
"Kenapa kau masih di sini?" Hati mula gusar melihat Jiwa yang masih lagi menarik-narik Riang menghampiri Jasad. Jiwa mahu Riang memujuk Jasad untuk menemui Semangat. Dia tahu, Hati perlu diberikan masa. Sekarang Hati terlalu mempercayai Fikiran, sedangkan Fikiran sendiri buntu. Mana mungkin Jiwa mahu melepaskan Jasad ke tangan Hati. Dia bimbang Hati akan mempengaruhi Fikiran untuk merosakkan Jasad. Akhirnya, Jasad akan pergi dari tempat yang sememangnya telah ditakdirkan. Mungkin Jasad tak akan mampu menemui tempat dan peluang sebegitu lagi. Biarlah Jasad terus di sini, fikir Jiwa.
"Kenapa??? Aku tidak layak untuk berada di sini ke???" Jiwa mencebik. Terus-terusan menarik Riang yang kelihatan degil. Penat dia menjerit-jerit. Riang memanggil-manggil Sedih yang masih lagi terkurung dalam penjara Hati. Riang mahu sentiasa bersama-sama Sedih, dia tahu Sedih tidak mampu untuk bersendiri dalam penjara Hati yang kian sempit itu.
Hati mula mengorak langkah menghampiri Jiwa, itu membuatkan Sedih ketakutan. Jiwa yang garang itu mengingatkan dirinya yang pernah membuat kesilapan yang maha dahsyat sehingga hampir memusnahkan Jasad. Sedih tidak mahu dirinya melakukan perkara yang sama buat kali kedua. Biarlah Jiwa pergi bersama Riang, asalkan Jasad selamat. Sedih tahu, Jasad akan selamat bersama Jiwa dan Riang. Mereka harus pergi jauh sekiranya Hati tidak mahu berubah. Kini, apa yang terpancar di wajah Hati hanyalah kegusaran. Hati hanya mahu membawa Jiwa dan Jasad menemui Fikiran.
"Jiwa... kau tahukan, Jasad memerlukan Fikiran. Aku mahu menemukan mereka... Kenapa kau bersungguh-sungguh mahu membawa mereka menemui Semangat. Bukan kau tidak tahu, Semangat itu jauh. Itupun belum tentu Semangat mahu menemui kamu semua... Lainlah Fikiran.... huh...."
"Ahhh... Fikiran itu sedang buntu. Jangan kau halang aku, Riang bawakan aku kepada Semangat. Aku tahu, kau mampu membawa aku kepada Semangat...." Jiwa mengarah-arah Riang.
Riang terkesima. Dia memandang Sedih yang ketakutan. Namun Sedih tidak mahu memandang wajah Riang. Hampa perasaan Riang, lantas selih berganti dia memandang Hati yang sinis dan Jiwa yang kelihatan tenang. Kemudian Riang terpandang Jasad yang kelihatan longlai tidak bermaya... Riang gagal membuat pilihan. dia keliru....
BERSAMBUNG.....