Apapun, dengan adanya fokus ini aku rasa setiap hari kehidupan terisi dengan matlamat. Terbukti dengan sendirinya, aku bukan seorang yang gemar berjalan-jalan ke sana sini tanpa mempunyai alasan yang kukuh. Bagi aku, merebahkan diri di rumah sambil melayan keperluan fokus aku di internet lebih baik. Aku lebih sennag begitu.
Pernah juga aku terfikir dan masih memikirkan sebenarnya. Sekiranya aku bukan seorang GURU, mungkin aku boleh mencapai kehidupan yang lebih baik dari kewangannnya. MUNGKIN SAJE.. HUHUHU.... Tapi kerana aku seorang yang PENAKUT untuk menanggung risiko jadi aku masih meminati bidang pendidikan ini.
Hurmm, sedikit sebanyak perjalanan fokus aku tidaklah begitu lancar. Namun aku akan mencuba sedaya upaya memakmurkan diri sendiri dan melepaskan diri dari belenggu yang aku cipta suatu masa dahulu.Aku mahu lepas bebas!!!
PERASAAN???... YA... fokus yang kedua yang aku sangat berharap aku dapat memberi KOMITMEN yang baik... Tapi aku terfikir juga, aku seorang yang gila kerja ke??? Atau sekadar gemar membuat KERJA GILA... Tak mengapa, selepas kerja gila ini stabil, pasti aku lebih gilakan fokus aku yang kedua ini.
CHAIYOKKKKK.....
JAMBU TAK AKU 4 TAHUN DULU.... WAKAKAKA