http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

08 Julai 2013

Sibuk Tanpa Sedar

Selamat Petang semua!!!, kalau pagi tadi chekgu post entry masa dalam perjalanan ke Kemaman, Terengganu. Menghantar adik sambung belajar di Ranaco Education & Training Institute. Agak ramai ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak2 mereka belajar di sini. Tambahan pula fokus Ranaco adalah dalam bidang Maritim dan Perkapalan. Kiranya dahulu bidang tersebut kurang mendapat perhatian, namun sekarang para pelajar telah mula menyedari pasaran kerja dan pendapatan yang bakal diperoleh melalui bidang tersebut. Nanti kalau ada kesempatan chekgu akan bercerita berkenaan bidang Maritim dan Perkapalan dan peluang pelajar2 lepasan Ranaco.

Balik saje dari Terengganu, sampai dalam pukul 4 petang. Sekrng chekgu bertolak balik ke Penang semula. Esok chekgu ada seminar di Pusat Kegiatan Guru, adoiii agak kebusyan chekgu dibuatnya. Hurmmm... 

Namun apa yg mendebarkan chekgu adalah KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA LEPASAN STPM dijangka boleh disemak pada minggu ini. Chekgu sentiasa berdoa yg terbaik utk pelajar2 chekgu walaupun akhir2 nie chekgu tak boleh memberi tumpuan n mengikuti aktiviti mereka seperti biasa.

Apapun, chekgu yakin segala usaha dan harapan mereka akan terjawab dengan baik dan penuh kegembiraan nanti.insya-Allah.

Jadi minggu nie rajin2 lah merujuk di sini ya

Doakan juga perjalanan chekgu petang nie selamat sampai ke bumi Kepala Batas.... Sekrang masih di kawasan Jeli... urmmm

Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu