http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

24 Jun 2013

KESEPIAN YANG SEPI

Hurmm, seperti biasa chekgu selalu akan menyentuh soal SEPI. Sepi dan chekgu nie dah macam adik beradik dah. Tak boleh nak dipisahkan. Umpama irama dan lagu. Jadi, hari nie kita tengok la sikit apa itu sepi yang berada di dalam sepi nie. Sambil2 tue layan lagu nie k.... 


Masalah paling utama bagi kebanyakan orang di dunia ini ialah kesepian. Orang merasa kesepian kerana tidak mendapat kasih sayang mahu pun penghargaan. Lebih daripada 70% orang yang membunuh diri adalah kerana dia kesepian. Kesepian menyebabkan seorang
merasa depress sangat! Kadang-kadang itu menjadi penyebab mengapa orang yang kesepian terjerumus menjadi penagih dadah dan peminum minuman keras. 

Kesepian (lonely) tidak merujuk kepada seorang diri (alone) sebab di dalam dunia yang penuh hiruk-pikuk dan hingar-bingar sekalipun, masih terdapat ramai orang yang kesepian. Orang gelak di sekeliling kita tapi kita masih sepi. Orang bercakap dengan kita tapi kita masih rasa tersisih. Kesepian! Kita dapat bunga, dapat kek, dapat emel, dapat chat, dapat panggilan telefon, dapat SMS, tapi hati kita masih kesepian. Kesepian itu tidak mahu pergi. Mengapa? Apa lagi yang kurang?

Sepi berasal dari hati. Hati yang memacu kesunyian meskipun di sekeliling kita riuh rendah suara teman-teman. Sepi tidak dapat dihilangkan dengan duit berjuta. Sepi melanda bila kita rasa sunyi di tengah-tengah keriuhan. Sepi kerana di sekitar kita, orang-orang tidak lagi mempeduli. Kita rasa terasing. 

Orang yang sepi ialah orang yang sudah ketandusan kasih sayang. Semakin sepi bila si dia, orang yang kita cintai sudah kurang memberi tumpuan pada kita. Bila suami sibuk dengan urusan pejabatnya, isteri menjadi sepi. Bila isteri sibuk dengan urusan anak-anaknya, suami menjadi sepi. Begitulah!
Tiap orang membutuhkan atensi maupun kasih sayang!

Kesepian adalah salah satu bentuk kesedihan. Kata kesepian itu berasal dari akar kata "sepi". Di dalam kamus, sepi itu bermaksud 

"tanpa teman, tersisih ... sendirian. 


Sedangkan kata sifat "sendirian" bererti

"Merasa tersisih, kerana tidak ada yang menemani". 


Kesepian sering kali memanifestasikan diri dalam bentuk rasa sakit, rasa hampa, dan depression.

Dan tahukah anda bahawa kesepian itu adalah penyebab penyakit jantung atau pun kanser?

Dalam sepi, kadang-kadang kita bertanya, Di manakah TUHAN? 

Apakah jawapannya? Mudah sahaja!

"Right beside you!".


Kita tidak merasakannya tetapi TUHAN selalu hadir di dalam kesepian kita, kerana kasihNYA. TUHAN tidak akan meninggalkan kita walau dalam keadaan apapun diri kita ini. 

Kurangnya cinta terhadap diri sendiri menyebabkan kesepian sehingga menjadi penjara yang paling berat bagi manusia. Dan, kuncinya hanya bisa dibuka dari dalamiaitu oleh diri kita sendiri.



Setiap orang yang merasa kesepian harus berani mengambil keputusan dengan menjawab persoalan-persoalan ini: 

1. Apakah saya mahu membayar harga untuk mengubah

 situasi kehidupan saya ini? 

2. Sanggupkah belajar mengasihi orang lain terlebih dahulu

 dan berhenti menaruh belas kasihan terhadap diri sendiri?

Tahukah bahawa kasih itu seperti gema; melantun kembali bila ia terlontar.

"Kasihilah sesama manusia seperti engkau mengasihi dirimu sendiri." 
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu