http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

30 Jun 2013

KELATE JUARA PIALA FA 2013, SYUKUR3... YEAHHHH (wat mcm fanatik bola)

farhan_kelantan
Urmm, Chekgu bukanlah peminat bola sepak pun tapi sekadar berkongsi berita sebab pasukan yang menang Piala FA semalam adalah pasukan NEGERI KESAYANGAN chekgu KELATE senyum sokmo dehhhh!!!

Semalam semua duk pakat2 berhimpun di stedyum Bukit Jalil, depan telibising n depan skreen2 besar hok ado mano2. Tapi chekgu duk kalut pasal INTERNET kat rumah chekgu nie buat hal... Memang bengkekkkk jer ngan TMnet nie.... Tapi sesekali dengar la kakak chekgu duk menjerit sorang2 kat bawah... anak2 buah chekgu yang kecik2 tu pun menyahut... "APA LA IBU NIE TAK MALU MENJERIT..." hahahaha.... padahal rumah chekgu nie takdak sapa2 pun... tp bagus jugak dia sound camtue hehehe.... 


Apapun semalam Pasukan Kelantan sekali lagi bergelar juara Piala FA Malaysia sekaligus memepertahankan trofi yang di julang musim lalu selepas menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Kemenangan tipis pasukan Kelantan itu hasil jaringan Mohd Nor Farhan pada minit ke-16 permainan. Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak itu menguasai permainan dengan beberapa serangan berbahaya yang dilakukan Ahmad Fakri Shaarani serta Dickson Nwakaeme.

Skuad Singa Selatan yang dikemudi Fandi Ahmad gagal memecah benteng pertahanan Kelantan di mana penyerang sensasinya, Nor Shahrul Idlan Talaha dikawal rapi rakan-rakan bekas pasukannya itu. Sementara itu, kelibat Safee Sali hanya dapat dilihat sehingga minit ke-17 sahaja selepas dikeluarkan kerana kecederaan dan diganti dengan Leonel George Nunez.

Selain itu, separuh masa kedua menyaksikan permainan seimbang Dengan kedua-dua pasukan cuba melakukan serangan balas. Tiada perubahan pada babak kedua dengan menyaksikan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat permainan.

Lebih manis, kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau Piya dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan. Aksi ini merupakan kali keempat Kelantan mara ke final selepas tahun 2009, 2011 dan 2012. Manakala Johor kali terakhir menjulang trofi ini pada tahun 1998. Aksi perlawanan akhir ini disaksikan 87,000 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.

Chehhhh gaya tak leh blahhhhh.... macam pengulas sukan, tau2 plak yerrr... Apa2 pun bangga jugak lah sebagai ANAK KELATE dengan pencapaian ini... huhuhuhu


Senarai Pemain:
KELANTAN
Azizi Matt Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Mohd Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Norfarhan, Mohd Daudsu, Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Dickson Nwakaeme, Zairul Fitree

JOHOR DARUL TAKZIM
Muhd Al-Hafiz, Kamarul Afiq, Agmad Tharmini, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Andre Francisco, Nurl Azwan Roya, Mohd Safee Sali, Muhd Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Farid Ramli
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu