku dalam kehidupan manusia-manusia yang berjiwa. Apa yang nyata, semuanya akan mencetuskan suatu warna-warna halimunan kehidupan yang KONTRA”
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu