TERBANG............ JAUH
MuRiD Ku
26 Julai 2011
Hati Yang Terbang
11 Julai 2011
Tapak Yang Tertinggal I

Saban kali kita langkahkan kaki
menapak hari demi hari kadang berlari
mengejar cerah silih berganti adakala mendung
tiap kali juga kelam di temui
sepanjang jalan penuh liku berkali tersadung
saat kaki hanya mampu di seret
tersepak batu berdarah melecet
terpijak duri menusuk tajam pedih dan bisa
kita tetap perlu terus melangkah
walau rangkak itu juga di namakan langkah
Sering juga kita gelojoh berkejaran
terlalu gopoh menghayun tapak
cemas bagai menyelubungi seluruh arah
di hambat bayang yang terlekat
asalnya mencari terang cahaya cerah
beralih pada teduhan rimbun kehitaman
kerna takut dan bimbang bebayang di belakang
kita selalu kerugian mengumpul cerah memancar
buat panduan suluhan tika cahaya pudar dan hilang
Tiap langkah yang terpijak pada lantai bumi
terbilangkah kita akan tapak yang tertinggal
berbekas kukuh atau sekadar kesan debu kotor
akan hilang lenyap tanpa mampu terkesan
dek mata hati apatah mata kasar sering tuli membuta
yakinkah kita mereka di belakang bisa sampai
seperti kedudukan kita saat ini walau perit
kiranya kita sendiri tidak mampu pasti
tapak yang tertinggal itu berbekas dalam dan kukuh
atau sekadar debu kotor mangsa angin jalanan
Hayunkan langkah biar berderap singgah di lantai
kejap tumit saat langkah bertukar rentak
biarpun langkah itu berlari atau masih bertatih
namun tapak yang tertinggal jelas berbekas pasti
moga mereka di belakang mampu melihat dan mengenal
segala jerit dan perit perjalanan mengejar cerah
sebelum berteduh di bawah naungan limpahan sinar
tapak yang tertinggal sebuah kenangan abadi
bakal terjadi saban kali kau melangkah lagi
Faizz 11 Julai 2011
Dedikasi buat anak bangsa
08 Julai 2011
Perasan atau Perasaan Saje

Jangan tanya!!!!!

Siapa?????
"Faiz, bila lagi?"
"Faiz, dah ada calon blum..."
"Nak akak tolong carikan ke???...."
"Faiz nak yg macam mana????"
Mungkin sbb aku paling muda di situ dan paling comel, cute, hensem n sgala2nya lah bg warga Badawi hehehe.... tak percaya pun, aku sendiri hingga ke saat ini terpengaruh utk percaya sbb saban hari ayat ini mnghantui :
"Hari nie faiz nampak hensem la...." (semalam n dua hari lpas n minggu lpas pun cakap bgitu jgk)
"Faiz.. waaa segaknya...."
"Anak truna nie hnsem betul....."
Itu dari kakak2 n abg2 yg ada... Tp bg murid2nya pulak.... :
"Cikgu..... cute la...." (ayat ini akan berulang2 skiranya aku berselisih dgn barisan pelajar yg panjang biarpun berblas2 org..)
Atau yg memanggil dari atas atau tmpat yg jauh...
"Cikgu!!!!!!!!!..... cute.. hensem....."
Atau aku kdg2 terdgr mereka berbisik2....
"Cikgu Faiz nie hensem la kan.... brgaya...."
Dan plbagai ucapan yg mnyelubungi diri.... Dan aku rasa disbbkan itulah perasaan aku mnjadi perasan.... Tp aku rasa mungkin ia dah jd betul sbb bukan 40 dah cakap tp dah lebih 400 org....
Ish3....
Apa2pun coretan yg mrepek ini sekadar melepaskan kebosanan... pengalaman aku di sekolah... Kalau nak termuntah tue silakan jer.... hehehe...
07 Julai 2011
Kesepian Sekeping Hati
Teristimewa Buat Seseorang...
Sebuah kisah yang begitu panjang
seringkali mengusik dan membelai
kisah yang berakhir pada realiti
namun tak pernah tamat di dalam hati
datang dan pergi sudah menjadi satu sandaran
buat sekeping hati yang bersendiri
Sekeping hati itu begitu menikmati kesendiriannya
tenggelam dalam kesepian yang tak kunjung berakhir
diam terpaku tak bergeming
ketika tetesan embun pagi menyapanya dalam hening
keadaan yang membuatnya begitu mencintai
kesendirian dalam kesepian
Ketika ada tangan yang ingin menyentuhnya
perlahan ia menjauh dan menghilang
seolah ingin menarik diri dari dunia ini
Hening dan sunyi adalah teman akrab baginya
bahagia sesekali datang
namun cuma sesaat ia rasakan
tangan-tangan yang menyentuhnya
akhirnya mencampakkannya
dalam lorong-lorong waktu yang gelap
mengurungnya dalam kesepian yang panjang
Desahannya perlahan
menyiratkan keletihan yang mendalam
ada nada-nada sedih yang selalu dilantunkan
ada bait-bait sendu menghiasi
perjalanannya dalam kesepian
seolah ia akan terkurung selamanya
dan tak akan menemukan cahaya
.
Sekeping hati itu hari ini masih sendu
belum ada senyuman yang menghiasinya
semua masih sama sepi dan sendiri
alunan syahdu belum bisa menghiburnya
tatapannya kosong hanya ada abu-abu
hitam pekat dalam pandangannya
masih termangu di sudut jendela hati
hampir rapuh oleh tangan-tangan
begitu tega mencampakkannya
Sekeping hati………
waktu terus berjalan
tak selamanya ia mencintai
kesendirian dan kesepiannya
walaupun ia berdiri kukuh
dalam ruang yang gelap
namun ia mendambakan setitik cahaya
Cahaya yang bisa merangkulnya dengan tulus
memberinya cinta dan sayang tanpa dusta
berharap dan terus berharap
cahaya yang tulus itu segera datang membawa kebahagiaan
sekeping hati itu
ingin mengakhiri kesepian dan kesendiriannya………
Kalau Saya Sayang Awak Macam Mana??? (Jangan Marah Yer...).
Pasal Aper Nie >>>
Karya Nukilan ku,
Kehidupan Ini
22 Jun 2011
Hilang.... (Epilog)

"Kenapa kau masih di sini?" Hati mula gusar melihat Jiwa yang masih lagi menarik-narik Riang menghampiri Jasad. Jiwa mahu Riang memujuk Jasad untuk menemui Semangat. Dia tahu, Hati perlu diberikan masa. Sekarang Hati terlalu mempercayai Fikiran, sedangkan Fikiran sendiri buntu. Mana mungkin Jiwa mahu melepaskan Jasad ke tangan Hati. Dia bimbang Hati akan mempengaruhi Fikiran untuk merosakkan Jasad. Akhirnya, Jasad akan pergi dari tempat yang sememangnya telah ditakdirkan. Mungkin Jasad tak akan mampu menemui tempat dan peluang sebegitu lagi. Biarlah Jasad terus di sini, fikir Jiwa.
"Kenapa??? Aku tidak layak untuk berada di sini ke???" Jiwa mencebik. Terus-terusan menarik Riang yang kelihatan degil. Penat dia menjerit-jerit. Riang memanggil-manggil Sedih yang masih lagi terkurung dalam penjara Hati. Riang mahu sentiasa bersama-sama Sedih, dia tahu Sedih tidak mampu untuk bersendiri dalam penjara Hati yang kian sempit itu.
Hati mula mengorak langkah menghampiri Jiwa, itu membuatkan Sedih ketakutan. Jiwa yang garang itu mengingatkan dirinya yang pernah membuat kesilapan yang maha dahsyat sehingga hampir memusnahkan Jasad. Sedih tidak mahu dirinya melakukan perkara yang sama buat kali kedua. Biarlah Jiwa pergi bersama Riang, asalkan Jasad selamat. Sedih tahu, Jasad akan selamat bersama Jiwa dan Riang. Mereka harus pergi jauh sekiranya Hati tidak mahu berubah. Kini, apa yang terpancar di wajah Hati hanyalah kegusaran. Hati hanya mahu membawa Jiwa dan Jasad menemui Fikiran.
"Jiwa... kau tahukan, Jasad memerlukan Fikiran. Aku mahu menemukan mereka... Kenapa kau bersungguh-sungguh mahu membawa mereka menemui Semangat. Bukan kau tidak tahu, Semangat itu jauh. Itupun belum tentu Semangat mahu menemui kamu semua... Lainlah Fikiran.... huh...."
"Ahhh... Fikiran itu sedang buntu. Jangan kau halang aku, Riang bawakan aku kepada Semangat. Aku tahu, kau mampu membawa aku kepada Semangat...." Jiwa mengarah-arah Riang.
Riang terkesima. Dia memandang Sedih yang ketakutan. Namun Sedih tidak mahu memandang wajah Riang. Hampa perasaan Riang, lantas selih berganti dia memandang Hati yang sinis dan Jiwa yang kelihatan tenang. Kemudian Riang terpandang Jasad yang kelihatan longlai tidak bermaya... Riang gagal membuat pilihan. dia keliru....
BERSAMBUNG.....
Langgan:
Catatan (Atom)