http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

19 Julai 2013

Respon Chekgu - Sajak Dayana Isteri Ashraf Muslim

Dua hari nie chekgu ada membaca beberapa komen rakan2 tentang sajak luahan rasa (mungkin lebih kpd bait2 madah rasanya)... Terdapat byk byk byk banyakkk komen2 dan respon dari seluruh Malaysia dan dunia luar (tp masih kat bumi la)... Kadang2 chekgu naik pening dengan sesetengah komen yg dimasak tidak secukup rasa, main campak2 sesuka emosi sahaja. Ehhhhhhh nanti dulu, chekgu tak sokong mana2 ya. Chekgu pun blum KAWIN lagi u knoe.... hehehe.... Orite, sebelum chekgu respon, mai kita hayati dulu madah2 Dayana nie...
Chekgu bukan nak komen pasal kes Dayana n suaminya yg fofular itu. Chekgu nak respon pada komen2 mereka yg membacanya (lepas nie chekgu plak yg kena KOMPLEN). Tapi tak apalah, chekgu sekadar menulis. 

Pertama, ramai yg memberi komen marah2, kutuk si suami n bagusnya ramai yg beri kata2 semangat untuk si isteri (PRIHATIN2). Tapi dalam kita duk keluarkan luahan rasa sendiri, ada yg terkeluar macam nie lebih kuranglah, PUKUL RATA ya. "MINTAK2 LAH KITA SEMUA (isteri2) DIJAUHKAN DARI MENDE MENYAKITKAN HATI NIE (bermadu)..."... "LELAKI SEMUA SAMA SAJER... TAK TAU BERSYUKUR, TAK CUKUP SATU..." "KALAULAH SUAMI AKU, DAH LAMA MATI AKU KERJAKAN.." dan lain lain lain lain lagi....

Hurmmm... dalam kes Dayana n suami nie chekgu tak ambik pot sbb tak tau apa sebenarnya punca n sebab. Biasalah artis kan. Jd sebagai orang yg tak tau chekgu tak mau komen sbb... urmmm tak mau cakap, nanti orang cakap perasan alim plak...

Orite apa pun chekgu nak semua muhasabah balik dengan membaca nie.... maybe semua dah tu tp terlupa...

Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Akram Sabri berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya.

"Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129," katanya.

Faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah : isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya.

Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai.

"Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.

"Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak,"

Secara peribadi, chekgu bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Imam Al-Aqsa wanita berhak menolak poligami. Alasan beliau mengatakan perkara tersebut adalah atas sebab ramai suami-suami diluar sana yang tidak mampu memberikan nafkah zahir, batin dan gagal melaksanakan tanggungjawab yang baik kepada isteri. Bagaimana hendak berpoligami? seorang isteri pun sudah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab. Islam meletakkan hukum haram kepada lelaki yang ingin berkahwin tetapi tidak mampu menyediakan nafkah dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.

Ramai suami atau lelaki yang ingin berpoligami berhujah dengan mengatakan :

"Poligami ini adalah sunnah Rasulullah saw, tiada siapa ada hak untuk menghalang sunnah nabi, barang siapa yang menghalang sunnah nabi, maka dia bukan dari kalangan umat nabi". 

Jangan sesekali menggunakan nama Rasulullah untuk menghalalkan tindakan tersebut, kalau kita lihat balik dari sejarah Rasulullah berpoligami, jauh berbeza dengan orang sekarang berpoligami. Rasulullah berkahwin 10 orang wanita, 1 orang anak dara dan 9 orang lagi adalah janda. Rasulullah berkahwin bukan sebab keinginan seks, tetapi Baginda berkahwin atas sebab rasa bertanggungjawab dan rasa belas kasihan terhadap isteri-isterinya. Rasulullah mampu melaksanakan segala tanggungjawabnya sebagai suami dan memberikan kasih sayang yang sebaiknya kepada semua isterinya.

Bagi suami-suami yang ingin berpoligami dan yang telah berpoligami, cuba tanya diri sendiri : “Mampukah aku berpoligami seperti sunnah Rasulullah saw atau selama aku berpoligami adakah aku mengikuti sunnah Rasulullah saw? Kalau jawapannya keluar dari benak fikiran anda semua seperti : “Aku tidak mampu dan selama ini aku telah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami yang baik”. Maka lebih baik jangan berpoligami, sebab poligami anda nanti akan mendatangkan dosa dan ancaman dari Allah sahaja bukan mendapat pahala mengerjakan sunnah Rasulullah. Kepada yang sudah berpoligami, perbetullah segala kesilapan yang telah dilakukan, masih belum terlambat dan Allah sentiasa membukan pintu taubat seluas-luasnya bagi sesiapa yang ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

DAN AKHIR SEKALI BERBALIK KEPADA KOMEN2 PEMBACA TENTANG SAJAK DAYANA, BACALAH PERINGATAN INI....
Kepada semua para wanita atau isteri jangan sesekali membenci poligami dan menghina amalan tersebut, sebab amalan tersebut tidak salah dan ia menjadi sunnah Rasulullah saw, yang salahnya ialah lelaki yang tidak berkemampuan berpoligami dan mengabaikan segala tanggungjawabnya terhadap isteri tuanya dan anak-anaknya. Perbetulkan hujah anda semua wahai wanita, jangan disebabkan hujah anda semua Allah melaknati anda kerana menyalahkan sunnah Rasulullah saw yang menyebabkan rumahtangga anda rosak.

KITA TIDAK PERNAH TAHU APA YG BERLAKU KEPADA PASANGAN YANG BERDEPAN ISU POLIGAMI. JADI JANGAN MUDAH UNTUK MELETAKKAN KEBENCIAN PADA SATU2 PERKARA DEK KERANA KITA SENDIRI YANG TAKUT DAN TIDAK TABAH UNTUK MENGHADAPI. sama seperti kita mengeluh apabila hujan turun di saat2 kita hendak melakukan sesuatu diluar... "AHHHH HUJAN LA PULAKKKK ADUSSS..." sedangkan pabila Allah menurunkan air dari langit kita perlu ucapkan SYUKUR ALHAMDULILLAH... mungkin bumi lebih memerlukan.... dan Allah lebih mengetahunya...

SEKIAN.....
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu