http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

09 Mei 2009

Boring nyer...

Exam dah takde.... time2 camni la terasa cam nak bace nota plak... masa exam tak mau huhuhu....byk kawan2 dah balik kg... tp aku belum lg... keba settle kan kerja2 utk program MAKSA dulu... pastu 12hb aku balik jap... tu pun sbb sekolah lama aku suruh aku wat program... leh la jenguk kg kejap... then 18 aku dtg UPSI balik utk teruskan kerja2 tuk MAKSA nanti....

sampai1 jun pergi MAKSA iaitu mahasiswa ke desa...ala2 baktisiswa la jugak.... hmm, aku punye portfolio kali ni cam biasa la yg tetap Naib S/U pastu merangkap Unit Jemputan, Sambutan dan Protokol... hmm mmg saje jer nak suruh aku berprotokolkan.... ambik korang nanti huhuhu..... n then pengacara utk malam kebudayaan... kononnya aku ni paling vouge la bila mengacara sbb tu suruh aku.... ala2 cam aznil hj nawawi la kan hehehe......

habis MAKSA 6hb, tak leh balik lg... kena tunggu utk Kursus Pemantapan JMK UKLK baru bg sesi 09/10..... aku dah jd mantan dah huhuhu... bye2 UKLK cedeynye nak tinggalkan semua ni... byk sgt2 memori indah bersama2... program tu 10hb sampai 15hb.... so nak tak nak, mau tak mau 16 or 17hb baru lah bleh lepak2 dgn senang hatinya kat umah.... eh senang hati ke??? maunye, coz seminggu dua lepas tu nak bukak sem baru..... minggu pertama dah kena bentang proposal utk kelulusan waaaaaaa!!!!! kena prepare awal... yer la, mesti aku nak yg sempurna n terbaik kan.... susah org perangai cam aku nie huhuhu......

hmmm... takpe sebelum aku balik 12hb ni aku ingat 11hb tu nak jumpa penyelia aku Dr Jaz.... nak dpt gak la tip2..... wah semangat betul aku ni..... pastu akan bermulalah era baru sem 7.... aku akan tumpukan pada akademik pulak sem ni.... dah terlalu letih dah nak join pelbagai aktiviti...... okay kita tgk asem depan camne huhuhu... seee u

YIN.... adikku sayang

hmm, kat atas ni adalah adik angkat aku Yin... encem tak??? hmm, mesti rrr tgk abg dia rrr huhuhu....... teringat pulak kat dia coz agak lama tak jumpa just mesej n calling jer.... dia ni budak Perak n aku jumpa dia masa wat satu kem motivasi kat UPSI.... aku tgk adik aku ni berwawasan cam aku hehehe.... byk gak yg persamaan yg kami ada al-contohnya tarikh lahir yg sama, pastu cita2 yg sama utk jd peguam tp yg aku punyer tak kesampaian... harap2 Yin boleh, chayok2...... n then dia ni suka berdebat gak....

adik aku ni pandai nasihat aku, yer la kdg2 aku ni bengong2 sikit, citer kat dia so dia bg rrr nasihat hehe.... saje jer nak test dia nyer thinking.... sgt matang n menghormati aku.... taun ni Yin akan duduki PMR... aku selalu pesan kat dia, belajar rajin2 n jgn nakal2..... aku nak sgt dia berjaya dalam exam tu nanti.... pastu dpt kejar cita2 yg seterusnya.... tp aku nyer keyakinan bahawa adik aku ni rajin orangnya, walaupun aku tak npk depan mata... tp aku yakin dia kuat belajar.... n yg paling ptg punyer harapan besar then pandai berdikari..... oh ya, Yin ni anak bongsu dr 8 adik beradik... ha tgk sape kata anak bongsu ni manja lebih n lambat matang.... Yin aku tgk boleh berdikari n matang..... tp aku agak dia manja gak rrr sesetengah perkara.....

k rrr.... gud luck 4 my bro.... abg hope ur success in life....

Exam Dah Berlalu

Hari ni merupakan hari kedua berlalunya exam.... selepas memuaskan diri melepas dendam utk tido sepuas2nya baru der mood nak layari tenet.... uhh lega sungguh rasanya bila exam dah lepas.... walaupun sem ni takdelah aku akhirinya dengan penuh keyakinan cam sem2 lepas.... cuma.... hmmmm yg pasti aku sgt takut memikirkan result nanti... aku sudah dpt membygkan apa yg akan terjadi... huhuhu per2 pun salah aku gak... ala relaks rrr semua tu tak ptg, yg ptg dah nak habis hahaha (chewah, ayat senangkan hati sindri huhuhu)

nampaknya, sem depan aku sem 7... semester akhir di UPSI sebelum praktikum kat mana2 sekolah yg belum lg aku fikirkan.... rasa2nya nak wat kat TrolaK Selatan, sekolah adik angkat aku Yin... senang sikit kalau ada adik kat sana... boleh mintak tolong dia carikan aku klien nanti huhuhu (ceh, jahat sungguh) Per2 pun yin exam taun ni, kot2 dia dpt ke sekolah teknik taun depan lepas dpt result elok PMR... tak dptlah aku mntak tlg dia..... nasib rrr, per2 pun aku harap Yin dpt yg terbaik dalam hidup dia....

dan aku....sekarang akan lebih berhati2 utk jalani taun akhir ni... tak boleh melalaikan diri lg... (selama ni bukan aku terlalai tp sengaja melalaikan diri)... yg ptg aku mesti termotivasi bukan menjadi nasi yg nak basi (nah ambek ko... ingat bakal kaunselor n kaunselor2 ni kuat semangat????? erkkkk kdg2 jer lemah semangat.... jgn mareee ekkk sifu2 hehehe)

okay rr.... aku ase nak p makan jap... k bye...

28 April 2009

Skandal - Lelaki Menangis

JARANG-JARANG rasanya dapat melihat lelaki menitiskan air mata tetapi hakikatnya, mereka juga menangis. Mungkin ramai lelaki, yang egonya keterlaluan, menafikannya kenyataan ini tetapi usahlah membuang masa, sudah terang lagi mahu bersuluh, lelaki juga menangis!

Ramai lelaki tidak mahu mengakui yang hati mereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, senang terasa sebak lalu menitiskan air mata kerana kononnya lelaki yang menangis, tidak macho (tidak jantan). Relevankah?

Cuba kita perhatikan sekeliling, tidak perlu jauh, perhatikan bapa atau datuk, abang juga adik lelaki, paling tidak teman lelaki atau suami, betapa mudah juga mereka berasa sebab, menitiskan air mata, petanda mereka juga manusia biasa, tiada yang luar biasa, ada emosi, punya rasa.

“Lelaki yang kata mereka tidak menangis kerana kononnya kalau menangis tidak macho, pada saya mereka ‘bodoh’. Hal emosi, suka, gembira, duka, apatah lagi menangis tiada kena-mengena dengan soal macho, kejantanan atau kelakian.

“Lelaki juga ada hak dan berhak menangis. Ia membabitkan hal keperimanusiaan, soal hati dan perasaan, tidak kira yang gembira atau menyedihkan,” kata Azhar Khairuddin, 46.

Azhar yang bertugas sebagai Pengarah Urusan mengakui dia seorang lelaki yang amat mudah menitiskan air mata. Hal membabitkan kanak-kanak juga orang tua amat mudah membuat hatinya tersentuh dan tanpa disedari air mata menitis membasahi pipi.

Bagi Azhar, sifatnya itu bukan sesuatu yang memalukan malah dia bangga berperasaan begitu kerana ia menandakan ia seorang manusia yang sensitif dan berhati perut.

“Kisah kanak-kanak didera dan orang tua yang dihantar ke pusat penjagaan orang tua paling mudah membuat saya sebak. Saya sering bertanya pada diri sendiri manusia bagaimana yang sanggup menganiaya dan mendera kanak-kanak begitu kejam dan anak bagaimana yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua.

“Pada saya, jawapan mahukan ibu bapa mendapat penjagaan lebih baik di rumah orang tua langsung tidak boleh diterima. Kita sebagai anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa sampai bila-bila sebagaimana ibu bapa menjaga kita kalan senang mahupun susah,” katanya yang pernah ‘memukul’ adiknya gara-gara meninggikan sedikit suara ketika bercakap dengan ibu satu ketika dulu.

Selain isu kanak-kanak dan orang tua, Azhar yang pernah mengetuai misi bantuan kemanusiaan pemuda Umno di Afghanistan beberapa tahun lalu, juga mudah tersentuh dalam perkara berkaitan semangat patriotisme.

Penulis yang juga mengikuti misi berkenaan bersama Azhar, menyaksikan ‘kelembutan’ hati beliau dengan mata kepala sendiri. Dalam semangat berkobar menyanyikan lagu Negaraku, air matanya meleleh membasahi pipi.

Satu perkara yang lebih menggelikan hati mengenai Azhar, dia juga tidak boleh mendengar apatah lagi menyanyikan lagu raya bertajuk Satu hari di Hari Raya nyanyian bertajuk M Nasir.

“Terutama liriknya yang berbunyi Ku lihat wajah suci ibuku, Ku lihat wajah kasih ayahku, Ku gembira, Mungkin inilah dia kebahagiaan, ia benar-benar menyentuh hati saya,” katanya yang juga menitiskan air mata tiap kali takbir raya bergema.

Jurutera, Rashdan Rosli, 37, juga seperti Azhar. Tidak langsung terfikir kelelakiannya tercabar hanya kerana tidak lokek menitiskan air mata.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sensitif, Rashdan bukan saja menangis ketika sedih malah saat gembira juga mampu membuatkan beliau menitiskan air mata.

“Saya menangis sedih paling teruk ketika datuk meninggal dunia pada 1997 dulu. Saya amat rapat dengannya dan pemergiannya membuatkan saya rasa kehilangan sesuatu yang amat berharga.

“Saya juga menangis gembira ketika lulus ujian kejuruteraan dulu. Terlalu gembira. Kesimpulannya, tidak bermakna apabila lelaki menangis, lelaki itu tak kuat, tak ‘jantan’, tak macho, cuma hati tersentuh dengan sesuatu kejadian,” katanya yang mudah menitiskan air melihat kanak-kanak dianiaya dan didera.

Nyata Azhar dan Rashdan manusia normal jika melihat pada penjelasan pakar psikiatri University of Minnesota, Dr William Frey seperti dipetik daripada Wikipedia.

Katanya, dalam soal menangis, tiada beza antara lelaki dan wanita. lelaki dan wanita mengalami tekanan emosi yang serupa dan lelaki seperti wanita juga berhak untuk menangis supaya jiwanya tidak tertekan.

Cuma, katanya, lelaki sengaja menahan air matanya supaya tampak perkasa dan jantan. Ia berkaitan dengan cara didikan. lelaki diajar tidak boleh menangis, mereka harus menahan rasa sedih dan menitiskan air mata.

“Kalau perempuan menangis, ia perkara biasa. Anggapan ini semua hanyalah satu budaya, yang diamalkan turun-temurun. Hakikatnya, lelaki juga menangis apabila berlaku sesuatu yang menyentuh hati mereka. Malah, dalam keadaan tertentu, mereka boleh menangis tersedu-sedu seperti anak kecil,” katanya.

Oleh itu, lelaki, jejaka sekalian, jangan takut untuk menangis. Ia perkara yang perlu dilakukan. Buat apa menahan sedih hingga terasa sebab di dada. takut dianggap lembik, tidak macho oleh wanita? Jangan! Itu tindakan dan andaian yang salah.

INFO: Menangis

Menangis adalah satu akitiviti normal manusia. Tidak kira anda lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai hak yang sama untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata.

Ada bermacam-macam jenis `menangis dan semuanya mempunyai kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata ketika memotong bawang umpamanya; air mata meleleh ketika mengalami saat sukar atau sekadar mengimbas kembali kenangan dan pengalaman pahit.

Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis begini. Inilah yang dikatakan ‘tangisan yang berkesan’, memberi kesan yang baik pada emosi seseorang sebagaimana ketawa.

Pucat

Tgk aku... dah pucat kehijauan sbb tak de persediaan utk exam esok!!!!!

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu