http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

15 November 2009

Saat Semuanya Akan Pergi

Kala dan ketika ini,
saat semuanya akan melangkah pergi
ku rasa seperti mahu hentikan putaran waktu
biar kita bersama kaku di sini
biar kita saling melihat aku dan engkau
dia, kita dan semua masih ada bersama

Bila tiba detik kita akan terbang
ku rasa seperti mahu hilangkan angin bertiup
biar kita terus mendarat di tanah ini
biar kita patahkan sayap-sayap
agar kita tidak akan terbang pergi

Pernah kita berjanji
untuk menjadi mimpi indah mengulit lena
mengejar pelangi hingga ke hujung hari
mengutip mutiara di permukaan lautan
dan akhirnya kini mutiara jernih
menghiasi kelopak kerana kita akan pergi

Saat semuanya akan pergi
seakan ku tersedar kurniaan Mu tuhan
berikan aku teman-teman yang membahagiakan
walau terkadang ianya menyakitkan
namun segalanya pengalaman indah
mendewasakan diri untuk lebih bahagia
kini saat semuanya akan pergi
ku tertanya, pernahkah aku hargai pemberianMu itu

Teman.....
pernah kita melangkah bersama
kita bercerita bersama
kita berkongsi saat gembiranya hati
kita berkongsi kala hibanya jiwa
dan kini semuanya akan pergi
gembira atau hiba kita kala ini
kerana segalanya kita pernah berkongsi

Saat semuanya akan pergi
aku menjadi bimbang
kerana aku seorang yang suka bersedih
siapa yang akan membuatkan aku tertawa kembali
kerana aku mudah menjadi lemah
siapa yang akan memberi aku semangat
kerana aku sering kehilangan arah
siapa yang akan memimpin ku pulang
kerana aku suka merasa bahagia
siapa yang akan berada di samping
kerana aku suka merasa gembira
siapa yang akan melonjak bersama
kerana aku berseorangan
siapa.... siapa yang akan menemani
berketawa bersama
hanya pada tuhan kini
ku ceritakan segala-galanya

Teman....
akan rindukan engkau pada ku
akan ingatkan engkau saat-saat dulu
akan bersuakah lagi kita semua
akan bersama lagi atau......
saat semuanya akan pergi
aku fikirkan semua perkara
kerana tak sanggup melihat
SEMUANYA AKAN PERGI
saat ini.....

Saat ini.
hanya ku doakan semuanya bahagia
mendapat yang terbaik dalam apa jua
melalui liku hidup dengan ketenangan
membina diri dengan sepenuh keimanan
peroleh rahmat dan keberkatan
moga aku, engkau, dia dan semua
menjadi apa yang kamu semua ingini.....

AKU SAYANG KORANG SEMUA

(Nukilan Faizz, dedikasi khas buat Muslim Aida, Nor Suhana, Norlaila, Asrihan, Aina Liyana, Nor Afiti, Napisah, Norzaini, Ismail, Mohd Sharihan, Robin, Mohd Al-Faani)

14 November 2009

Mencari Mimpi (Epilog)

Pernah suatu waktu yang penuh dengan kegelisahan, dia terbangkit dari tidur yang lena dan tersedar dari mimpi yang indah. Pernah juga suatu masa yang penuh kebahagiaan, dia terkejut dari tidur yang sekejap dan tersedar dari igauan ngeri. Banyak persoalan timbul di benak fikirannya, pelbagai jawapan yang sukar ditentukan yang mana benar dan manakah yang salah. Begitu payah laluan yang di redahi dengan pelbagai cerita dan juga kisah. Kerana dia adalah seorang yang tidak pernah mengalah di lalui semuanya dengan azam dan tekad menyala.

"Dum.... dum.... dum....." ketukan pintu yang sememangnya dari seorang yang sangat tidak sabar untuk ke kelas saban hari. Bimbang akan ketinggalan bas kitaran agaknya ataupun bimbang hujan membanjiri bumi. "Iewan... cepat sikit, dah lewat nie....", dalam hati terdetik juga, sampai begitu lewatkah walaupun jam baru menunjukkan pukul 7.15 pagi. Dia tahu, walau sampai berapa lewat sekalipun pada jangkaan temannya itu, akhirnya mereka berdua jugalah yang paling awal menjejakkan kaki ke kelas. Hmm... begitulah kehidupan ini, setiap manusia tidak sama sikap dan ragamnya. Setiap manusia juga tidak sama jalan cerita kehidupan dan halangan yang menjerat diri mereka. Namun begitu, perjalanan hidup ini perlu di lalui dengan harapan dan impian.

"Kejap rr.... kalau kau rasa tak sempat, pergi dulu lah....." dia menjawab selamba dan tangan sibuk membetul-betulkan ikatan tali leher. Temannya itu diam dan duduk menunggu, juga dengan reaksi yang selamba. Memang Iewan tahu temannya itu mungkin tidak terkesan dengan kata-kata sebegitu dan dia juga tahu temannya itu sememangnya begitu. Hanya kadang-kadang dirinya akan menjadi lebih beremosi bila saat-saat begini. Ketika merasa sangat kecewa, sunyi, berserabut dengan pelbagi tekanan dek kerana alpa, malas, ambil mudah dan pelbagai perkara yang sebenarnya berpunca dari diri sendiri. Iewan masih sibuk melihat-lihat dirinya di cermin. Bagi dirinya, walau dalam keadaan macam mana sekalipun emosi dirinya namun tidak akan menjejaskan penampilan diri yang perlu dikekalkan. Bukan mahu menjadi hipokrit, namun sekadar mainan psikologi yang mana perlu untuk menjadi seorang yang kemas, positif dan yakin walaupun tekanan demi tekanan melanda. Kehidupan ini bukannya susah dan juga bukannya mudah. Lalui dengan penuh keyakinan dan apa yang diharapkan perlu disertai dengan pencaturan yang rapi. Tetapi kadang-kadang ianya tidak menjadi, hmm apapun dia yakin suatu masa nanti kemenangan itu miliknya juga. Kerana dia berhak dan tidak suka untuk kalah.

"Dah lah tue, kang pecah pulak cermin tue....." alamak berbunyi lagi.... "Yer lah, dah siap okay.....". Pintu di buka dan langkah terus dihayunkan ke hadapan.... terus ke hadapan mengukir pelbagai lagi cerita untuk sekian kalinya. Cerita tentang dirinya, kehidupannya, percintaan yang tak pernah sampai, persahabatan yang penuh dugaan dan keindahan serta pelbagai kisah yang kadang-kadang membahagiakan dan seringkali juga membuatkan dirinya kecewa.

29 Oktober 2009

Aku Merindui Saat2 Dulu Demi Kerana "CIKGU"

Sudah hampir 4 tahun sudah aku berada di UPSI nie.... menjelang awal tahun depan aku akan menjejakkan kaki ke sekolah utk Latihan Mengajar selama 4 bulan lebih.... Maka saat itu bergelar la aku seorang Guru pada panggilan anak-nak pelajar "Cikgu.... Demi semua itu, aku terkenang kembali waktu2 aku sekolah dahulu... sangat skema orangnya, tak kenal warna warni kehidupan luar.... Tatkala aku menjejakkan kaki di bumi Tg Malim dan bertemu pelbagai ragamam kawan2... aku mula mencorakkan kehidupan dengan sepenuhnya warna... kadang2 warna yg aku corakkan sangat buruk dan tak mau dipandang aku sendiri pun.... Namun dalam aku menjalani warna warni hidup itu, aku juga memilih corak2 yg harus aku terus sempurnakan dalam diri seorang aku yg bernama "FAIZ" ertinya "BERJAYA".... ya aku ingin mejadi seorang yg berjaya....

Demi kerana aku akan bergelar "CIKGU" juga aku merindui diri aku yg dulu... walaupun kelihatan naif namun itulah aku.... Aku menyadari, sekarang aku berlainan hanya pada luaran... namun dalaman aku masih lagi seperti dulu.... kerana itulah aku.... Ya, aku akan kembali seperti itu... biarlah apapun panggilan.... Mat Jiwang huhuhu.... Mat Skema... hahaha....oh ya aku teringat panggilan kawan2 kepada aku sepanjang form 1 sampai la form 5.... tak pernah aku citerkan kat sape2..... diorang panggil aku Sultan Mohamad Jiwa... semuanya sebab belajar Sejarah n ada nama tue yg Jiwa belakangnya..... sbb aku nie suka tulis2 puisi n skema... maka lekatlah nama Sultan Mohamad Jiwa utk ku hahaha.... sekarang aku hanya tersenyum n ketawa sendiri.... rindu akan panggilan itu huhuhu.....

Hmm... beginilah aku masa sekolah dulu, sperti dalam gambar huhu... pakaian jer lain... rambut n spek dah sama hahaha.... tue masa Form 1 to Form 5.... form six still skema tp kurang sikit.... Sampai UPSI lansung aku berlainan sekali..... bermacam2 gaya aku mencuba.... pelbagai ragam n perangai aku praktikkan.... namun itu bukan aku.... sekadar cubaan luaran... dalaman????? hmm kini aku rindui diri yg dulu..... kembali pada yg asal...... Bye2 semua.... bye skali dengan kawan2 di UPSI.... aku syg korang semua yg corakkan aku kepada byk warna.... corak2 korang yg cantik akan ku bawa bersama..... dan yg perlu aku tinggalkan, harus aku biarkan terkubur di bumi bertuah Tg Malim ini.....

Tiba2 Rindu kat Bieb.... Apakan daya Mungkin yg Tak Mungkin


Bila aku tertengok gambar nie masa nak susun folder.... tiba2 aku rindu kat Bieb, lama tak bersua, kat Ym pun dah hampir 2 minggu dia tak online atau aku tak terperasan dia online...

Apa2 pun aku harap Bieb sentiasa happy n ceria sbb aku suka tgk dia gembira walau untuk apa jua keadaan pun...

Terlalu Sibuk....

Hmm... sudah agak sekian lama aku tidak menjengah ke sini utk menulis. Bukan tidak ingin tapi tidak sempat. Agak kesibukan sedikit akhir2 nie... Menyudahkan tugasan2 semester nie, siapkan data2 tesis n penulisan ilmiah... sangat memenatkan... tambahan pula, aku kerja di Institut Peradaban Melayu UPSI... lagi menguji aku punyer pencaturan waktu....

Hmm, walau apapun... semua itu hampir berlalu... tinggal sikit lagi utk di habiskan termasuk kenangan2 di UPSI yg harus di cipta.... Hmm tak mau tulis la... just nak letak gambar masa malam pragraduan budak2 BnK 06/07




NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu