http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

27 Jun 2013

Misha Omar Umum Bakal Bernikah Pada Februari 2014

Setelah 2 kali menangguhkan, akhirnya hari ini Misha Omar mengumumkan yang tarikh pernikahannya bakal berlangsung pada bulan Februari 2014. Untuk makluman, Misha telah pun bertunang dengan Fiross Ezzwan Rosly sekitar bulan Februari 2012 yang lalu. Pastinya orang yang paling gembira dengan pengumuman ini adalah Misha dan tunangnya.


Berita gembira ini telah disampaikan oleh Misha sendiri ketika sidang media pelantikannya sebagai duta pertama jenama cat ternama tempatan, Colourland, bertempat di The Bee, Publika. Namun begitu, tarikh tepat majlis pernikahan masih belum ditentukan dan akan dibincangkan selepas Hari Raya kelak. Kata Misha:-



Alhamdulillah setelah ditangguhkan sekali lagi pada September lalu, akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk memilih Februari 2014 untuk menyatukan ikatan cinta kami. Namun tarikh sebenarnya belum lagi ditetapkan sehingga mereka berjumpa dan berbincang secara lanjutnya.

Kami memilih Februari tahun hadapan sempena genap dua tahun kami bersama setelah mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. Kebetulan kami berdua lapang pada bulan tersebut dan tidak terikat komitmen kerja. Harap-harapnya, semua berjalan lancar.


Semoga kali ini tidak akan ada halangan lagi buat Misha dan Firos untuk bergelar suami isteri. Diharap kedua-duanya akan mengosongkan jadual masing-masing demi hari bersejarah tersebut. Sama-samalah kita doakan agar segalanya dipermudahkan untuk bakal pengantin kita ini.
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu