MuRiD Ku
18 Mei 2008
Latihan Debat..... Skrip Pengisahan Kenegaraan???
hmm... kali nie aku akan tampilkan lebih banyak prosa tradisional dalam pengisahan team Bitara nie.... aku kan dah masuk team hehe.... yakin jer la....
Guna - bersyair, bersajak, bermonolog, bercerita, berpantun dan bergurindam
Afiti - bercerita, bergurindam dan berpantun
Aku - bercerita, bergurindam, bersajak, berpantun dan teromba (ahakzzz aku suka sekali yg ini)
hmm.... aku juga nak selitkan nyanyian sedikit dan juga tarian hehe.... saje nak tjk yg aku nie dapat menari dgn baik kat hakim (propa jer hehe)
harap2nya dapat jadi johan n wakil negeri selangor nanti.....
11 Mei 2008
Buat yg Mengerti... Erti Persahabatan Ini
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya
Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan
Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi
Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita
Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...
10 Mei 2008
Penat tp berbaloi.... ke peringkat akhir Pengisahan Kenegaraan 2008
hmm... semalam abg Faiezi, Stanley ngan Afiti bertungkus lumus berlatih utk separuh akhir Pengisahan Kenegaraan bagi menempatkan diri ke peringkat akhir..... sampai pukul 2 pagi.... pastu bangun awal2 pg sbb pukul 7 bertolak ke Shah Alam dgn Ketua Jabatan Penerangan Ulu Selangor.... Pastu bertanding la utk merebut tempat ke peringkat akhir.....
Penceritaan dah ok tp tak lancar sgt... yer la berlatih dua jam saje sbb baru habis exam.... punyer la ting tong.... pastu bahan media pulak tak berfungsi dgn bak... tp buat derkkk jer n teruskan persembahan... bagus diorang nie... eh kitorang nie.... hehe....
seterusnya dpt jugak kami ke peringkat akhir... "magic" kan..... hmmm, n 24 mei nie akan berlangsung peringkat akhir kat UKM..... kami akan buat kejutan n lebih "magic" lg...... tunggu la, kami akan menang n wakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan nanti.... wah, yakin jer....
dalam perancangan Stanley akan bawa watak adik yg lurus n baik.... fiti pulak jd nenek yg pernah hidup zaman penjajah... abg Faeizi pulak aku kena ganti sbb dia kena g UUM utk debat perpaduan.... jd perancangan aku ke debat perpaduan terpaksa di batalkan..... aku akan bawa watak abg yg gedik2 hehe... apa uoll fikir... ok tak???
hmm... tak sabar rasanya nak beraksi di pentas final... lawan ngan peserta lain yg kebykkannya dah dewasa tua sikit hehe... tp bagus rrr diorang... takut n kecut.... Apa pun keputusannya tunggu!!!!
07 Mei 2008
Kenangan Terindah Semester 4.... aku jd pelik tp benar ahakzzz
hmm, spjg sem 4 ni byk betul kenangan manis yg aku lalui huhu.... yg plg ptg sblm aku keluar dr koleh harun aminurrashid n tinggal kat luar kampus aku all out menyertai pertandingan2 yg di anjurkan.... n paling aku tak lupa kengkawan aku pun join sama, best sgt.... ada beberapa calon kenangan manis yg nak aku paparkan sebagai perkara pelik tp benar pasal aku haha
1. pertama kali masuk ke kelas dgn penampilan baru (semua terkejut n kagum huhahuha... cam bagus jer)
2. program karnival hari terbuka khar (khat)
3. uji bakat utk jd model universiti (poyo jer)
n byk lg lah..... dan yg terpilih adalah aktiviti khat utk di ceritaka huhu
pertamanya masa karnival hari terbuka khar (khat) hari tue..... pada hari kedua khat ada pertandingan fesyen malaysia... aku masuk dgn baju pinjam dari shahrul n designernye abg faiezi.... letak pua kumbu kat leher huhu.... ala2 pengantin ops putera raja la..... dpt no 3 haha.... dpt catwalk kat red carpet.... itu yg penting
pastu hari ketiga pulak sebelah pg ada hair do competition..... aku jd stylist rambut iman.... best sgt walaupun rambut sdr tak pernah berubah huhu.... masa tue semua kengkawan turun jd peserta... abg inra, abg faizie, abg datu, abg shahrul, abg ashiq, mus, dan azmie.... org2 hair asia school yg judge.... vouge giler dpt catwalk sambil tjk rambut.... last2 aku kalah gak.... mus ngan azmie sbg stylist dpt no 3 n abg ashiq jd johan...... pepepun best giler
ptgnye pulak ade student fashionistas menyaksikan pertarungan hebat antara designer2 pakaian dan juga model2 untuk catwalk di carpet merah.... org yg sama jugak masuk masa hair do competition.... cuma tambah lagi budak2 pompuan n lain2 peserta.... best giler, bila dapat catwalk huhu... tambahan pulak masa aku kat carpet merah tue lagu rihanna umbrella di mainkan, wah mendadak semangat... azmie selaku designer aku pun ape kurangnyer.... meletup jer.... last2 yakin jer akan menang tp kalah huhu sedey.... tp gembira gak coz abg faizie menang no 1 ngan mus sbg model, abg ashiq no 2 n abg inra ngan abg shahrul sbg model no 3.... maka jawapannye kami2 jer yg merangkul hadiah2 sepanjang khat tue huhu..... meletup sgt hadiahnya... nak tau ape, itu rahsia hehehe
3 model n designer masing2 yg meletup.....
abg ashiq ngan designer dier.... model contoh g kuliah
abg faizie n modelnye yg meletup mus...... nie baju kuliah ke g outstation kat oversea
azmie ngan modelnye saiful.... meletup ke kuliah ngan ala2 kebaya
aku ngan designer azmie.... ala2 gothic la, last2 kalah... ade ke nak g kuliah camnie, pengsan lecture
abg shahrul ngan abg inra.... sama2 vouge.... cayalah
hmm dan yg lain2 tue jugak vouge n hebat sgt2 tp sowry tak letak kat sini k..... pepe pun inilah kenangan plg manis semster ini aku rasa.... impian korang semua utk catwalk secara halal termakbul haha
syabas kpd semua..... n itulah kenangan yg paling pelik pernah aku lakukan dan lalui.....
Selamat Tinggal Kenangan Semester 4
Hari yg aku takde "mood"
aku nak balik rumah sebenarnya, rindu sesgt dgn family terutama mak ngan adik aku.... mesti byk cerita aku nak borak2 ngan adik aku..... pastu memekak ngan die ahakzzz.... rindunye..... dengan mulut pedas adik aku tue..... hehehe.....
dah la tadi aku dpt tau dpt jadi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej utk unit luar kampus.... aduhh... ada kursus 28 hingga 1 jun nie.... lambat lg la aku dpt balik.... apa nak buat nie... seddih, tak tahan.... tertekan.... mcm2 aku rasakan sbb dah hampir 6 bulan tak balik.....
aku macam nak menangis sgh2 saje.... tp hati aku memang tgh menangis kerinduan.... aku tak tahan.... aduhhhhh.
hmm.... aku rindu rumah.....
lepas pengisahan kenegaraan, aku tak bleh balik lg..... walau aku merindui rumah..... aku kena ikut latihan ngan budak2 debat utk debat perpaduan nanti... latihan mula 15 mei.... pastu g uum 20 hingga 24 mei.... pastu balik tg malim... ahhhh aku merindui rumah... tapiiiii
macam mana nie, keputusan senarai Jawatankuasa Mahasiswa Kolej utk Unit Kediaman Luar Kampus tak keluar lg.... bila la, aku bukan apa cuma nak tau dapat atau tidak pegang jawatan tue.... kalau dpt maknanya aku terpaksa menunggu lagi sampai 6 jun sbb bermula 29 mei ada kursus.... wah, teruknyeee aku akan merindui rumah nanti.... tp sampai skrg takde apa2 maklumat pun... maybe tak dapat kot.... hmm, nampaknya 26 mei boleh la aku berangkat balik kelantan, rumah n family yg sentiasa menunggu aku pulang.... aku merindui rumah.....
06 Mei 2008
Skrip utk Pengisahan Kenegaraan....
Bermula dengan bunyi dentuman bom dan di ikuti tembakan-tembakan menandakan peperangan pun bermula. Video penderitaan zaman penjajahan di tayangkan.........
Monolog : (Afiti)
Kalam kisah pun menarikan cerita, lembaran sejarah lalu terbuka.... merentap kembali hati-hati yang luka dek kerana penjajahan silam. Tersingkap tirai penderitaan berantai Tanah Malaya sebermula tahun 1786 tatkala Sir Francis Light tiba dari Britain dan memperoleh Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Memutar lagi filem kenangan tahun 1819 saat Sir Thomas Stamford Raffles membuka pelabuhan perdagangan bebas untuk Britain di Singapura.
Tanah Melayu di jajah seakan-akan tidak bertuan lagaknya, rentetan tahun 1824 Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Maka, Belanda secara rasmi menyerahkan Melaka kepada Inggeris. Pedihnya terasa bila Singapura, Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah pentadbiran Inggeris dengan panggilan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kita semakin hilang ketuanan tatkala tahun 1841 James Brooke pula menjadi Raja Putih atau Raja Sarawak. 1896 menyaksikan lagi kerakusan British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Satu demi satu negeri Tanah Melayu berada bawah penguasaan Inggeris.
Sehingalah titik noktah terakhir kita bagai di hentak keras pabila dasar pecah perintah merampas hak dan keistimewaan rakyat Tanah Melayu. Sempadan tahun 1915 hingga 1941 kita mula bangkit dengan bibit-bibit semangat nasionalisme dan cuba berjuang menuntut keadilan dan ketuanan.
Arghhhhhhh....... kita kentandusan lagi tanggal 1941-1945, tika Perang Dunia Kedua merebak ke Tanah Melayu dengan ketibaan dan pendudukan Jepun yang penuh ketakutan, kesengsaraan dan tragedi.. Kala itu kita seumpama memijak bumi yang berlantaikan tulang belulang, berlangsirkan darah dan langit yang kita junjung kelam. Segelap harapan dan impian semua......... Kelabu..... sekabut cita-cita perjuangan bangsa....
Muzik berkumandang mengiringi syair yang di lagukan....
Syair (Afiti)
Sangka ku tenang bumi malaya
Pabila Jepun mengangkat bendera
1945, British bertakhta
Rakyat terpukul lantas bersuara
1946 rencana pun bermula
Malayan Union, British mewarta
Rakyat membantah mula bersuara
Pejuangan UMNO pemula segala
Sangkakan tenang air di muara
Perjanjian Persekutuan lalu di tanda
1948 darurat menjelma
Rakyat tersiksa 12 tahun lamanya
Pidato : (Faeizi)
Selepas Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya dari bumi Tanah Melayu, Inggeris kembali berkuasa. Namun. Penjajahan Inggeris tidak diterima rakyat kerana mereka dihantui oleh corak pemerintahan Jepun yang zalim dan kejam.
Inggeris mengatur rancangan untuk menubuhkan Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Malayan Union bukan sahaja ditentang oleh rakyat Tanah Melayu malah Raja-raja Melayu turut menentang. Mereka memulakan penentangan ini dengan berkabung selama seminggu.
Pada 1946, Dato' Onn Jaafar telah menubuhkan 1 kongres bagi semua kumpulan dalam pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO) telah ditubuhkan dan dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar. UMNO bertujuan untuk menentang rancangan Malayan Union yang direncanakan oleh Inggeris. Pelaksanaan Malayan Union akan menghapuskan segala tradisi (sistem politik, pentadbiran dan adat resam) serta sistem kerajaan semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menggantikan tampuk pimpinan UMNO pada 1951. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengetuai 1 rombongan yang mengandungi 4 orang wakil dari Parti Perikatan dan 4 orang lagi wakil dari Majlis Raja-Raja ke London untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu.
Menuju Kemerdekaan (Stanley)
Rakyat Malaysia amat istimewa jika dibandingkan dengan rakyat negara-negara lain; kerana perjuangan mereka ke arah kemerdekaan telah berjaya dilakukan tanpa pertumpahan darah, kemusnahan harta benda atau melibatkan sebarang revolusi mahupun pemberontakan bersenjata. Kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana wujudnya suatu faktor yang tiada pada negara-negara lain di dunia ini - kebersatuan yang kukuh di antara pelbagai kelompok etnik yang menganuti pelbagai budaya, kepercayaan dan agama.Kebersatuan, kesepakatan dan keharmonian yang wujud ini telah menjadi benteng kekuatan dan asas bagi Parti Perikatan untuk meneruskan perbincangan dengan kerajaan British bagi mendapatkan kemerdekaan.
Kerjasama yang kukuh di antara kaum telah menjadi asas perjuangan kemerdekaan kerana masyarakat dunia, malah rakyat Tanah Melayu sendiri pada waktu itu tidak yakin negara ini boleh kekal aman dengan struktur masyarakat yang sebegini majmuk.Andaian ini dibuat memandangkan pergolakan dunia ketika itu yang gagal menyelesaikan permasalahan etnik negara masing-masing. Rata-rata para pemerhati berpendapat bahawa jika dunia tidak dapat menangani masalah ini, mustahil Tanah Melayu dapat melakukannya.
Menempuh Ranjau (Faeizi)
Semangat nasionalis sememangnya telah wujud di Tanah Melayu sejak abad kesembilan belas, dan menjelang abad kedua puluh lebih ramai pejuang-pejuang kemerdekaan muncul di seluruh tanah air. Semangat kebangsaan ini sedikit demi sedikit menular ke segenap pelosok Tanah Melayu.
Setahun selepas Jepun menyerah kalah pada akhir Perang Dunia Kedua, lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO), yang dipimpin oleh Dato' Onn bin Jaafar.
Penubuhan UMNO adalah hasil perpaduan bangsa Melayu - rakyat bersama raja - kerana menentang rancangan Malayan Union yang direncanakan oleh kerajaan British. Pelaksanaan Malayan Union akan menghapuskan segala tradisi (sistem politik, pentadbiran dan adat resam) serta sistem kerajaan semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu.Pada 1951, tampuk pimpinan UMNO diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Perlu juga disebut bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu bukanlah perjuangan orang-orang Melayu semata-mata. Tanah Melayu ketika itu sudah menjadi kediaman pelbagai kelompok masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Walaupun orang-orang Melayu menguasai kepimpinan politik, pemimpin-pemimpin Melayu ini sedar akan struktur masyarakat Tanah Melayu yang ibarat aur dengan tebing. Mereka sedar, perjuangan kemerdekaan tanpa penyertaan kaum-kaum lain tidak akan berhasil. Mereka dapat melihat bahawa dalam jangka panjang, Tanah Melayu mesti ditadbir oleh warga sendiri, di bawah satu payung politik yang teguh dan kukuh.Jelaslah bahawa perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu merupakan perjuangan semua rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum.
Sajak : (Afiti)
Keranamu Malaysia,
Merisik Khabar (Faeizi)
Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan mengandungi empat wakil dari Parti Perikatan dan empat wakil dari Majlis Raja-Raja bertolak ke London, untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas tiga minggu mengadakan rundingan, pada 8 Februari Tunku menandatangani Perjanjian Kemerdekaan London. Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos tahun berikutnya.
Sekembalinya Tunku dan rombongannya dari London, berita gembira itu telah disampaikan kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka - bandar yang telah menyaksikan banyak penjajah datang dan pergi. Berita ini telah disambut dengan penuh kegembiraan oleh semua penduduk Tanah Melayu.
Sajak (Stanley)
Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul
Menuai Mimpi (Faeizi)
Pada detik 12 malam 31 Ogos 1957, perjuangan menuntut kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil, dan impian akhirnya menjadi kenyataan. Di Padang Kelab Selangor (sekarang Dataran Merdeka), bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir di bumi Tanah Melayu dan bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh rasa syukur dan bangga.Pada esok harinya, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan disaksikan beribu-ribu warganegara, Raja-Raja Melayu, Duke of Gloucester (mewakili Ratu Elizabeth) serta wakil-wakil kerajaan British. Ini adalah satu detik yang sangat penting dalam sejarah tanahair - akhirnya penjajahan yang telah bertapak sejak tahun 1511 telah dapat dihapuskan. Suatu detik yang bermakna…….
Lagu : (semua)
Disini lahirnya sebuah cinta
05 Mei 2008
Yahooo.....
segala perasaan gundah, tertekan dan segala mcm kecelaruan habes terbang bebas..... target??? mestilah hmmmmmm.... biarlah rahsia hehe..... seperti kebiasaannye kot... gitu2 ajer....
yg pasti sekarang aku nak tumpukan kepada skrip Pengisahan Kenegaraan yg aku kena siapkan malam nie utk pertandingan sabtu nie.... apa mcm nie......
03 Mei 2008
Ilham Bicara

01 Mei 2008
Kenangan Mendebarkan n Manis..... Moderator Forum KPK 2008


