http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

10 Julai 2013

PENGUMUMAN : KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN STPM /MATRIK /ASASI /STAM /DIPLOMA & SETARAF

Selamat berbuka semua kepada yg telah berbuka. Chekgu tengah prepare2 nak hadapppp juadah yg chekgu BELI kat Bazar Ramadhan Bandar Putra Bertam tadi.

Haaa sekrang chekgu nak umumkan satu berita yang ditunggu2 oleh lepasan2 STPM /MATRIK /ASASI /STAM /DIPLOMA & SETARAF terutama mereka yg tamat pengajian Pra-U pada awal tahun nie. Maka dengan rasminya UPU telah mengumumkan tarikh keputusan yang bakal dikeluarkan.

LIHAT SINI >>>>

SLAMAT BERPUASA semua!!!

Assalamualaikum semua....

Sekarang baru chekgu ada kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pengunjung2 belog chekgu.  Semoga kamu semua dapat jalani ibadah puasa ini dengan baik dan sempurna. Jangan ponteng2 k....

Minggu depan chekgu nak bagi DUIT RAYA kepada mereka2 yg bertuah. SIAPA SETUJU????...

09 Julai 2013

Peningkatan Profesionalisme Kaunselor, Penulisan Ilmiah

Selamat Tengah Hari semua!!!

Hari nie, bermula jam 8 pagi tadi chekgu bertapa sekejap di Pusat Kegiatan Guru, Kepala Batas. Ada program Peningkatan Profesionalisme Kaunselor : Penulisan Ilmiah. Program ini mendapat kerjasama daripada pakar dari USM yg memberi penerangan tentang kaedah2 Penulisan Ilmiah.

Tapi sebelum slot tersebut bermula, chekgu dan kawan2 ade wat Ujian Personaliti +. Hehehe, chekgu dapat personalit jeng3... RAHSIA... Ada yg nak buat??? haaa nanti chekgu update tentang Ujian Personaliti nie yer.... huhuhu

Apapun, sebagai guru... chekgu dan kawan2 perlu sentiasa menambah ilmu dan kemahiran2 baru dalam diri supaya perfomance kat skul akan sentiasa terkini, berkesan dan terbaik. Segala2 jenis modul chekgu dan kawan2 kena jalani terlebih dahulu sebelum dipraktikkan kepada pelajar2. Fuyooo best2 jadi budak2....

Haaaa... kejap lagi chekgu dan kawan2 akan ikuti bengkel Penulisan Ilmiah pulak. Malam nanti chekgu update tau apa pengisiannya.... dannnn ada info2 baru dalam sistem pendidikan kitaaaa......

08 Julai 2013

Sibuk Tanpa Sedar

Selamat Petang semua!!!, kalau pagi tadi chekgu post entry masa dalam perjalanan ke Kemaman, Terengganu. Menghantar adik sambung belajar di Ranaco Education & Training Institute. Agak ramai ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak2 mereka belajar di sini. Tambahan pula fokus Ranaco adalah dalam bidang Maritim dan Perkapalan. Kiranya dahulu bidang tersebut kurang mendapat perhatian, namun sekarang para pelajar telah mula menyedari pasaran kerja dan pendapatan yang bakal diperoleh melalui bidang tersebut. Nanti kalau ada kesempatan chekgu akan bercerita berkenaan bidang Maritim dan Perkapalan dan peluang pelajar2 lepasan Ranaco.

Balik saje dari Terengganu, sampai dalam pukul 4 petang. Sekrng chekgu bertolak balik ke Penang semula. Esok chekgu ada seminar di Pusat Kegiatan Guru, adoiii agak kebusyan chekgu dibuatnya. Hurmmm... 

Namun apa yg mendebarkan chekgu adalah KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA LEPASAN STPM dijangka boleh disemak pada minggu ini. Chekgu sentiasa berdoa yg terbaik utk pelajar2 chekgu walaupun akhir2 nie chekgu tak boleh memberi tumpuan n mengikuti aktiviti mereka seperti biasa.

Apapun, chekgu yakin segala usaha dan harapan mereka akan terjawab dengan baik dan penuh kegembiraan nanti.insya-Allah.

Jadi minggu nie rajin2 lah merujuk di sini ya

Doakan juga perjalanan chekgu petang nie selamat sampai ke bumi Kepala Batas.... Sekrang masih di kawasan Jeli... urmmm

Dunia Oh Dunia : Dimana Mursi Ketika Ini? Dan Bagaimana Nasib Isteri Dan Anaknya?

Selamat pagi semua!!!, pagi nie chekgu bertolak ke Kemaman, Terengganu. Sekarang masih lagi dalam perjalanan meredah kegelapan pagi hari. Hurmm, kehitaman suasana membuatkan chekgu terfikir jika tiada cahaya lampu menerangi, sudah pasti kita hanya mampu melakukan kerja dengan jangkaan2 sendiri sahaja, tanpa ada petunjuk yang jelas.

Itu banyak berlaku dalam kehidupan manusia sejagat sekarang nie. Lihatlah betapa rakusnya masyarakat barat merancang seribu satu agenda untuk menjatuhkan kelompok2 masyarakat @ negara Islam. Namun kerana kegelapan yang melanda manusia2 yang gagal memahami erti kehidupan ini hanyalah sementara, sanggup untuk melakukan kerja2 dalam kehitaman suasana. Sanggup memberi hukuman pada jangkaan2 yang tidak jelas. Walaupun mereka2 yang terhukum adalah saudara sendiri.

Sebak chekgu rasa, mengikuti perkembangan krisis yang berlaku di BUMI MESIR. Sehingga ke saat ini masih belum ada berita yang jelas mengenai seorang pemimpin yang pernah kita mengucapkan rasa syukur saat2 kemenangannya setahun yang lepas. Berikut adalah berita yang chekgu ikuti setakat kelmarin...

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu