http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

27 Jun 2013

Gambar Jimmy Shanley Dan Isteri Baru?

Gambar Jimmy Shanley Dan Isteri Baru? – Beberapa hari ini timbul dakwaan mengatakan pengacara, Jimmy Shanley sudahpun mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita berstatus janda. Semalam Jimmy telah memaklumkan akan mengadakan sidang media bagi memperjelaskan mengenai isu tersebut.



Meskipun belum tampil membuat sidang media, malam semalam pengacara ini telah memuat naik gambarnya bersama wanita yang memakai tudung beserta dengan seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan anaknya.

Misha Omar Umum Bakal Bernikah Pada Februari 2014

Setelah 2 kali menangguhkan, akhirnya hari ini Misha Omar mengumumkan yang tarikh pernikahannya bakal berlangsung pada bulan Februari 2014. Untuk makluman, Misha telah pun bertunang dengan Fiross Ezzwan Rosly sekitar bulan Februari 2012 yang lalu. Pastinya orang yang paling gembira dengan pengumuman ini adalah Misha dan tunangnya.


Berita gembira ini telah disampaikan oleh Misha sendiri ketika sidang media pelantikannya sebagai duta pertama jenama cat ternama tempatan, Colourland, bertempat di The Bee, Publika. Namun begitu, tarikh tepat majlis pernikahan masih belum ditentukan dan akan dibincangkan selepas Hari Raya kelak. Kata Misha:-

26 Jun 2013

KONTRA - Siri Maafkan Aku Kehidupan

“Apabila seorang manusia yang berjiwa dan dewasa dalam sebuah 
pengertian, mereka belajar melalui jalan-jalan kehidupan yang di lalui sekian lama. Jalan kehidupan yang banyak mengajar pelbagai erti dan bakal mengubah diri menjadi insan yang pelbagai ragam dan cara. Ada manusia yang akan hidup dengan keadaan yang berbeza dengan hati dan perasaan mereka. Berbeza keinginan dan impian mereka berbanding apa yang saban hari mereka lalui dan tonjolkan sehari-hari. Kadang-kadang tanpa sesiapa pun menduga, apa yang mereka berikan bukanlah lahir dari hati mereka yang sebenar-benarnya. Mereka hanya berikan

25 Jun 2013

eg-Tukar 0h KPM...

Sekarang, hari nie, semalam n sebenarnya dah berminggu2 cikgu2 duk berbincang2, berteka teki tentang KEPUTUSAN pertukaran yang tidak kunjung tiba. Masing2 dah mula rasa agak tensen, termasuklah CHEKGU sedikit sebanyak. Hari2, pagi petang siang malam duk tutup bukak laman EGTUKAR tue. Tapi keputusannya belum juga dapat... huhuhu....

SISTEM E-PORTAL BARU DARI KPM (SeKPM) EEEEEEE...

Yahoooo..... KPM perkenalkan Sistem E-Portal yang terbaru untuk sistem pendidkan kita. KHAS untuk kaunselor2 yang berDADYKASI n berKAKILEBAR huhuhu.... Sistem eeeeeeeeeeeee-Profil Kerjaya Murid. Jadi semua akan boleh merujuk kecenderungan minat kerjaya dan tahap personaliti pelajar @ anak2 di sini. Siap bleh print lagi... PPD, JPN n KPM pownnn bolewww..... (PRINT JER LA, YG KEY IN2 segala bagai SIAPA???? huhuhu)

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu