http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

30 Jun 2013

Panduan Jika Pelajar Berminat Menyambung Pengajian di IPTS

Urmm, chekgu duk walking2 kat fb n ternampak Enchik UPU memberi sedikit panduan sekiranya pelajar atau sape2 berminat untuk sambung belajar di IPTS. Jadi chekgu nak kongxi2 la dengan semua di sini. Semua yg UPU bagitau n sarankan tue tiada yg betul melainkan yg benar2 belaka... hehehe... Chekgu pun dah penat nak ulang2 banyak kali kat skolah... Hangpa bukan percaya, dukkkk percaya kat kawan2 yg sama macam hangpa gak... APA PUN TAA BLEY.... Kredit 4 UPU k...



Sedikit panduan jika anda berminat utk menyambung pengajian di IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta) :

• Pilih IPTS yang berdaftar dan diiktiraf


• Kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi, selamat dan selesa.


• Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti makmal, perpustakaan, kaunseling dan aktiviti kokurikulum.


• Tempat kediaman atau penginapan pelajar yang selesa 
dan berhampiran dengan kampus. (jika ada)


• Lokasi dan persekitaran IPTS yang kondusif bagi
 pembelajaran danpengajaran.


• Semak sama ada tenaga pengajar adalah terdiri daripada mereka yang berkelayakan, berpengalaman dan berdaftar dengan KPT. Contohnya, tenaga pengajar bagi peringkat Diploma mestilah terdiri daripada mereka yang memiliki Ijazah Sarjana Muda.


• Pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut 
perancangan yang teratur dan kemudahan yang disediakan lengkap.


• Pengurusan dan pentadbiran IPTS yang cekap.


• Teliti setiap maklumat berikut sebelum bersetuju dengan 
sebarang tawaran daripada pihak IPTS dengan baik seperti surat tawaran, yuran keseluruhan kursus pengajian, “fee refund policy” dan bantuan pinjaman pendidikan.


• Adalah disarankan agar pelajar melawat IPTS sebelum 
menerima tawaran yang diberikan.


*** PERINGATAN DARI UPU ***
Kepada yg berminat utk menyambung pengajian peringkat

foundation/asasi di IPTS anda perlu tahu apabila tamat 

foundation/asasi anda tidak layak memohon program ijazah 

di IPTA kerana program foundation/asasi tersebut adalah 

program persediaan ke ijazah di IPTS tersebut sahaja.

maklumat lanjut boleh didapati di :-
klik sini k >>>> JABATAN PENGAJIAN TINGGI
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu