http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

22 Jun 2011

Hilang.... (Epilog)

Kicauan burung-burung tidak lagi menghiasi pagi seperti hari sebelum pemergian. Segalanya hanya mendendangkan kesepian yang sebenarnya bisu. Keraguan mula mengetuk segenap pintu memori yang tersimpan. Kenangan yang masih segar terhias pada dinding fikiran sehingga jelmaan-jelmaan silam yang sebenarnya telah terkubur bersama usia kembali bangkit dan menghantui. Semuanya kerana suatu pemergian yang tidak pernah terlukis pada wajah ceria, tidak pernah tergambar pada gelak dan tawa malah tidak pernah terbayang pada kekuatan semangat yang kononnya ampuh. Kepura-puraan apakah yang sedang di sandiwarakan ini??? Hebat pabila sebuah lakonan yang bermula dari kesilapan yang pernah diperaku sang pelaku namun masih lagi meneruskan rentak skrip sandiwara. Malahan, seakan-akan hampir bertukar posisi antara realiti dan fantasi. Apakah lakonan itu adalah realiti kehidupan yang perlu diperaku sang pelaku atau realiti yang berlaku itu hanyalah sekadar lakonan yang sebenarnya tidak laku untuk dikomersialkan di pentas dunia yang sebenar??? Sehingga segala-galanya mula bercelaru dan sering menemui jalan buntu.

"Kenapa kau masih di sini?" Hati mula gusar melihat Jiwa yang masih lagi menarik-narik Riang menghampiri Jasad. Jiwa mahu Riang memujuk Jasad untuk menemui Semangat. Dia tahu, Hati perlu diberikan masa. Sekarang Hati terlalu mempercayai Fikiran, sedangkan Fikiran sendiri buntu. Mana mungkin Jiwa mahu melepaskan Jasad ke tangan Hati. Dia bimbang Hati akan mempengaruhi Fikiran untuk merosakkan Jasad. Akhirnya, Jasad akan pergi dari tempat yang sememangnya telah ditakdirkan. Mungkin Jasad tak akan mampu menemui tempat dan peluang sebegitu lagi. Biarlah Jasad terus di sini, fikir Jiwa.

"Kenapa??? Aku tidak layak untuk berada di sini ke???" Jiwa mencebik. Terus-terusan menarik Riang yang kelihatan degil. Penat dia menjerit-jerit. Riang memanggil-manggil Sedih yang masih lagi terkurung dalam penjara Hati. Riang mahu sentiasa bersama-sama Sedih, dia tahu Sedih tidak mampu untuk bersendiri dalam penjara Hati yang kian sempit itu.

Hati mula mengorak langkah menghampiri Jiwa, itu membuatkan Sedih ketakutan. Jiwa yang garang itu mengingatkan dirinya yang pernah membuat kesilapan yang maha dahsyat sehingga hampir memusnahkan Jasad. Sedih tidak mahu dirinya melakukan perkara yang sama buat kali kedua. Biarlah Jiwa pergi bersama Riang, asalkan Jasad selamat. Sedih tahu, Jasad akan selamat bersama Jiwa dan Riang. Mereka harus pergi jauh sekiranya Hati tidak mahu berubah. Kini, apa yang terpancar di wajah Hati hanyalah kegusaran. Hati hanya mahu membawa Jiwa dan Jasad menemui Fikiran.

"Jiwa... kau tahukan, Jasad memerlukan Fikiran. Aku mahu menemukan mereka... Kenapa kau bersungguh-sungguh mahu membawa mereka menemui Semangat. Bukan kau tidak tahu, Semangat itu jauh. Itupun belum tentu Semangat mahu menemui kamu semua... Lainlah Fikiran.... huh...."

"Ahhh... Fikiran itu sedang buntu. Jangan kau halang aku, Riang bawakan aku kepada Semangat. Aku tahu, kau mampu membawa aku kepada Semangat...." Jiwa mengarah-arah Riang.

Riang terkesima. Dia memandang Sedih yang ketakutan. Namun Sedih tidak mahu memandang wajah Riang. Hampa perasaan Riang, lantas selih berganti dia memandang Hati yang sinis dan Jiwa yang kelihatan tenang. Kemudian Riang terpandang Jasad yang kelihatan longlai tidak bermaya... Riang gagal membuat pilihan. dia keliru....

BERSAMBUNG.....

Sesepi Hidup Ini....

Tak mampu untuk ungkapkan, apakah ini satu keletihan yang terpendam. Mungkin satu kejemuan yang sememangnya ku tahu namun tidak mampu mengerti. Mungkin juga kekesalan yang menghimpit tanpa ku tahu wujudnya. Hanya yang mampu ku nyatakan, sekalipun air mata ini berdarah. Keletihan, kejemuan dan kekesalan ini sering memburu walau aku tidak membenarkan ianya hadir.

Maafkan.....

07 Mac 2011

Jelas yang Samar

Ada ketikanya,
Aku merasakan kita semakin dekat
Semakin hari kita makin sayang
Antara sesama kita
Aku memiliki kamu
Dan kamu memiliki aku

Dan ada ketikanya,
Aku merasakan kita sebenarnya jauh
Bukan sahaja kita berjauhan jarak
Malah berjauhan hati dan perasaan
Sungguh aku sayang
Sangat rindukan dirinya

Namun hati sering cemburu
Sering ingin tahu segala
Seakan mahu sayangnya padaku
Hanya untuk diri ini sahaja
Mungkinkah kerana
Aku hanya meyayangi dirinya seorang

Ah... aku sungguh tidak adil
Aku tidak mampu mengawal hati seseorang
Kepada siapa mahu dia salurkan kasihnya
Mampukah aku menahan...
Sungguh aku tidak berdaya

Apa yang aku mampu
Dan sesesungguhnya apa yang aku tahu
Aku hanya memberikan kasih sayangku
Hanya pada dirinya seorang sahaja
Tiada yang lain kedua atau ketiga
Aku senang begitu

Aku patut bersyukur sebenarnya
Kerana dia sudi hadir dalam hidupku
Sekurang-kurangnya aku dapat merasa bahagia
Semakin aku ingin mendampinginya
Berada dekat dengannya
Sungguh aku mahu
Supaya dia tahu aku amat memerlukannya

Oh... aku sangat bermohon
Semoga jelas yang samar ini
Kembali terang dan tenang
Aku mahu menyakinkan diri
Bahawa aku dia sayangi
Bahawa dia aku miliki
Aku tidak bisa mencurigainya
Kerana aku juga miliknya

Jelas yang samar
Buangkan gelap yang panjang
Selama ini menyelubungi aku
Saat sebelum aku menemui dirinya
Aku kini rasa bahagia
Aku kini makin gembira
Hidup kian rasa bermakna
Sungguh aku berterima kasih padanya....

Untukmu yang paling aku sayang
Jauh di bumi yang pernah aku diami
Namun takdir menentukan
Kita tidak bertemu walau lama aku di sana

Terima kasih...... dan kita pasti akan bertemu
Bersama selamanya

25 Februari 2011

Benarkah Cinta

Dan aku pernah mendengar
Jua aku pernah terbaca
Malah berkali-kali aku di ingatkan

"Cinta takkan datang kalau tak dicari..
Cinta takkan datang kalau tak memberi (hati)..
Apapun, semoga beroleh cinta sejati!"

Namun aku selalu tewas
Sering pula aku kehilangan
Lantas aku ingatkan pada semua

"Cinta akan datang kalau "dia" menanti..
Cinta akan datang kalau "dia" menerima (hati)..
Apapun, semoga beroleh cinta sejati!"

Benarkah aku mencari cinta
Dan benarkah cinta itu ada
Sedang menanti dan menungguku
Lalu akan menerima apa yg aku serahkan (hati)

Jikalau benar jelmakan diri
Jangan bersembunyi lagi
Kerna aku bimbang
Waktu terus berputar
Masa kian berlari
Dan aku masih lagi tertanya
BENARKAH CINTA

Kehidupan Aku Kini

Assalamualaikum....

Masa berlalu terlalu cepat. Tanpa aku sedari sudah hampir 3 bulan berada di Pulau Mutiara ini. Tak pernah aku terfikirkan untuk memulakan karier aku di sini. Namun hakikatnya aku dapat merasakan ada kegembiraan yg semakin hari mendatangi aku. SMK Datuk Hj Ahmad Badawi memberikan aku satu inspirasi utk terus unggul sebagai seorang guru umumnya dan seorang kaunselor khususnya.

Dalam masa 3 bulan pertama ini juga banyak perkara yg telah aku lalui. Perkara2 tersebut memberi aku semangat utk menjadikan karier sekarang ini menarik dan membanggakan. Walaupun ada sesekali aku merasa sangat merindui impian dan cita-cita aku yg tertinggal sebagai sebahagian daripada sejarah dan mungkin akan terus menjadi sejarah.

Aku juga merasa bertuah kerana bukan sahaja aku terlibat dalam aktiviti di sekolah. Namun penglibatan aku juga mula di perlukan di peringkat PPD Seberang Perai Utara ini. Semua ini telah membangkitkan rasa yg positif utk aku melangkah jauh ke hadapan. Insyallah suatu hari nanti aku akan menjadi seseorang yg selama ini aku impikan.....

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu