http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

02 Januari 2011

Dalam Perhatian.... Kawasaki Ninja or Peugeot

Sekarang aku masih tidak ada kenderaan utk membantu aku ke mana2.... jadi aku menyimpan satu harapan, kalau aku nak beli kenderaan aku kena dapatkan apa yg aku minat. Dalam byk2 jenis kenderaan aku paling minat Superbike.... aku macam2 mana pun nak dapatkan jugak Superbike.... Ini model yg aku target... Kawasaki Ninja... semestinya warna hijau, warna kegilaan aku utk semua benda


Kemudian, kawan2 aku kata kalau hujan camne.... hurmmm aku pun mula berfikir, kena beli kereta jugak la.... Tapi aku kalau nak beli kereta hanya Peugeot yg jadi pilihan. Tapi agak mahal la pulak... Fikir punya fikir.... mungkin untung yang dapat melalui Butik Pengantin aku n Konsultan yg akan beroperasi tak lama lg mampu membantu... maklumlah gaji sebagai guru kecil ajer.... Aku mahu dapatkan ini... Peugeot 207 Sedan

Sama2 doakan aku yer.... pastu kepada org2 kelate wat la tempahan byk2 kat bridal aku... yg lain2 negeri bleh tempah hantran ke, kraftangan ker hehe...

Salam Tahun Baru..... 2011

Tahun 2011 sudah pun menjelma, aku ingat sempena tahun baru nie aku mahu menulis n menjaga blog aku nie supaya tidak berswang n berhabuk huhuhu.... Aku akan hupdate la apa2 cerita yg mahu di kongsi bersama...

Oh ya... tahun 2011 nie aku sudah mula berkerjaya sebagai seorang Guru di SMK Datuk Haji Akmad Badawi kat Kepala Batas, Pulau Pinang. Nampaknya mmg nasib aku la yg telah ditakdirkan utk menjadi seorg guru.... Apa nak buat.

Tapi aku sedikit terkilan kerana selalu menyusur sahaja aliran air yg mengalir tanpa singgah pada mana2 teluk yg aku rasa punya harapan utk aku mencapai impian yg lain. Maksud aku, byk peluang yg aku peroleh utk lari dari bidang penguruan namun aku tidak pernah mengejar dengan baik. Bukan apa aku cuma bimbang yang dikejar tak dapat yang di kendong keciciran.

Yang paling latest, aku di tawarkan sebagai Pegawai Psikologi di UPNM.... namun aku mendapat call supaya hadir sehari sebelum mesyuaratpertama di sekolah tempat aku akan berkhidmat. Di sebabkan jarak yg sangat jauh aku pendakan sahaja. Walau hampir meletup jantung aku, n hanya tuhan yg tahu bagaimana perasaan aku. Aku biarkan saje hari itu berlalu. Dan esoknya aku pergi ke sekolah seperti biasa utk meeting pertama....

Saat yg aku sedih jugak, mengenai kontrak sebagai Jurulatih PLKN. Selepas meeting aku jumpa PK Pentadbiran n Pengetua minta pendapat. Mereka menyarankn supaya tidak menyambung kontrak itu n hanya tumpu pada sekolah. Apapun aku akur kerana byk aku perlu belajar utk menjadi guru yg baik kerana aku telah berada dalam bidang ini.... Aku terpaksa mengucapkn selamat tinggal kepada PLKN..... muahhh....

Apapun, skrg fokus aku adalah utk menjadi guru yg baik.... aku akan bekerja dengan sehabis daya agar mampu menjadi contoh kepada anak didikku... walau ini bukan cita2 aku namun seperti yg aku pernah katakan dulu... Kalau aku di langit aku akan menjadi bintang, kalau aku di laut aku akan menjadi pulau n kalau aku di darat aku akan menjadi gunung... Hurmm.... Insyallah aku boleh...

18 Februari 2010

Jendela Hati

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapuskan duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghias taman kasih yang harmoni

Seharum sewangi kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanyakan bermula di sini

Sekadar Kenangan

17 Februari 2010

Jauh di Sudut Hati,,,,

Baru semalam aku memasang nekad yg terpahat dan takkan terpadam, saat dan ketika itu aku yakin dan percaya.... apa yg aku kejarkan adalah pembangunan diri n kerjaya yg semaksimanya.... biarpun apa yg dikata namun aku tetap utuh memaku nekad....

Aku juga memasang janji dan tak akan berpaling lg, selagi aku tidak berjaya dalam maksud matlamat yg aku tetapkan tiada perkara lain yg akan aku fikirkan.... kerana aku terlalu inginkan harapan n impian aku terletak pada tanah yg bernama realiti....

Dan aku telah berikrar dalam diri, selagi aku termampu aku akan terus merancang dan melaksana apa yg boleh memacu potensi diri.... usaha dan terus berusaha tanpa henti dan terhenti....

Untuk segala nekad, janji dan ikrar itu aku menutup seketika pintu hati untuk semua perkara2 lain.... paling utama soal hati n perasaan yg selama ini sering menganggu dan membuat aku tidak keruan.... namun kini aku semakin yakin yg aku boleh berbahagia dgn kerja2 n pelajaran aku sehingga ke puncak yg paling tinggi....

Maaf kan aku wahai hati n cinta.... ruang untuk menempatkannya adalah ditangguhkan sehingga 7 tahun mendatang.... Namun....

Hati aku tetap bertanya pada diri, apakah ada yg masih menunggu diri ini saat dan ketika itu kerana 7 tahun mendatang maha lama......

Aku menjawab.... masa akan menentukan segalanya terutama soal cinta dan perasaan.... Cinta Sejati akan sentiasa mengekori aku walaupun aku menetapkan 1000 tahun mendatang..... Insyallah.......

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu