http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

Memaparkan catatan dengan label Cerita Hidup ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Hidup ku. Papar semua catatan

20 Julai 2013

Yeahhhh Hadiah Sponsor GiveAway 10k MIA LIANA dah SIAP SEDIA!!!... yeahh2....

YEAHHH!!!...
RASANYA PENGUNJUNG2 BLOG MIA LIANA, BELOG CHEKGU SKOLAH.COM N BLOGGER2 YG MENYERTAI GIVEAWAY NIE DAH TAU KAN CHEKGU SEORANG DARIPAPANYA YG SPONSOR GIFT...

HAAAA NIE DIA.... GIVE AWAY NIE HAMPIR BERAKHIR N GIFT DARI CHEKGU DAH SIAP SEDIA!!!

JADI YG RASA2 NAK PELUANG UNTUK CHEKGU POSKAN  HADIAH2 NIE KE PAGAR RUMAH, SILA2LAH MENGAMBIL PELUANG UNTUK JOIN GIVEAWAY NIE....

KUNJUNGI BLOG MIALIANA.COM SEGERA!!!

SEBELUM TERLAMBAT N TERLEPAS HADIAH ISTIMEWA DARI CHEKGU NIE....


09 Julai 2013

Peningkatan Profesionalisme Kaunselor, Penulisan Ilmiah

Selamat Tengah Hari semua!!!

Hari nie, bermula jam 8 pagi tadi chekgu bertapa sekejap di Pusat Kegiatan Guru, Kepala Batas. Ada program Peningkatan Profesionalisme Kaunselor : Penulisan Ilmiah. Program ini mendapat kerjasama daripada pakar dari USM yg memberi penerangan tentang kaedah2 Penulisan Ilmiah.

Tapi sebelum slot tersebut bermula, chekgu dan kawan2 ade wat Ujian Personaliti +. Hehehe, chekgu dapat personalit jeng3... RAHSIA... Ada yg nak buat??? haaa nanti chekgu update tentang Ujian Personaliti nie yer.... huhuhu

Apapun, sebagai guru... chekgu dan kawan2 perlu sentiasa menambah ilmu dan kemahiran2 baru dalam diri supaya perfomance kat skul akan sentiasa terkini, berkesan dan terbaik. Segala2 jenis modul chekgu dan kawan2 kena jalani terlebih dahulu sebelum dipraktikkan kepada pelajar2. Fuyooo best2 jadi budak2....

Haaaa... kejap lagi chekgu dan kawan2 akan ikuti bengkel Penulisan Ilmiah pulak. Malam nanti chekgu update tau apa pengisiannya.... dannnn ada info2 baru dalam sistem pendidikan kitaaaa......

08 Julai 2013

Sibuk Tanpa Sedar

Selamat Petang semua!!!, kalau pagi tadi chekgu post entry masa dalam perjalanan ke Kemaman, Terengganu. Menghantar adik sambung belajar di Ranaco Education & Training Institute. Agak ramai ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak2 mereka belajar di sini. Tambahan pula fokus Ranaco adalah dalam bidang Maritim dan Perkapalan. Kiranya dahulu bidang tersebut kurang mendapat perhatian, namun sekarang para pelajar telah mula menyedari pasaran kerja dan pendapatan yang bakal diperoleh melalui bidang tersebut. Nanti kalau ada kesempatan chekgu akan bercerita berkenaan bidang Maritim dan Perkapalan dan peluang pelajar2 lepasan Ranaco.

Balik saje dari Terengganu, sampai dalam pukul 4 petang. Sekrng chekgu bertolak balik ke Penang semula. Esok chekgu ada seminar di Pusat Kegiatan Guru, adoiii agak kebusyan chekgu dibuatnya. Hurmmm... 

Namun apa yg mendebarkan chekgu adalah KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA LEPASAN STPM dijangka boleh disemak pada minggu ini. Chekgu sentiasa berdoa yg terbaik utk pelajar2 chekgu walaupun akhir2 nie chekgu tak boleh memberi tumpuan n mengikuti aktiviti mereka seperti biasa.

Apapun, chekgu yakin segala usaha dan harapan mereka akan terjawab dengan baik dan penuh kegembiraan nanti.insya-Allah.

Jadi minggu nie rajin2 lah merujuk di sini ya

Doakan juga perjalanan chekgu petang nie selamat sampai ke bumi Kepala Batas.... Sekrang masih di kawasan Jeli... urmmm

07 Julai 2013

Chekgu Bercuti vs Blog

Menjadi sorang guru dikatakan mempunyai cuti yang banyak dan lebih. Perkara itu chekgu tidak dapat menafikan kerana selain dapat bercuti ketika SKUL HOLIDAY, chekgu juga turut bercuti semasa cuti2 UMUM n "CUTI2 MALAYSIA, CUTI REHATKAN MINDA... BLA BLA BLA" huhuhu. 

Sekarang chekgu berada di kampung iaitu KELATE, gomo kelate gomo GKG!!!! GKG!!!... Chekgu bercuti sempena Sambutan Georgetown, Tapak Warisan Dunia. Kalau nak tau lebih lanjut tentang TAPAK WARRISAN DUNIA!!! ini bleh rujuk kat sini GRWHI.COM okay. 

30 Jun 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN, SUKBA 2013

Dua minggu lepas skolah chekgu seperti biasa ikut takwim skolah, ada SUKBA 2013. Apa tue???... Urmm... itu singkatan kepada Sukan Badawi sempena nama SMK Datuk Haji Ahmad Badawi. Bukan SUKMA tau, tapi kira adik beradik tak seibu tak sebapa tak senenek dan tak sedatuk jugak...
Tahun nie chekgu dapat tugasan sebagai Pegawai Balapan... Wahhhh2... pegawai tue namanya, tugasnya adalah

25 Jun 2013

eg-Tukar 0h KPM...

Sekarang, hari nie, semalam n sebenarnya dah berminggu2 cikgu2 duk berbincang2, berteka teki tentang KEPUTUSAN pertukaran yang tidak kunjung tiba. Masing2 dah mula rasa agak tensen, termasuklah CHEKGU sedikit sebanyak. Hari2, pagi petang siang malam duk tutup bukak laman EGTUKAR tue. Tapi keputusannya belum juga dapat... huhuhu....

17 September 2012

AKHIR2 INI

Setelah sekian lama aku tidak mempunyai fokus yang besar dalam kehidupan. Kalau adapun, fokus aku seringkali lari atau sengaja melarikan diri. Namun, sejak akhir2 ini aku mempunyai 2 fokus yang utama sering berlegar dalam pemikiran. Beberapa fokus sampingan juga kadangkal muncul sekadar menyerabutkan atau memberi semangat... huhuhu...

Apapun, dengan adanya fokus ini aku rasa setiap hari kehidupan terisi dengan matlamat. Terbukti dengan sendirinya, aku bukan seorang yang gemar berjalan-jalan ke sana sini tanpa mempunyai alasan yang kukuh. Bagi aku, merebahkan diri di rumah sambil melayan keperluan fokus aku di internet lebih baik. Aku lebih sennag begitu.

22 Jun 2011

Sesepi Hidup Ini....

Tak mampu untuk ungkapkan, apakah ini satu keletihan yang terpendam. Mungkin satu kejemuan yang sememangnya ku tahu namun tidak mampu mengerti. Mungkin juga kekesalan yang menghimpit tanpa ku tahu wujudnya. Hanya yang mampu ku nyatakan, sekalipun air mata ini berdarah. Keletihan, kejemuan dan kekesalan ini sering memburu walau aku tidak membenarkan ianya hadir.

Maafkan.....

25 Februari 2011

Kehidupan Aku Kini

Assalamualaikum....

Masa berlalu terlalu cepat. Tanpa aku sedari sudah hampir 3 bulan berada di Pulau Mutiara ini. Tak pernah aku terfikirkan untuk memulakan karier aku di sini. Namun hakikatnya aku dapat merasakan ada kegembiraan yg semakin hari mendatangi aku. SMK Datuk Hj Ahmad Badawi memberikan aku satu inspirasi utk terus unggul sebagai seorang guru umumnya dan seorang kaunselor khususnya.

Dalam masa 3 bulan pertama ini juga banyak perkara yg telah aku lalui. Perkara2 tersebut memberi aku semangat utk menjadikan karier sekarang ini menarik dan membanggakan. Walaupun ada sesekali aku merasa sangat merindui impian dan cita-cita aku yg tertinggal sebagai sebahagian daripada sejarah dan mungkin akan terus menjadi sejarah.

Aku juga merasa bertuah kerana bukan sahaja aku terlibat dalam aktiviti di sekolah. Namun penglibatan aku juga mula di perlukan di peringkat PPD Seberang Perai Utara ini. Semua ini telah membangkitkan rasa yg positif utk aku melangkah jauh ke hadapan. Insyallah suatu hari nanti aku akan menjadi seseorang yg selama ini aku impikan.....

02 Januari 2011

Dalam Perhatian.... Kawasaki Ninja or Peugeot

Sekarang aku masih tidak ada kenderaan utk membantu aku ke mana2.... jadi aku menyimpan satu harapan, kalau aku nak beli kenderaan aku kena dapatkan apa yg aku minat. Dalam byk2 jenis kenderaan aku paling minat Superbike.... aku macam2 mana pun nak dapatkan jugak Superbike.... Ini model yg aku target... Kawasaki Ninja... semestinya warna hijau, warna kegilaan aku utk semua benda


Kemudian, kawan2 aku kata kalau hujan camne.... hurmmm aku pun mula berfikir, kena beli kereta jugak la.... Tapi aku kalau nak beli kereta hanya Peugeot yg jadi pilihan. Tapi agak mahal la pulak... Fikir punya fikir.... mungkin untung yang dapat melalui Butik Pengantin aku n Konsultan yg akan beroperasi tak lama lg mampu membantu... maklumlah gaji sebagai guru kecil ajer.... Aku mahu dapatkan ini... Peugeot 207 Sedan

Sama2 doakan aku yer.... pastu kepada org2 kelate wat la tempahan byk2 kat bridal aku... yg lain2 negeri bleh tempah hantran ke, kraftangan ker hehe...

Salam Tahun Baru..... 2011

Tahun 2011 sudah pun menjelma, aku ingat sempena tahun baru nie aku mahu menulis n menjaga blog aku nie supaya tidak berswang n berhabuk huhuhu.... Aku akan hupdate la apa2 cerita yg mahu di kongsi bersama...

Oh ya... tahun 2011 nie aku sudah mula berkerjaya sebagai seorang Guru di SMK Datuk Haji Akmad Badawi kat Kepala Batas, Pulau Pinang. Nampaknya mmg nasib aku la yg telah ditakdirkan utk menjadi seorg guru.... Apa nak buat.

Tapi aku sedikit terkilan kerana selalu menyusur sahaja aliran air yg mengalir tanpa singgah pada mana2 teluk yg aku rasa punya harapan utk aku mencapai impian yg lain. Maksud aku, byk peluang yg aku peroleh utk lari dari bidang penguruan namun aku tidak pernah mengejar dengan baik. Bukan apa aku cuma bimbang yang dikejar tak dapat yang di kendong keciciran.

Yang paling latest, aku di tawarkan sebagai Pegawai Psikologi di UPNM.... namun aku mendapat call supaya hadir sehari sebelum mesyuaratpertama di sekolah tempat aku akan berkhidmat. Di sebabkan jarak yg sangat jauh aku pendakan sahaja. Walau hampir meletup jantung aku, n hanya tuhan yg tahu bagaimana perasaan aku. Aku biarkan saje hari itu berlalu. Dan esoknya aku pergi ke sekolah seperti biasa utk meeting pertama....

Saat yg aku sedih jugak, mengenai kontrak sebagai Jurulatih PLKN. Selepas meeting aku jumpa PK Pentadbiran n Pengetua minta pendapat. Mereka menyarankn supaya tidak menyambung kontrak itu n hanya tumpu pada sekolah. Apapun aku akur kerana byk aku perlu belajar utk menjadi guru yg baik kerana aku telah berada dalam bidang ini.... Aku terpaksa mengucapkn selamat tinggal kepada PLKN..... muahhh....

Apapun, skrg fokus aku adalah utk menjadi guru yg baik.... aku akan bekerja dengan sehabis daya agar mampu menjadi contoh kepada anak didikku... walau ini bukan cita2 aku namun seperti yg aku pernah katakan dulu... Kalau aku di langit aku akan menjadi bintang, kalau aku di laut aku akan menjadi pulau n kalau aku di darat aku akan menjadi gunung... Hurmm.... Insyallah aku boleh...

29 Oktober 2009

Aku Merindui Saat2 Dulu Demi Kerana "CIKGU"

Sudah hampir 4 tahun sudah aku berada di UPSI nie.... menjelang awal tahun depan aku akan menjejakkan kaki ke sekolah utk Latihan Mengajar selama 4 bulan lebih.... Maka saat itu bergelar la aku seorang Guru pada panggilan anak-nak pelajar "Cikgu.... Demi semua itu, aku terkenang kembali waktu2 aku sekolah dahulu... sangat skema orangnya, tak kenal warna warni kehidupan luar.... Tatkala aku menjejakkan kaki di bumi Tg Malim dan bertemu pelbagai ragamam kawan2... aku mula mencorakkan kehidupan dengan sepenuhnya warna... kadang2 warna yg aku corakkan sangat buruk dan tak mau dipandang aku sendiri pun.... Namun dalam aku menjalani warna warni hidup itu, aku juga memilih corak2 yg harus aku terus sempurnakan dalam diri seorang aku yg bernama "FAIZ" ertinya "BERJAYA".... ya aku ingin mejadi seorang yg berjaya....

Demi kerana aku akan bergelar "CIKGU" juga aku merindui diri aku yg dulu... walaupun kelihatan naif namun itulah aku.... Aku menyadari, sekarang aku berlainan hanya pada luaran... namun dalaman aku masih lagi seperti dulu.... kerana itulah aku.... Ya, aku akan kembali seperti itu... biarlah apapun panggilan.... Mat Jiwang huhuhu.... Mat Skema... hahaha....oh ya aku teringat panggilan kawan2 kepada aku sepanjang form 1 sampai la form 5.... tak pernah aku citerkan kat sape2..... diorang panggil aku Sultan Mohamad Jiwa... semuanya sebab belajar Sejarah n ada nama tue yg Jiwa belakangnya..... sbb aku nie suka tulis2 puisi n skema... maka lekatlah nama Sultan Mohamad Jiwa utk ku hahaha.... sekarang aku hanya tersenyum n ketawa sendiri.... rindu akan panggilan itu huhuhu.....

Hmm... beginilah aku masa sekolah dulu, sperti dalam gambar huhu... pakaian jer lain... rambut n spek dah sama hahaha.... tue masa Form 1 to Form 5.... form six still skema tp kurang sikit.... Sampai UPSI lansung aku berlainan sekali..... bermacam2 gaya aku mencuba.... pelbagai ragam n perangai aku praktikkan.... namun itu bukan aku.... sekadar cubaan luaran... dalaman????? hmm kini aku rindui diri yg dulu..... kembali pada yg asal...... Bye2 semua.... bye skali dengan kawan2 di UPSI.... aku syg korang semua yg corakkan aku kepada byk warna.... corak2 korang yg cantik akan ku bawa bersama..... dan yg perlu aku tinggalkan, harus aku biarkan terkubur di bumi bertuah Tg Malim ini.....

Tiba2 Rindu kat Bieb.... Apakan daya Mungkin yg Tak Mungkin


Bila aku tertengok gambar nie masa nak susun folder.... tiba2 aku rindu kat Bieb, lama tak bersua, kat Ym pun dah hampir 2 minggu dia tak online atau aku tak terperasan dia online...

Apa2 pun aku harap Bieb sentiasa happy n ceria sbb aku suka tgk dia gembira walau untuk apa jua keadaan pun...

Terlalu Sibuk....

Hmm... sudah agak sekian lama aku tidak menjengah ke sini utk menulis. Bukan tidak ingin tapi tidak sempat. Agak kesibukan sedikit akhir2 nie... Menyudahkan tugasan2 semester nie, siapkan data2 tesis n penulisan ilmiah... sangat memenatkan... tambahan pula, aku kerja di Institut Peradaban Melayu UPSI... lagi menguji aku punyer pencaturan waktu....

Hmm, walau apapun... semua itu hampir berlalu... tinggal sikit lagi utk di habiskan termasuk kenangan2 di UPSI yg harus di cipta.... Hmm tak mau tulis la... just nak letak gambar masa malam pragraduan budak2 BnK 06/07




05 September 2009

Hmm... pengalaman....

Hmm... nampaknya blog aku nie bakal berubah wajah lg.... tp bukan cover dia la dowh.... just penulisan aku kot.... boring rr asyik2 sama.... aku kali nie nak citer pengalaman2 yg lebih ilmiah n bersulam dgn lawak2 lucu pulak..... jiwang2??? tak tinggal.... sbb apa??? coz pencarian tak berakhir lg... so still dalam penantian... tp nak baca semua tue jenguk2 kat Blog ke-2 la ekk... Blog nie cakap, dia dah muak lorrr... aku asyik bg dia makan ayat2 jiwang.... hmm, ape kes kritik2 aku plak... sebat kang....

klah... nie pengalaman yg terbaru baru2 nie... masih lg baru n tak la baru sgt (sorry aku suka membelit2kan diri nie... kihkihkih)

Ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman

hmm... utk melengkapkan kajian aku untuk tesis dr aspek persekitaran keluarga... maka terjatuhlah aku di bumi Hulu Yam Bharu (ingatkan jauh tp rupanya jauh).... bertempat di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman yang bernaung bawah Majlis Agama Islam Selangor..... Aku pergi edarkan soal selidik utk penghuni2 lelaki disana.... sikit jer yg ada kat sana.... tp ape2 hal pun dpt la jugak aku kumpul sikit2 data....

apa yg lebih penting adalah pengalaman yg aku perolehi kat sana apabila berpeluang berbicara dengan mereka.... byk persoalan2 ditimbulkan... aku cuba menjawab dengan tenang dan sampaikan dengan cara seorang kawan yg baik.... umur mereka pun dalam 13 hingga 27 tahun... jd perlulah aku pandai berkata2 demi menjaga keharmonian bersama....

oh ya, yang pergi bersama aku hari tue adalah zaini... sbb dia yg bawak aku kesana.... huhuhu.... terbang wooo.... n dia pun turut sama melayan penghuni2 kat sana.... hmm, masing2 berkongsi pengalaman n pendapat.... masing2 di uji n menguji.... soalan yg paling power aku dapat dr diorang...

"apa pandangan abg terhadap kami kat sini sbg masyarakat kat luar?"

aku jawab
"sy positif dgn semua semua itu.... sbb pengalaman manusia adalah berbeza sbb tue kita unik.... ada yg sy lalui awk tidak... ada yg awk lalui sy tidak... apa yg penting kita pandai menyusur arus kehidupan.... kadang2 dalam dunia nie ada dua kesedaran... samada kita sedar sendiri atau org lain yg sedarkan kita... tp kedua2nya adalah peluang yg sama dan baik utk kita andai kita pandai menghargainya.... dan awk semua disini mungkinberpeluang lebih baik dari sy utk membentuk sahsiah diri... tuah manusia berbeza, ada cepat ada lambat tp semuanya bertuah kalau kita tahu menjadikan diri kita lebih berharga..... yg ptg pandailah membuat pilihan dalam hidup sbb pilihan ada pada diri kita sendiri....." n bla,bla,bla sampai aku tak sedar diri..... n tiba2

soalan tahap maksima power....

"abg ada adik perempuan, kalau saya nak kawin dgn adik abg camne"

tergugat nilai kemanusiaan aku hehehe.... tp aku cool n menjawab

"sy tak memandang kisah silam itu sbg penghalang individu itu sekarang sekiranya dia benar2 berubah n mungkin perubahan itu menjadikan dia lebih baik dari individu2 lain.... apa yg ptg berbalik kepada diri kita sendiri utk membuat penerimaan n pemilihan... kalau kita boleh memilih utk menjadi jahat kita juga boleh memilih utk menjadi baik.... dan yg menjadi baik itulah lebih senang n membahagiakan berbanding pilihan sebaliknya yg sukar n memudaratkan..... jd terpulanglah pada diri kamu sendiri, utk apa hendak mengahwini adik sy... utk jdkan dia isteri yg baik, solehah n berbahagia atau menjadi hamba, tidak elok dan menderita.... itu yg sy boleh sampaikan...." n bla2222222... tak sudah2

sedar tak sedar masa kian berlalu sampai pukul 4.... so aku pun minta diri untuk bersurai.... ape pun pengalaman sebegini sgt indah n mengajar aku byk perkara dalam mendidik diri sebagai seorang kaunselor yang baik n berkesan....

31 Ogos 2009

Kita Semakin Hampir untuk Kita Semakin Jauh 1

Kita semakin hampir untuk kita semakin jauh
setelah berpenat lelah kita bersama-sama
mendaki untuk menuju ke puncak
meredah untuk mendapat lapang dan terang
jauh kita pergi dan kita semakin hampir
namun dalam sedar sebenarnya
ia semakin membuka jalan untuk kita semakin jauh

Tinggal beberapa langkah untuk kita terus melangkah
bezanya nanti kita tidak lagi melangkah bersama
berpijak pada tapak yang sama
menjunjung pada bumbung sama
kita bakal menginjak pada tanah bumi yang lain
kita akan berpayung bawah lembayung langit yang lain
namun kita membawa gelaran nama yang sama
kita membawa perjuangan yang tiada bedanya

Akan berbisik beberapa lagi patah bicara
sebelum kita terus berkata-kata
bukan lagi sesama kita dan tiada lagi gelak tawa bersama
kata-kata pada insan yang berbeza
membina impian dan harapan yang serupa
untuk ke mercu, puncak dan persada
seperti kita dahulu, seawal mengusung mimpi
demi mencatur hidup yang hakiki

Masih ada sejejak jarak untuk kita camtum kembali
sebelum ia menjadi kelopak layu tak bertepi
bukan beerti kita perlu mengalah pada hakikat
namun demi sesaat yang tertinggal ini
harus kita menjejak ruang, menggunakan peluang
pada yang luka tak usah ditinggalkan duka
pada yang duka jangan dibiarkan hampa
biar luka dan duka itu sembuh bersama
kerna sejejak jarak itu, andai bercantum
seribu makna buat hati aku, dia, kamu dan mereka

Dalam coretan dongengan akhir ini
akan berceritalah beberapa kisah dan butir bicara
yang hakikat ada, namun kita mencuba untuk melupakan
namun semakin kita berlari semakin ia dekat menghampiri
apatah lagi kita semakin hampir untuk kita semakin jauh
kisah luka kisah duka
cerita bahagia cerita ceria
bicara tawa bicara gembira
hakikatnya kita tahu akan berakhir
untuk filem lakonan kita bersama
lantas coretan dongengan akhir ini akan terungkap
kisah, cerita dan bicara


Belum penghujung dan kita sudah lama terperangkap
dalam jerat yang saban waktu kita sendiri menjerat
lantas kita jua yang terjerat dan jerut masa itu
takkan lepas sia-sia begitu sahaja
melainkan pengorbanan yang besar harus terkorban
dan kita tidak pernah tersedar untuk menyedari semua
kini hampir ke penghujung dan kita makin hebat diikat
pada tali yang tak pernah kenal perhubungan
tali hati yang kita sendiri pinjam dari jiwa parah
entah terlerai atau elok terbiar tanpa relai

Itu kisah luka mereka yang memendam duka
tanpa sedar hampir ke persada
titian pelabuhan untuk kita berpisah kian nyata
namun yang terluka masih berdarah bisanya
dan yang berduka masih terkesan kecewanya
tinggalkan kisah luka dan duka ini
kita berbisik pada cerita yang lain
dalam filem yang sama mungkin pelakon berbeza



bersambung........

14 Ogos 2009

Jom Sama2 Kita Mendermakan Buku

Warga UPSI semua boleh menyumbangkan buku dgn meletakkan dlm kotak yg di sediakan di pintu masuk Bitara Siswa mulai 17 -24 Ogos ini.....

Apa2 Buku n Bahan Bacaan pun boleh..... terima kasih atas sumbangan anda semua.....


dr kami kump program utk Konsultasi dalam Kaunseling ( Faizz, Ikmal, Zaza, Wan Zakiah, Zetty, Muslim Aida, dan Fam)

09 Ogos 2009

Sudah 1/2 Sem......

hmm.... untuk semester nie dah tinggal separuh lg nak habis, bermakna separuh jugalah aku akan ada di UPSI lg. Lepas tue aku akan berpraktikum, kalau takd aral kat SMK Trolak Selatan.... Maknanya, still ada separuh tahun lg utk aku habiskan tahun akhir nie.... Tamatkan pelajaran peringkat ISPM.... tp tak bermakna pelajaran ku tamat di peringkat ini.....

Apapun, aku dah mula terkenangkan perkara2 yg telah aku lalui semasa di sini.... hmm byk yg terakam di ingatan namun tak byk di lensa kamera... Sudah hampir 4 tahun di sini..... byk sgt2 kenangan, sayu pulak bila sambil2 gelak2 ngan kawan2 kali nie aku terbayangkan saat2 camtu sukar utk terulang lg bila semua dah membawa haluan masing2 membina kerjaya.....

Sudah 1/2 sem nie, aku harap semuanya berjalan lancar n happy kerna masih ada separuh masa lg utk kami bersama.... Lepasnie bila mula praktikum iaitu awal tahun depan kita kan mula terpisah2 n maybe masa konvo jumpa kejap then lepas tu semua.......... ahhhh, bayangkanlah sendiri.....

utk separuh masa yg ada lg nie, aku ingin mengucapkan selamat kita menghargai sebaik-baiknya kpd kawan2 ku terutamanya kpd ZAINI, IMAN, EPY, HAN, ARIE (jmk), ROBIN, MAEL, MUSLIM AIDA, FITI, SUE, ELA, ZAZA (jmk), dan semuanya yg still ada bersama2 atau tiada..... Aku sayang kamu semua.....

09 Mei 2009

Boring nyer...

Exam dah takde.... time2 camni la terasa cam nak bace nota plak... masa exam tak mau huhuhu....byk kawan2 dah balik kg... tp aku belum lg... keba settle kan kerja2 utk program MAKSA dulu... pastu 12hb aku balik jap... tu pun sbb sekolah lama aku suruh aku wat program... leh la jenguk kg kejap... then 18 aku dtg UPSI balik utk teruskan kerja2 tuk MAKSA nanti....

sampai1 jun pergi MAKSA iaitu mahasiswa ke desa...ala2 baktisiswa la jugak.... hmm, aku punye portfolio kali ni cam biasa la yg tetap Naib S/U pastu merangkap Unit Jemputan, Sambutan dan Protokol... hmm mmg saje jer nak suruh aku berprotokolkan.... ambik korang nanti huhuhu..... n then pengacara utk malam kebudayaan... kononnya aku ni paling vouge la bila mengacara sbb tu suruh aku.... ala2 cam aznil hj nawawi la kan hehehe......

habis MAKSA 6hb, tak leh balik lg... kena tunggu utk Kursus Pemantapan JMK UKLK baru bg sesi 09/10..... aku dah jd mantan dah huhuhu... bye2 UKLK cedeynye nak tinggalkan semua ni... byk sgt2 memori indah bersama2... program tu 10hb sampai 15hb.... so nak tak nak, mau tak mau 16 or 17hb baru lah bleh lepak2 dgn senang hatinya kat umah.... eh senang hati ke??? maunye, coz seminggu dua lepas tu nak bukak sem baru..... minggu pertama dah kena bentang proposal utk kelulusan waaaaaaa!!!!! kena prepare awal... yer la, mesti aku nak yg sempurna n terbaik kan.... susah org perangai cam aku nie huhuhu......

hmmm... takpe sebelum aku balik 12hb ni aku ingat 11hb tu nak jumpa penyelia aku Dr Jaz.... nak dpt gak la tip2..... wah semangat betul aku ni..... pastu akan bermulalah era baru sem 7.... aku akan tumpukan pada akademik pulak sem ni.... dah terlalu letih dah nak join pelbagai aktiviti...... okay kita tgk asem depan camne huhuhu... seee u

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu