http://picasion.com/gl/1Ml2/

MuRiD Ku

02 Julai 2012

Ketenangan sekeping hati... (Nukilan FaizNawi 020712)

Ketenangan 
bukanlah bererti kita harus berada jauh
di suatu tempat yang tiada kesibukan
tanpa keributan
jauh dari kesulitan
sekian lama aku mencari
penawar keresahan sekeping hati
tuhan lepaskan aku dari belenggu ini


Ketenangan
adalah hati yang damai
jauh dari resah
biarpun di tengah keributan nan luarbiasa
mungkin masih kabur pada pandangan
bila keresahan ini akan berakhir
kerana aku masih lagi
seorang insan yang kasihan

Ketenangan sejati
adalah kedamaian di dalam hati
bukanlah semata-mata kedamaian di sekeliling
dan kerana aku tidak pernah menyesali
pabila aku memberi kedamaian
mengubat keresahan
insan-insan yang lebih parah
maka perlukah aku merasa kasihan
pada diri sendiri yang hampir rebah

Tuhan bantulah aku
demi ketenangan sekeping hati...
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

NoTa CiNtA uNtUk ChEkGu