http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

27 Mac 2009

Friendster Kwn2 n Blog Ayahanda Taifor

Hari nie sbb terlebih tido skit.... aku tak leh nak lelap huhuhu.... so aku wat la kerja2 yg terbengkalai sambil2 tgk2 fs kawan2..... Best gak mengenang2 masa lepas nie..... rindu aku ngan kawan2 lama dulu.... mmg bertahun2 tak berhubung ngan mereka.... yg form 6 tak tahu ke mana apatah lg yg form 1 - form 5...... yg ada dekat UPC ni pun tak terjumpa.... yg ada hanya Yusuhairi, itupun asyik bergaduh jer ngan dia.... maklumlah dia dah jd senior debat yg hebat.... banding aku senior yg tak hebat huhuhu......Perasan la ko Hairi......

tgh2 tgk2 fs diorang aku terjumpa fs Ayahanda Taifor..... hmm bangkitkan lg kenangan masa form 6..... huhuhu..... kenalkah lg ayah dgn pelajarnya yg ini..... Lama sudah tak ke temu..... Hmm.... belek punye belek.... aku terjumpa blog ayahanda.... Hmm, kagum sekejap..... apa lagi habis aku menelaah blog itu..... Wah... ayah still aktif ekk..... malah makin hebat.....

Semua tue buatkan aku merindu zaman2 sekolah dulu.... masa wat program ngan Masrul, Tikah, Eno, Ucop, Mazura, Kak Su n lain-lain..... Ingatkah lg mereka??? Hmm, sudah lama aku meninggalkan semua itu.... sedar tidak sedar aku bakal bergelar kaunselor lg setahun..... Mampukah aku???? sedangkan kat sini aku jarang wat program melainkan tugasan yg ada markah yg mewajibkan..... aku lebih byk terlibat dgn perkara lain.... debatlah, pengacara lah, teater lah.... macam2.... Mampukah aku nanti???

Ah.... dalam waktu2 camni jgn tanya lg..... aku mampu sebenarnya.... Yeah aku boleh.... n aku sebelum tu aku nak jumpa kembali ngan kawan2 lama aku.... terutama ngan Ayahanda Taifor.....

Apa yg BERUBAH???







































Hmm... baru2 ini kawan sekelas aku ada bertanya, kenapa aku tak seperti dulu? Persoalan itu menyebabkan aku keliru n tak tahu nak jawab apa.... Dalam pemikiran aku, apa yg berubah??? Bg aku semuanya sama sahaja.....Mahu shj aku bertanya kembali apa yg dia lihat pd aku selama ini telah berlainan..... Namun, aku fikir semua insan punya pemerhatian yg berbeza..... Apa yg pasti semua itu buatkan aku perlu utk menilai kembali diri ini..... Apa yg sebenarnya telah membuatkan dia berkata begitu.....

Hmm.... Terlupa Sudah Mahu Menulis

Salam.... npknya aku muncul kat ruangan blog sdr skali skala saje huhu.... hampir terlupa mahu menulis..... Bukan tidak mahu namun kekangan masa yang teramat sgt.... Sedangkan blog nie harus aku sentiasa update dgn bahan2 baru utk tatapan bersama terutama ttg kaunseling krn En Aziz mahu menilai utk subjek Pengurusan dan Perkhidmatan B&K..... Ya tuhan.... kesibukan ini membataskan..... Hmm, mari aku semak kembali apa yg berlaku sepanjang aku biarkan blog ini berhabuk......

1) Pementasan Teater "KERUSI"... team Warisan Ungu UKLK berjaya meraih tempat ketiga dan kategori Pengarah Terbaik.... wah bangga sangat2 huhuhu.....






























2) Pembentangan aku kat Sidang Dewan Pendidik membawa isu Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)... berjalan lancar namun di sebabkan penganjur tidak membawa pihak yg sepatutnya menjawab, isu itu tergantung begitu shj... Apa jawabnya??? aku pun masih tertanya-tanya.... OPs!!! aku bukan pembangkang okay.....


3) Pelbagai program Jawatankuasa Kediaman Luar Kampus.... saban minggu n sgt memenatkan aku..... aku sering tertido (bukan tido ya....) dalam kelas huhuhu kawan2 aku pun pelik nape sem nie aku camnie..... tahu lah kawan2, JMKLK byk sgt program huhuhu..... Nak lawan MPP ke???

4) Pertembungan antara program JMKLK dgn program lain yg menjemput aku turut serta samada sbg pengacara, peserta dan urusetia..... Aduiii pening!!!!

5) Kem Kemahiran Belajar perlu aku ikut juga sbb ini tugasan ada markah huhuhu..... kat SMKA Slim River......

6) Kem Motivasi PMR utk SMK Trolak Selatan & SMK Sg Keruit( JMKLK nyer program)..... wah dah lama tak wat kem2 camnie .... nape masa kat u ni aku kurang terlibat dgn benda2 camni bandingkan masa form 6 dulu????

7) Tugas-tugasan setiausaha JMKLK.... Arie call minta wat itu..... Ijah ym minta siapkan ini..... Hanis berkali2 mesej minta siapkan report.... waaa.... camne ngan tugasan akademik pulak????

8) Tugasan akademik aku kena rushing dalam dua minggu... mmg kritikal..... n sampai skrg masih bertungkus lumus..... wah bala semua nie.... sem depan taubat aku duk kat umah jer.... jgn panggil aku ikut mana2 xtvt lg......

9) Proposal???????? apa jd... baru sekali jumpa Dr Jaz utk luluskan tajuk.... nasib baik sekali jumpa dah lulus dgn sedikit pindaan huhuhu..... "Persekitaran Keluarga dalam Kalangan Remaja di Pusat Pemulihan Akhlak Tanah Merah.....". Mampu??? yeah aku boleh......

10) Kem Kaunseling kelompok bakal tiba...... wah ini penting utk aku bersedia.........

11) Mahasiswa ke Desa.... JMKLK punyer.... sakit otak aku fikirkan nye..... cuti ni aku tak balik yer kawan2...... cuma beberapa hari sahaja utk jenguk kg...... So jumpa la bulan 12 nanti ekk.....

n pelbagai lg yg hampir aku terlupa..... huhuhu..... dan dlm kesibukan ni aku sebenarnya rindukan rehat.... aku rindu utk bersama kawan2.... aku rindu utk balik kg sekejap..... aku rindu utk berbual2 ngan kawan2 lama di telefon.... aku rindu utk balik cuti wat program di sekolah lama..... aku rindu utk jumpa kawan2 lama..... aku rindu semuanya.......beginilah Tsunami Hati aku...... hanyutkan semua yg aku rindukan..........

01 Mac 2009

Minggu yg Memenat n Menyeksakan

Hmm, dua minggu akhir2 ini aku tersangat2 penat n terkejar2 pemikiran n mindaku utk menghadapi segala yg terancang n tidak terdugakan...... Byk sgt perkara yg perlu aku ikuti n lakukan.... bermula dgn khamis, jumaat, sabtu n ahad, 2 minggu lepas aku megikuti n mencari peserta uklk utk Karnival Ilmu KAB....., ada ketika utk satu2 pertandingan aku sendiri yg menyertainya utk memenuhi permintaan Karnival tersebut..... Hmm... ada beberapa kejayaan yg di peroleh oleh delegasi UKLK di sana....

Kemudian, aku kesibukan pula dengan persiapan utk Sidang Dewan Pendidik dlm menyudahkan kajian usul utk di bahaskan.... Sangat penat n tension bila tiba saatnya ia di tunda n bila tiba2 usul tersebut telah beralih arah menjadi sedikikt dingin bila keputusan sudah hampir tercapai sebelum usul dibahaskan..... Wahhhhh...... ROS2..... aku pening......

Tiba pula program UKLK ke 4 buah universiti UM, UITM, UKM dan UPM utk An Excursion of Knowledge.... Lega la sikit dpt jalan2..... namun dlm pemikiran aku memikirkan persediaan utk Sidang Dewan Pendidik n Festival Teater UPSI..... Kedua2nya perlukan persiapan rapi... Arghhhhhh..... camne ngan tugasan akademik akuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Jiwa aku memberontak...... Namun dalam masa yg sama aku siapkan juga kedua2nya.... Perasaan tertekan tak akan aku benarkan menguasai diri......

Akhirnya selesai sudah Sidang Dewan Pendidik.... Tumpuan beralih pula pada Festival Teater UPSI, yang mana UKLK akan membawa Teater KERUSI..... wah ada 4 hari lg utk berlatih..... gila...... Dalam berlatih n buat persiapan, kena ikuti program UKLK dua hari berturutan iaitu Hari Kesenian dan Kebudayaan Melayu dan Tautan Muhibbah.... Kedua2nya aku terlewat sikit sbb kepenatan sbb hampir setiap malam pulang lewat berlatih teater......

Akhirnya kemuncak kedua2 minggu tersebut iaitu Persembahan Teater oleh UKLK sebagai peserta terakhir...... Aku sgt takut kerana persiapan tidaklah sehebat mana dari segi dalaman pelakon walaupun prop n custom penuh bersedia...... Walau apapun, aku cukup berterima kasih buat semua kawan2 yg terlibat n memberi sokongan utk pementasan itu.... Koranglah yg terbaik..... aku berpegang pada prinsip... KIRANYA SETAKAT ITU YG KITA USAHAKAN MAKA SETAKAT ITU JUGA YG AKAN KITA DAPAT.... USAH BERFIKIR BERLEBIHAN UTK MENDAPAT YG LEBIH BAIK...... namun percubaan bgku bukan sekali.... walaupun dlm berteater mungkin ini yg terakhir buat kami bersama..... huhuhu.... kenanga dengan korang sangat indah......

dan malam ini adalah malam penentuan, Anugerah Festival Teater UPSI..... bakal merungaki segala2nya......

Namun hati aku sedih keran memikirkan tugasan akademik aku yg banyak ketinggalan..... Hmm, usahlah aku terperangkap dlm harapan n impian yg tidak menentu lg selepas ini.... Berilah aku kekuatan utk menghadapi kesulitan ekoran kesibukan aku 2 minggu ini...... Kerana disebabkan 2 minggu yg memenatkan ini aku

...........tidak dpt bertemu dgn Dr Jaz, penyelia utk siapkan proposal tesis ku.....
........aku baru tersedar n teringat yg Jumaat lepas aku terlupa menghantar Buku Log makmal pd Pn Jun......
......Esok mid term... aku tiada persiapan.......
..........esok n esok n esok ada tugasan perlu di submit n aku belum mulakan.....

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH..... apa ni FAIZZ......

03 Februari 2009

Bagaimana untuk menjadi seorang pendebat/pembahas terbaik yer? (Dari forum Akademi Debat oleh Lagenda Debat UIAM

Secara asasnya, perlukan kepada pengetahuan anda. Anda tak perlu tahu semua perkara tentang sesuatu isu tetapi anda perlu tahu sedikit perkara tentang semua isu.

Itu dari segi ilmu dan fakta untuk berdebat. Boleh diperbaiki dan diasuh sendiri dengan bantuan rakan-rakan dan guru/jurulatih.

Namun begitu, cabaran terbesar adalah untuk mewujudkan identiti tersendiri ketika berdebat. Kita sering melihat orang lain begitu hebat berdebat di atas pentas, dan kecenderungan kita adalah untuk mengadaptasi corak persembahan individu tersebut. Pengalaman saya menjadi hakim beberapa pertandingan, saya mendapati kebanyakan pendebat terutamanya yang masih baru suka terikut-ikut dengan corak persembahan sesetengah pendebat tersohor. Sebagai permulaaannya, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita "meniru" demi kebaikan bersama.

Tetapi apa yang lebih penting adalah keupayaan kita sendiri untuk membina karakter kita sendiri, perwatakan yang mampu membezakan kita dengan pendebat-pendebat lain.

Beberapa contoh yang boleh saya berikan, mungkin dari segi pemakaian kita sendiri. Penggunaan songkok suatu ketika dahulu tidaklah begitu menggalakkan dalam kalangan pendebat sekolah mahupun universiti, namun begitu apabila fenomena ini dicetuskan dek kerana berjaya menampilkan imej yang lebih baik, maka sewajarnya kita ikut dan telusuri. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Ada seorang pendebat wanita dari UiTM Shah Alam yang amat saya kagumi, cukup hebat berdebat di arena perdebatan. Adakalanya hati saya cukup gentar tatkala berhadapan dengan pasukan beliau. Ini kerana corak penjelasan beliau yang "agak tinggi" tahap intelektualnya menyebabkan kita terpaksa mendengar dengan berhati-hati.. itulah trademark beliau. Beliau hebat kerana corak pengolahan isi dan penjelasan beliau yang cukup mantap tanpa perlu berbunga-bunga bahasa mahupun menarikan lenggok bahasa badan..

Pernah jua ketemu dengan seorang lagenda debat UPM, cukup berkarisma dan digeruni. Beliau ini punya cara berdebat straight to the point, dengan olahan ayat cukup berbisa dan mantap. Karakter yang beliau jiwai adalah sebagai seorang yang tegas dan garang. Bagi beliau, sememangnya menjadi kerana telah banyak kali dinobatkan selaku pendebat terbaik.

Seorang rakan pendebat dari USM pula cukup cilik orangnya, tutur bicaranya pun boleh tahan "pedas" juga. Mampu memukau juri dan menundukkan pihak lawan.

Ada seorang pendebat dari UPSI pula, berdebat dengan cara yang penuh bersopan. Dek kerana dirinya wanita, tuturkatanya amat menyentuh perasaan terutama ketika menggulung hujah. Sangat mengesankan!

Daripada semua contoh yang dinyatakan di atas, disimpulkan bahawa "cara kita bertutur" memainkan peranan yang amat penting dalam menjadikan kita pendebat yang bagaimana. Apatah lagi jika kita benar-benar menghayati apa yang kita tuturkan dengan seikhlasnya, pasti menarik perhatian juri dan menggentarkan pihak lawan.

You don't just say what you mean, but most importantly really mean what you say. (within the context of the debate)

Moga-moga ini akan dapat menyuluh sedikit pembuktian kebenaran kepada saudara/i untuk mencari identiti tersendiri menjadi pendebat terbaik suatu hari nanti.
_________________
I Never Lose, I Just Choose Not To Win.

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu