http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

27 Mac 2009

Teater "Hakikat Sepi Seorang Insan" (utk malam kebudayaan Kem Kelompok)

nie persembahan Teater dari group Kaunseling Kelompok bg makmal Faizz ekk.... jgn jeles tau....

Hakikat Sepi Seorang Insan

Insan berjalan perlahan-lahan melewati id, ego dan superego…….

Insan :
Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
Biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Insan berhenti di tengah pentas di belakang id, ego dan superego…..

Id :
Arghhh……….. bebaskan aku!!!! Lepaskan ….. penjara diri ini memerangkap aku…. Aku mahu berlari dalam hidup ini, berlari mengejar kesukaanku…. Berlari menghambat keseronokan aku…. Usah menipu aku dengan pelbagai nilai, tak payah perdayakan aku dengan sejuta kemurnian…. Jangan cuba melarikan kepuasan dari aku…. Kau (menuding jari pada ego)….. kau sang ego, puaskan segala kehendak diri aku… turutkan semua mahu ku….. jangan bataskan aku dengan hasutan dia (mengelilingi superego dan marah)….. Kononnya bermoral, kononnya pengawal… tapi dia membataskan perhubungan antara kita…. Dia cuba memenjara kehendak dan membiarkan kepuasan aku…… Sang ego bertindak atas tuntutan aku sekarang (mememang dan menolak-nolak ego)…..

Ego :
(menangis keran di tolak-tolak) Ish…. Ish….. tuntutan kau Sang Id, sukar untuk aku lunaskan…. Fahamilah kepenatan ini, kau mengertilah kesakitan meyaksikan pelbagai ragam dunia ini….. Kau mendesak aku mengikut rentak mu…. Boleh… aku bisa mengikut suara akal Insan itu…… Namun, sedarkah akan dikau, dia (berpaling menunjuk pada Insan)…. dia yang bakal tersiksa….. Dia seorang insan yang lemah…. Cuba mencari-cari jalan keluar dari permasalahan, cuba mengintai-intai sinar dalam kegelapan….. Aku,…. Aku yang tersepit, aku yang serba salah kau tahu….. Menghitung tingkah dari pengalaman…. Cuba berfikir dari kewarasan dan cuba bertenang dalam keresahan….. Apa kau mahu Insan itu mati… terkujur tubuh dalam kehinaan……

Id :
Ahhh…. Aku peduli apa….

Superego :
Sang Ego….. (merapati ego dan memeluknya ) bersabarlah, renungkanlah sekeliling mu…. Ramai yang memandang, cuba rasai dengan hati Insan itu….. mahukan engkau mengawal tingkah lakunya agar tidak tersasar ke lembah….. Kau telah pelajari dari pengalaman erti nilai-nilai kebaikan, erti ajaran Insan bermoral…… Kawal emosi Insan itu, pertimbangkan dahulu suara akal, jangan melupakan hati dan perasaan…. Bimbang kelak… salah tindakan mu kerana menurut kehendak sang Id, Insan itu kehilangan punca….. buatlah pertimbangan sebaiknya…..

Akal :
(masuk dari kiri pentas dalam keadaan merungut) Ah… aduh….. serabut…. Pening….. apa yang harus aku perbuatkan…. Aku mahu lari dari permasalahan ini…. Aku mahu hidup ini penuh kebebasan dan kesenangan…. Semua itu boleh buatkan aku bahagia…..

Hati :
(masuk dari kanan pentas dalam keadaan sedih) Benarkan kau akan bahagia kiranya aku menderita…… Wahai Akal... kau selalu salah dalam berfikir… apa kau ingat semua Insan sama pemikirannya dengan mu….. apa kau kira, semua Insan tahu apa yang kau fikirkan….. itu sebenarnya buatkan kau tidak rasional…. Dan kesannya….. adalah ke atas aku, aku kesakitan, aku menderita dan aku kecewa….. Kau tidak pernah berfikir akan aku….. dan tak akan pernah terfikir menjaga aku… hati seorang Insan itu…. Kau buatkan perasaannya sering gundah dengan persoalan dalam pemikiranmu…. Sedarlah wahai akal…..

Akal :
(mengherdik hati) Arghhh…… kau jangan ingat aku bodoh…. Berperasaan konon, apa kau ingat kau hati, mampu mengawal aku…. Tunjang gerak balas manusia……. Hahaha… kau yang beremosi sekarang… terlalu mengikut perasaan….. hingga aku berfikir yang bukan-bukan… kau yang bersalah wahai hati…. Bukan aku……. Id, ayuh desak sang ego… turut perintah mu……

Hati & Superego :
Jangan…..

Sang ego di tarik-tarik dan di rebut oleh mereka berempat……. Tiba-tiba Insan menjerit dan mereka tercampak terkapar ke tepi……

Insan :
Diammmmm…… sudah…. Berambus kamu semua…… aku sudah bosan…. Aku sudah muak dengan pergolakan dalaman diri ini….. Fahamilah, mengertilah….. aku sepi….. kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku….. aku rindukan belaian… aku perlukan perhatian…. Beri aku panduan…. Jangan biarkan aku begini….. jangan…. Jangan biar aku begini……..(sujud)

Masuk tiga lembaga berupa nilai kebaikan, moral dan budi pekerti…..mereka memeluk dan membelai Insan……

Pemuisi :
Bisik ku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

Wahai Insan….. jangan terlalu bersedih dan merintih…. Di sekelilingmu penuh dengan penawar… berupa moral yang kau jaga, nilai murni yang kau amalkan dan budi pekerti yang kau sumbang…. Membentuk dirimu menjadi insan…. Mereka ada berlegar-legar di sekelilingmu…. Memelukmu…. Membelaimu…. Rasai kehadiran mereka, agar kau bisa tenang dan damai….. sejenak kau kembali nanti…. Kau akal pemikiranmu akan rasional, hati perasaanmu bisa tenang dan dalaman dirimu akan memandu kearah kebaikan dalam perjalanan mencapai kesempurnaan…….. Bangkit wahai Insan (Insan bangun berdiri perlahan-lahan dan berwajah tenang) bangkit sebagai seorang yang bernama Insan……
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu