http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

15 Januari 2014

JANGAN LEPASKAN PELUANG!!! - Seminar & Bengkel Hala Tuju Kerjaya 2014

Bertuah sungguh lepasan SPM & STPM 2013/2014 kerana berpeluang mendapat bimbingan dan panduan untuk memilih bidang pengajian / mengisi borang ONLINE UPU / mengetahui pilihan institusi terbaik yang lain dan banyak lagi. 

HEBAT!!!, kerana ramai pelajar yang tercicir daripada peluang menyambung pelajaran di IPTA dan institusi terbaik selain melalui UPU kerana tidak mendapat maklumat dan bimbingan dengan betul. KINI CALON2 MAHASISWA/WI SEKALIAN TIDAK PATUT MELEPASKAN PELUANG INI. ANDA AKAN DI PANDU SEHINGGA DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI!!!






13 Disember 2013

Cadangan tubuh pasukan “Polis Syariah” diperhalusi, kata Zahid Hamidi



Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.
Untuk itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Kita juga akan mohon perkenan Majlis Raja-raja Melayu supaya tidak disalah anggap cuba campur tangan soal pengendalian isu-isu agama. Aspek yang saya tekankan adalah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Mencegah lebih baik daripada mengubati," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV malam tadi."Ada cadangan daripada sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk tubuhkan pasukan polis Syariah, banteras ajaran sesat. Ini akan dibincangkan dengan terperinci.  
Terdahulu dalam program itu, Ahmad Zahid berkata PDRM mempunyai Badan Agama dan Kaunseling (Baka) yang boleh bekerjasama dengan Jakim untuk membendung penularan ajaran sesat, namun ini perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dulu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyentuh tentang bahaya sikap taksub terhadap seseorang pemimpin kerana ia boleh menjurus kepada perbuatan tidak wajar.
Beliau turut menyentuh tentang penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) bulan lepas.
"Apa yang ada pada kami (KDN) adalah dari segi penguatkuasaan untuk membantu Jakim dan Majlis Agama Islam negeri. Kita harap semua pihak boleh lakukan sesuatu untuk pulihkan mereka yang terseleweng akidahnya," tambahnya. - Bernama, 13 Disember, 2013.

04 Ogos 2013

"Bertelanjang" = SIMBOL KEMUNDURAN???

Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman, lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana: 

" Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran. Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju".

APA KATA WANITA2 MELAYU & 
BERAGAMA ISLAM KITA YANG "SEPARA TELANJANG"
KONONNYA BIJAK BESTARI BAGAI 
SANG KANCIL DALAM MENJAWAB
PERSOALAN2 PEMAKAIAN TUDUNG DAN MENUTUP AURAT???.....

31 Julai 2013

Alkisah Mahu Jadi Televisyen...

Assalam, nampaknya Ramadhan nie chekgu tak punya banyak masa untuk update belog dan berkongsi cerita dengan semua. Terlalu banyak perkara yg perlu chekgu selesaikan. Tugas2 hakiki dan kerja2 peribadi saban waktu mengejar2 chekgu. Kadang2 kesihatan chekgu terganggu, dalam bulan puasa nie dah dua kali chekgu ke klinik kerana demam, sakit2 badan n stress. Apapun komitmen chekgu perlu berikan demi mendidik anak2 bangsa yg memerlukan kesedaran dan celik akal supaya masa depan mereka akan lebih terjamin. insya-Allah.

Hari nie, ada masa terluang sikit. Chekgu nak berkongso satu cerita, moga2 memberi pedoman kepada semua. Tambah2 kepada chekgu sendiri pabila bergelar BAPA kelak... ehhhhh, chekgu belum berpunya okay. Jadi gelaran tue entah bila la... urmmm ada yg berkenan ker??? hehehe...

Orite2... kita ikuti ceritanya k...

28 Julai 2013

Kisah Menyentuh Hati – Ayah..Boleh Tak Bagi Amin Pinjam 10 Ringgit?

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah…..

Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm….nak tanya apa?

Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu