PERSOALAN PERTAMA YANG TERDETIK DIHATI CHEKGU, APA YANG PERLU DIKAJI LAGI???
Sudah banyak perkara yang mahu dikaji sejak zaman2 terdahulu lagi. Kes2 guru yang terpisah daripada keluarga, suami, isteri dan anak2 bertahun lamanya telah bersiaran berkurun lamanya. Ada yang akhirnya memilih untuk berhenti menjadi guru walaupun ianya kerjaya dan cita2 sedari kecil kerana lebih menyayangi keluarga yang memang wajib diutamakan. Tidak kurang juga guru2 yang memilih jalan penceraian kerana terlalu lama berpisah jauh dan hanya sekali dua setahun sahaja berjumpa. Namun guru2 kita bersemangat waja dan menyahut apa sahaja cabaran dan dugaan.