http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

12 April 2009

Terkilan

Tak usah sembunyi
Kebencian dan keegoanmu
Terhadapku
Dari gerak bibir
Dan senyumanmu
Jelas terbukti semua palsu

Kau dengar fitnah
Serta hasutan menceritakan
Perihalku
Sedangkan dahulu
Kau tidak bersikap sedemikian
Kau pengasih...
Kau penyayang...
Terhadap diriku

Terkilan...
Hati ini bila mengetahui
Diriku tak diperlukan lagi
Bukan ku berdendam
Bukannya aku membenci
Tapi ku rasa berjauh hati

Tak perlu memujuk
Dan tak perlu lagi
Kau berkirim salam pada diriku
Biarkan aku...

Ku pujuk hati
Sentiasa sabar menerimanya
Walau diriku
Memendam rasa...

10 April 2009

kETAKUTAn

EXAM SEMAKIN HAMPIR................

apa yang aku sediakan kali ini
tidak seperti selalunya
maha hebat dugaan ini
hati tidak dapat terima
namun hati juga tak mahu bertindak
kerana aku tertinggal hatiku entah dimana
bersama perasaan
bersama semangat
aku yang dulu
hilang entah kemana......
yA-aLLAH... selalu aku
diberikan kegembiraan tatkala exam
dengan semangat
dengan ingatan
dengan ulasan jawapan yang baik
dan keputusan yang aku harapkan
tetapi kali ini di mana semua itu...
belum pun hadir....
sedang saat itu tidak lama lagi

APAKAH YANG AKU DAPAT SEMESTER INI SATU TAMPARAN MAHA PERIT NANTI

Maafkan AKu Teman2

Maafkan aku teman2 kerana mebuatkan kau tertanya2..... kalau aku sedikit sebanyak buatkan kamu terdetik benci padaku.... tidak dapat untuk aku menghindarinya lagi.... aku sedang mencari diri sendiri yang kian jauh dengan harapan dan impian ku.....

Teman Kelab Debat ku....
Maafkan aku sangat2... aku merindui kalian
biarpun kalian tidak mengingatiku dan hampir melupakan aku
sangat merindui untuk berjuang lagi bersama-sama korang
Namun, apalah daya aku....
Bukan kerana aku terlibat dengan pengurusan lain
kerana dahulu pun aku terlibat juga
tapi masih boleh berikan komitmen
namun kini aku kehilangan diri sendiri
aku harus betulkan apa yang telah tersasar....
maafkan aku kerana tidak dapat bersama lagi....
aku tidak kisahkan apa2 lagi termasuk pelajaran
tolong fahami aku... biarpun korang tak pernah bertanya
atas perkara yang sukar untuk aku kongsikan....
namun semuanya tidak kerana aku sudah serik
kerana jiwa aku sangat mencintai dunia debat....
tetapi jalan hidupku telah menjauhkan aku dari semua
yang aku aku minati.....

Teman JMK ku....
lihat aku sekarang....
apa yang berlaku.....
samada kamu faham atau tidak
buatlah tafsiran...
aku sebenarnya tertekan
dengan pelbagai dugaan
demi dugaan yang mencabar...

Teman2 Baikku
aku sudah serik untuk bercerita lagi
kamu pun sudah muak untuk mendengar
kali ini biarlah aku simpan sendiri
apa yang kamu nampak itu bukan yang kamu nampak
apa yang kamu tafsir itu bukan yang kamu tafsir
terlalu berat yang aku rasakan
terlalu sakit.....

Teman2 yang lain.....
terima kasih kerana ada yang bertanya
kenapa n mengapa???
aku tiada jawapan untukmu....
maafkan aku.....

yang pasti aku tak akan lari ke mana2...
aku tetap kan berada bersama2 di bumi bertuah ini
cuba untuk mengikuti kamu semua sedaya mungkin
namun hati aku tidak lagi di sini
kerana aku telah tertinggal ia entah di mana
sudah lah keseorangan
sudah lah tanpa sandaran
ah letihnya hidup ini......

MAAFKAN AKU!!!!!

Aku Sedih Saat Ini....

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan

Aku Masih Tersenyum

Aku masih belum tidur lagi saat ini..... hampir lima pagi namun aku baru selesai menyiapkan tugasan laporan sesi silang budaya.... hati aku sangat sedih dan kecewa dengan hasil kerja yang tidak seberapa.... aku ingin menyiapkan dengan baik namun aku tidak mampu lagi menguatkan diri seperti dulu..... aku siapkan dengan kadar segera walaupun kawan2 lain sudah lama siap dan hantar..... aku masih merangkak-rangkak siapkannya..... apakah maknanya semua ini.... 15 markah aku siapkan sesuatu yang bukan kemahuan aku.... aku tersenyum.... APA MAKNANYA IMPIAN, DATANG DAN PERGI.......

Dalam pemikiran aku terkenang akan buku log yang masih tergendala dari minggu ketiga..... aku tahu siang nanti perlu hantar untuk di beri markah...... hmm, masih belum aku siapkan...... hilanglah aku nampaknya 5 markah di situ...... tidak bersemangat rasanya untuk aku menyudahkan semua itu.......

aku tersenyum..... terkenangkan tugasan2 aku semester ini, banyak yang kawan2 aku yang buat..... aku hanya sentuh sikit2...... yang individu aku buat cincai2..... ah... baru aku tersedar maksud kawan aku..... aku sudah berubah..... inilah jawapan kepada perubahanku...... apa puncanya????? aku sendiri tidak mendapat kepastian...... aku kelihatan okay pada mata mereka namun aku gagal dalam diri sendiri......

Dan aku pun tersenyum..... terkenangkan nasib kawan ku yang mencari2 sinar ceria hidupnya.... dia kawan baik ku dulu kini dan selamanya..... namun saat2 dia dalam situasi yang maha hebat perlu dia hadapi, aku tidak pedulikannya.... tidak bertanya dan bagai tidak kisah...... maafkan aku kawan..... maafkan kerana aku sendiri kehilangan perasaan pada corak kehidupan ini..... aku tahu sokongan itu perlu.... namun aku sendiri kehilangan pertimbangan dan sandaran......

Aku masih tersenyum..... ingatkan kehidupan ini, perjalanan ini masih panjang..... aku mahukan aku yang dahulu, pentingkan kemenangan dalam sesuatu perkara.... biarlah mereka kata aku suka bersaing dan menang.... namun itu memberi aku seribu makna kerana aku dapat berikan kejayaan pada diri dan keluargaku..... aku dapat keputusan yang mereka harapkan..... namun kini di mana semangat itu.... aku tercari2 di mana aku tertinggal semangat itu.....

Ah, hidup ini......
buatku tersenyum
aku pun tersenyum
aku masih tersenyum
aku masih tersenyum
masih tersenyum........................

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu