Raja Lawak musim ke 7 sudah pun berakhir, tapi seperti biasalah... Apabila rumah siap, pahat, tukul, paku, gergaji semua kali mula la nak berbunyi2. Haaa.. now chekgu nak story mory...
Pertama.... soal siapa jadi Juara..? Hurmm ramai tak tahu katanya... alias yang lebih tepat lagi kalau diungkapkan seperti ini “perlu ke chek ambek taaauuu... KUALITI???... omG... sedeyyy!!!”.
Berbeza dengan dengan musim yang telah terlepas, penampilan peserta yang bersaing menarik minat penonton, sampai nak terkeluar biji mata, anak tekak dan segala2 yang bleh keluar. Sebab apa???GELAK TAWA melihat kelucuan kelawakkan pelawak2 lapis2 bumi kelahiran RAJA LAWAK.
Maka lahirlah nama nama seperti Yus Juara Musim Pertama, Johan, Zizan, Towkei, Kumpulan Sepah, Jehan, Nabil, Shiro yang dianggotai oleh Ajak, Shahrul dan beberapa nama lain pernah dicungkil bakat mereka menggunakan pencungkil gigi, kayu, cangkul dan sebagainya serta seadanya...
Kedua dan paling menyedihkan apabila artis yang tak berapa popular sewaktu zamannya tahun 90an, Isma Alif telah dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga Juri Profesional…!.... Urmm sedeyyy....
Pelik! Sewaktu zaman Isma menceburi bidang seni beliau tak pernah langsung popular dengan sebarang watak lucu. Atau chekgu yang ketinggalan zaman waktu tue hehehe....
Oleh itu apabila dipilih menjadi salah seorang juri, maka Isma Alif telah menyalahgunakan tugasannya! Hambeekkkk ko... Beliau tidak pernah memberikan komen yang membina, sebaliknya bukan main sibuk nak membuat lawak lawak bodoh membuang masa dan membuatkan penonton rimas dan meluat.
Ini dibuktikan apabila kedua dua pengacara Johan dan Zizan terpaksa mencelah untuk potong celoteh bodoh Isma Alif. Berbeza pula dengan Dato AC Mizal dan Saiful Apek yang menampakkan sikap professional mereka menjadi Juri…
AC Mizal dan Apek banyak memberikan komen yang membina dan tunjuk ajar, begitu juga dengan teguran yang tepat, menyatakan dengan jujur sekiranya persembahan peserta peserta tidak baik dan membosankan.
Isma Alif pula selepas buat lawak bodoh sekiranya masih ada ruang untuk bercakap akan sentiasa memuji persembahan peserta walaupun dengan terang terang persembahan yang diberikan tahap sampah…!
Kalau diperhalusi tingkah laku Isma, beliau nampaknya seperti mahu lepaskan gian sebab tidak pernah berpeluang untuk mendapat ruang seperti ini sewaktu zamannya menjadi artis 90an.
Jengggg3333....