http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

15 Julai 2013

ADUH: KEKASIH HAFIZ HAMIDUN DIRAMPAS ORANG!!!

HAFIZ HAMIDUN TELAH PUTUS DENGAN KEKASIHNYA. HAFIZ TIDAK JADI MEMINANG KEKASIHNYA KERANA SUDAH BERKAHWIN DENGAN LELAKI LAIN.

Itulah yang dikatakan tidak ada jodoh, kita hanya merancang dan tuhan saja yg dapat menentukan. Tapi chekgu plak sampai ke saat ini tidak merancang apa2 pun lagi berkaitan dgn jodoh2 nie... hehehe... Membujang selamanya kah???
Apa2pun chekgu merasa simpati dengan apa yg berlaku kepada penasyid kegemeran chekgu nie... Kenapa??? sebab mestilah dia merasa satu perasaan yg kureng digemari oleh raaaamaaiii orang iaitu>>>

KECEWA! Itulah perasaan yang dihadapi oleh penyanyi dan komposer terkenal Hafiz Hamidun kerana terpaksa melupakan hasrat untuk meminang kekasihnya dari Indonesia apabila wanita tersebut sudah pun berkahwin pada April lalu.

Menurut Hafiz melalui Mstar online, sepatutnya dia dan keluarga telah merancang untuk menunaikan umrah di Mekah dan pada masa sama berjumpa dengan keluarga wanita berkenaan yang menetap di negara Arab itu pada Mac lalu.

Bagaimanapun sebelum bertolak, Hafiz diberitahu kekasihnya itu sudah dipinang orang.

“Kami sudah hampir setahun berhubungan. Tetapi nak buat macam mana, tak ada jodoh.

“Tak sangka, ketika saya dan keluarga hendak ke Mekah, bekas kekasih memberitahu melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) dia akan bertunang dan berkahwin dengan orang lain.

“Saya kecewa, tetapi akur bahawa dia bukan jodoh saya. Bapa wanita itu memberi alasan yang dia ingin mengahwinkan anaknya dengan lelaki sebangsa dan pada masa sama menetap di Mekah.
Namun walaubagaimanapun, baru-baru ini Hafiz telah diperkenalkan dengan seorang wanita ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya dan terus melamar wanita itu.

“Benar, saya melamar dia masa itu juga selepas terpaku melihatnya. Dia pun terkejut dan menerima lamaran itu.

“Tetapi kami memberi peluang mengenali diri masing-masing dalam tempoh masa beberapa bulan sebelum merancang untuk berkahwin pada awal tahun depan.

Tak apa lah Hafiz.. Sebaik mana perancangan kita, hebat lagi perancangan Allah. Hafiz tiada jodoh dengan dia (kekasih lama). Namun Allah gantikan dengan yang lain.

Semoga hubungan dengan kali akan berkekalan. Semoga hubungan Hafiz dan pasangan akan dipermudahkan Allah.

Dan semoga moga chekgu jugak cepat2 dipertemukan jodohnya... Nak yg camnie hurrmmmm yg camtue hurmm.... ishhh tak mau2, nak yanggggggggg................
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu